DM 2

8.6K 192 9
                                    

"CIK nak saya jemput cik balik ke kejap lagi?" Tanya Amsyar. Rasa bersalah pula sebab dia kereta Elena rosak. Dah lah dia tak minta ganti rugi pun.

"Tak payah! Aku call boyfriend aku je kejap lagi." Kata Elena sambil mengambil handphone nya di dalam handbag lalu mendail nombor Raqiff.

"Hello."

"Hello biy, tolong ambik Naura nanti. Kereta rosaklah." Adu Elena.

"Alaa.. sorry baby. Qif tak boleh nak ambik Naura sebab Qif ada kerja lah."

"Ouh, hmm.. tak apa lah. Bye." Elena sedikit berkecil hati dengan respon dari Raqiff.

"Bye sayang, sorry tau. Malam ni kita pergi dinner okay?" Ujar Raqiff untuk memujuk hati kekasihnya itu.

"Tak boleh. Naura ada event malam nanti."

"Mmm.. kalau macam tu tak apa lah, lain kali ye?"

"Okay, bye." Elena segera menamatkan panggilan telefon itu.

"Err.. kau tolong hantar aku boleh?" Tanya Elena kepada Amsyar. Dia seboleh bolehnya malas mahu menaiki grab sebab dah banyak kejadian yang tidak diingini terjadi.

"Boleh." Amsyar mengangguk laju laju.

"Kau ikut aku photoshoot. Nanti kau lari pulak." Ujar Elena sambil berjalan mendahului Amsyar.

Amsyar lekas lekas keluar dari lori nya dan mengejar langkah Elena yang begitu laju. Dia terus mencapai pergelangan tangan Elena.

Elena yang sedang melangkah laju terkejut lalu merentap tangannya dan memandang sekeliling.

"Kau gila ke?! Jangan pegang tangan aku kat sini lah. Nanti orang nampak jadi gosip pulak!" Marah Elena.

"Sorry, tak tahu. Saya nak panggil awak je, awak jalan laju sangat. Tapi kalau kat sini tak boleh... tempat lain boleh lah?" Tanya Amsyar saja nak mengusik. Teringin jugak dia melihat tawa keluar dari mulut artis kekwat itu.

"Jangan harap!" Elena menjeling Amsyar tajam.

"Hey babe! You buat apa kat sini?" Sapa seorang gadis yang tinggi lampai. Rupanya juga cantik.

"Hai Dhia! I ada photoshoot. You pula?" Sapa Elena mesra dengan gadis itu. Macam dah kenal lama aja gayanya.

Amsyar hanya diam memerhatikan Elena dan gadis itu bersembang Sambil sambil itu sekelilingnya diperhati. Banyak juga gadis gadis seperti Elena yang berkeliaran di sini tetapi tidak lah secantik Elena pada pandangan Amsyar.

"Oh, I baru lepas jumpa client. Ada hal sikit. By the way siapa tu?" Tanya Dhia sambil memandang Amsyar yang diam belakang Elena.

"Err... Ni abang I.." Jawab Elena tergagap gagap.

"Hah? Bukan you anak tunggal ke?" Dhia mengerutkan keningnya. Wajah Amsyar dan Elena dipandang silih berganti.

"Err.. tak maksud I... dia ni abang angkat I." Elena melepaskan nafas lega sebaik berjaya mencari alasan.

"Ouh ingatkan future husband you tadi. Okaylah I got to go, see you later, bye." Dhia terus berjalan meninggalkan Amsyar dan Elena. Elena hanya tersenyum nipis mengiringi langkah Dhia yang sudah beredar.

"Kau ingat eh, kalau orang tanya kau siapa, kau jawab kau abang angkat aku." Elena menuding jari runcingnya ke muka Amsyar.

"Yelah."













AMSYAR terpegun melihat Elena yang melakukan kerjanya dengan professional sekali. Ini pertama kali dia melihat cara kerja di bidang permodelan. Terbeliak juga lah mata nya melihat pakaian yang diperagakan oleh Elena. Sangat menjolok mata sampai mengucap dia dibuatnya.

"Tak sexy sangat ke?" Soal Amsyar perlahan di telinga Elena semasa waktu rehat yang diberikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak sexy sangat ke?" Soal Amsyar perlahan di telinga Elena semasa waktu rehat yang diberikan.

"Ni normal lah. Kau diam lah, tak fokus aku nak kerja."

"Hmm tapi cantik." Bisik Amsyar sendirian. Sangkanya Elena tak dengar tapi dia silap.

"Baru sedar ke? Aku memang cantik pun." Elena flip hair di depan Amsyar sebelum bergerak ke arah jurukamera untuk melihat foto yang ditangkap sebentar tadi.

Amsyar pula hanya melihat gerak geri Elena sambil tersenyum kecil.
















"PENATNYAA.." Keluh Elena setelah habis photoshoot. Photoshoot sangat meletihkan, kena tukar baju ini ah, baju ini lah. Itu belum ditambah kena tukar makeup lagi.

Amsyar memandang simpati.

Elena mengerling jam tangannya. Sudah pukul 6:30 petang. Nanti dia perlu sampai ke event itu dalam pukul 9:00 malam. Huh memang sangat meletihkan!

Letih ke tak letih begitu lah hari hari yang dilaluinya, sampai tak sempat nak berkenalan dengan orang. Raqiff pun dia kenal sebab lelaki itu juga seorang model dan pernah bekerjasama dengannya. Dari situ lah mereka mula rapat dan menjalinkan hubungan istimewa.

"Awak letih ke?"

"Eh tak lah, aku tengah happy sekarang ni. Tak nampak?" Elena menjeling Asmyar yang berada di depannya. Apa punya soalan lah. Tak mencabar minda langsung.

"Jom kita balik." Amsyar sudah mula risau. Buah buahan nya masih belum dihantar. Jam dikerling dengan gelisah.

"Kenapa kau rushing sangat ni?"

"Err... Buah buah saya dalam lori tu belum hantar lagi. Lagipun saya takut mak saya risau kat rumah kalau saya balik lewat.'" Ujar Amsyar jujur.

"Ayah kau takkan tak boleh jaga mak kau sekejap." Kata Elena selamba.

"Ayah saya dah meninggal dua tahun lepas." Wajah Amsyar berubah suram.

Elena menggigit bibirnya perlahan.

"Sorry la, aku tak tahu." Ujar Elena rasa bersalah melihat perubahan wajah Amsyar. Salah dia juga terlepas cakap.

"Tak apa, bukannya salah awak pun." Amsyar menayangkan senyum tawar.



















"DAH sampai rumah aku kan? Kau tunggu apa lagi? Blah lah." Ujar Elena sebaik sahaja turun dari lori.

"Err... Nak nombor phone boleh?" Amsyar cuba membuat muka semanis mungkin.

"014- 744 tekan tekan tak dapat! Hahahah... Ingat senang aku nak bagi nombor phone aku dekat stranger macam kau. Nak nombor phone aku, kahwin dengan aku dulu la! Tu pun kalau aku nak kau!" Elena terus berlari masuk ke dalam rumah sambil ketawa mengejek.

"By the way terima kasih abang buah!" Pekik Elena sebelum menutup pintu rumahnya.

"Ouh nak main main dengan aku eh. Tunggu kau. Nanti aku kahwin betul betul dengan kau baru tahu." Bebel Amsyar seorang diri.

VOTE ✨
COMMENT ✨
FOLLOW ✨

©DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now