5

313 42 66
                                    

Ye itulah Hwall...

Orang yang sepatutnya aku confess pagi tadi...

Aku pandang dia terpaksa dongak...

Yang dahulunya aku kena tunduk sebab nak tengok kebantutan dia dahulu...

"Erk Hwall.. Kau takde baju lain ke? Asal pakai baju lama. Kau ingat seksi nampak perut kau tu?" Soalku dengan muka poker. "Hampir semua baju aku dah pendek" Balasnya.

"Malulah aku nak beli barang dengan kau" reject aku awal-awal.

Bila teringatkan cerita lama...

.....

"Pearl... Kenapa kau nampak pucat ni?" Soal Hwall. "Perut aku sakit" balasku sambil menekup mukanya ke meja. "Ahhh kau tunggu kejap aku pergi beli ubat untuk kau" kata Hwall lalu pergi.

Tak lama kemudian...

Hwall datang dengan muka comot dan siku serta lututnya luka. "Aku kena kejar anjing tadi. Nasib plastik ni tak koyak. Nah" Hwall menghulurkan plastik berisi barang. "Terima kasih Hwall" senyumku lemah.

Aku bukak plastik tu dan ada tuala wanita serta ubat tahan sakit.

.....

Bila aku fikir balik aku tak tau macam mana aku boleh minat mamat ni.

Oh ye...

Aku dah ingat. Sebab dia selalu risau dekat aku dan lama-kelamaan aku tersuka dia...

pearl P.O.V end

Dalam perjalanan ke kedai...

"Kau tak rasa nak tukar baju ke?" Soal Pearl. "Ehehe tak" balas Hwall selamba.

Tiba-tiba...

"Makkkk tengok tu. Baju dia style!! Belikan saya baju tu" jerit seseorang. Suara tu...

'Chia chia chiaaa~~'

"Tu suara Eric budak kelas aku an?" Monolog Pearl. Ye tu memang dia.

'Tak kesahlah... Bila difikirkan.. Dah lama aku dengan Hwall tak berjalan berduaan macam ni. Waktu ni... Adakah waktu yang sesuai untuk aku confess? Aku tak boleh lepaskan peluang'

Pearl menarik belakang baju Hwall. "Ye kenapa?" Soal Hwall sambil senyum dan toleh belakang. "Jangan pandang belakang!!" Jerit Pearl. "Ok okay" terus Hwall pandang depan balik. Muka Pearl dah merah gila.

Tempat yang diorang jalan tu bising dan ada orang tengah bagi belon free dekat pengunjung taman tu.

"Sebenarnya aku suka...." Kata-kata Pearl terhenti.

"Aku tau.. Sebab kau terlalu malu untuk meluahkannya..." Kata Hwall perlahan.

'Apa? Dia dah tau ke?' Reaksi muka Pearl terkejut dan blushing.

"Sekejap..." Kata Hwall dan pergi. Tak lama kemudian.. "Pearl" panggil Hwall. Pearl toleh dan.. "Aku tau kau nak belon free tu tapi malu nak ambik sebab semua budak kecik kan? Nah aku ambikkan warna fav kau hehehehe" kata Hwall sambil hulurkan belon tersebut.

Pearl memegang tangan Hwall. "Bukan tu yang aku nak cakapkan... Sebenarnya aku..."

Tiba-tiba belon kat tangan Hwall terbang ke atas. "Alaaaa terbang sudah belon Pearl" rungut Hwall. "Woi pandang akulah masa aku cakap!" Marah Pearl sambil tarik muka Hwall yang dongak tengok belon terbang. "Sebenarnya aku su..."

"Maafkan saya. Saya bawakkan korang lagi satu belon selepas nampak korang berdua bergaduh lepas satu belon tadi terlepas" kata seorang perempuan yang pakai baju sailor moon dan spek mata pink yang besar.

Dan waktu tu Pearl menghampiri gadis Sailor moon tersebut. Dia memegang belon tu dan tekan sehingga pecah. "Aku benci belon"

Sejak dari waktu tu Pearl mula benci belon sebab asyik halang dia untuk confess.

© | 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌𝐒°¹ ᵏⁱᵐ ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now