17

237 37 20
                                    

Di depan condo Sunwoo

"Budak ni rumah mahal pun kerja part time jugak?" Rungut Pearl sambil mencari nombor rumah Sunwoo. Setelah sampai... "Patut ke aku ketuk? Orang kata dia tak datang lama sebab dia buat pembedahan kening ataupun pembedahan mata. Macam mana dia nak buka pintu?" Fikir Pearl. "Perlu ke aku terjah je?" Fikirnya lagi. "Erk aku call lah"

Tuttt tuttt

"Ye"-Sunwoo

"Weh aku masuk rumah kau boleh?"-Pearl

"Masuk jelah"-Sunwoo

"Wahhh hebatnya kamu yakinnya kamu"-Pearl

"Kenapa? Kau ada niat jahat ke?"-Sunwoo

"Kau punya rumah ada kodlah. Memang aku boleh terjah pun kan hurmmm"-Pearl

"240103"-Sunwoo

"Senangnya kau bagi. Alaaa tak ingatlah... Kau jelah datang bukak"-Pearl

Dung!!

Pearl terdengar bunyi benda yang berat jatuh dekat dalam. Terus dia teringat passcode tadi dan ting ting ting. Terus dia lari masuk dalam. Sunwoo dah pengsan tepi tangga.

"Kau jatuh tangga ke?" Soal Pearl. "Weh badan kau panas" terus Pearl cuba angkat Sunwoo. "Alamak berat patah tulang aku" dia pun letak Sunwoo kat lantai dan heret ke sofa.

Dehel Pearl.

"Weh... Kejamlah jugak kau ni" kata Sunwoo. "Kau expect aku boleh angkat kau?" Soal Pearl.

Gruuu~~~

Pearl pandang Sunwoo. "Kau lapar ke weh?" Soal Pearl. "Aku tak pandai masak" kata Sunwoo. "Parent kau mana?" Soal Pearl. Sunwoo senyap sahaja. "Kau tinggal sorang jeke?" Soal Pearl serba salah. "Dulu dengan nenek dengan atok aku tapi sekarang diorang dah takde" balas Sunwoo.

"Patutlah kau kerja part-time" kata Pearl sambil mengangguk. "Kau ada bahan tak untuk memasak ni?" Soal Pearl. "Tak" balas Sunwoo. "Aku cuba masak tapi semua hangus" sambungnya.

"Aduhai..." Pearl menggeleng. Dia buka phone.

"Kob... Kau ada buat hantaran delivery tak?" Soal Pearl. "Ada tapi kena bayar lebih 2%" kata Jacob. "Haaa bagi makanan yang berat sikit. Tak kesahlah apa ke berapa ke... Hantar dekat alamat ni nanti aku mesej" kata Pearl. "Satu set?" Soal Jacob. "Satu jelah... Kalau kau nak belanja lebih dialu-alukan" Pearl terus end call dan hantar alamat.

"Kau makan je kan apa-apa?" Soal Pearl sambil pandang Sunwoo. Dia angguk perlahan.
"Sementara Pak Akob datang sini... Apa kata kita borak sikit. Kau... Takut apa?" Soal Pearl.

"Aku takut gelap" jawab Sunwoo. "Oh aku pulak takut... Takut. Aku takut berat badan bertambah hehehe" kata Pearl. "Tapi kau sekarang kurus dan nampak tak sihat" kata Sunwoo.

"Eh BMI aku normal lagi ye" nafi Pearl. "Mesti... Kau ada pengalaman pahit sebab tu kau takut berat kau bertambah" kata Sunwoo.

'Damn... Camne dia tau'

'Sunwoo memang seorang yang kuat. Dia tak nak bagitau parent dia kat mana tapi aku sure dia taknak cerita. Atok dan nenek dia... Cari duit sendiri. Pada umur macam ni. Tak sangka dia nampak macam orang biasa tetapi dia sorokkan kesedihan dia di sebalik rambut hanat tu'.

"Urmm aku pandai masak. Kalau aku... Bawakkan kau bekal setiap hari... Nak tak?" Soal Pearl. "Boleh" balas Sunwoo.

© | 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌𝐒°¹ ᵏⁱᵐ ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now