55

185 29 14
                                    

"Awak Pearl?" Soal gadis tersebut. "Ye" balas Pearl. "Pasal artikel tu... Betul ke kau pernah tengok muka dia?" Soal Gadis tersebut. "Ye... Banyak kali" kata Pearl. "Macam mana? Boleh lukiskan?" Soal gadis tersebut teruja. "Jap jap" Pearl keluarkan kertas dan pen. Beberapa minit kemudian....

"Nah"

"Erk?" gadis tersebut terkedu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Erk?" gadis tersebut terkedu. "Ni ke muka yang kau selalu tengok tu?" Soal gadis tersebut. Dia senyum sinis. "Percaya tak... Masa sekolah rendah dulu. Aku pernah nampak muka sebenar dia" kata gadis tersebut. Pearl mengerutkan dahi dia.

"Oh cakap pasal muka... Rasanya aku rasa kau pernah tengok parut kat mata dia tu. Aku yang buat parut tu" kata gadis tersebut bangga.

Pearl masih tak faham....

'Naif betul dia ni. Patutlah sampai sekarang diorang tak dapat jumpa lagi orang yang buat artikel merepek pasal dia. Kalau lah diorang tau aku yang  post...' kata hati gadis misteri tersebut.

"Oh ye.. Dengar kata, pasal artikel tu. Sekarang ada beberapa pelajar perempuan yang gilakan Sunwoo tengah buat plan cara untuk tengok muka Sunwoo. Kau mesti taknak ketinggalan kan? Mungkin diorang akan menyakiti Sunwoo~" Soal gadis tersebut seolah-olah sedang mempermainkan otak orang.

Pearl terus berlari. 'Tak.. Jangan sakiti Sunwoo aku' kata hati Pearl.

"Hyunjae? Nampak Sunwoo?" Soal Pearl. "Tadi ada budak perempuan nak cakap benda private dekat Sunwoo. Diorang pergi dekat taman bunga sekolah tak silap aku" kata Hyunjae.

Terus Pearl lari. "Dah macam isteri Sunwoo pulak dia ni" kata Haknyeon.

.....

Setiba Sunwoo dan gadis tersebut di taman bunga sekolah...

Terdapat lagi beberapa pelajar perempuan dekat situ.

"Boleh tak tunjuk dekat kitaorang semua muka sebenar kau?" Soal gadis tersebut. Pelajar perempuan yang lain sudah mengelilingi Sunwoo. "Kenapa takut? Nak lari ke?" Soal gadis lain.

Ketua mereka memegang tali paip. "Buka pili" arahnya... "Kesian Baby Sunwoo kita. Takpe.. Basah sikit je. Nanti kitaorang tukarkan ye" kata gadis tersebut lalu mnghunuskan(perghh ayat) paip tersebut ke arah Sunwoo. Sunwoo hanya mampu menutup mukanya dengan lengan.

"Sesiapa, tarik tangan dia ke bawah" arah ketua mereka.

'Suasana ni....'

Flashback....

"Kau tau tak. Mak aku hina aku sebab aku dapat nombor dua dalam kelas dan kalah kepada seorang budak yang dibuang keluarga...

Ingat sikit kedudukan kau dekat mana...

Anak sampah!"

"Rambut kau panjang, mesti susah nak cuci, kan? Meh sini aku cucikan..."

Pelajar tersebut menuang air mineral ke atas kepala Sunwoo semasa Sunwoo sedang membuat kerja sekolah.

End flashback

'Suasana ni teringatkan aku zaman silam dulu...'

"Buka kuat sikit air!" Arah ketua mereka. "Berhenti!" Jerit Pearl. Tiada guna, mereka tidak akan dengar. Pearl membuka sweaternya lalu menutup kepala Sunwoo. "Jangan risau, aku ada" bisik Pearl.

 "Jangan risau, aku ada" bisik Pearl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Lebih kurang camnilah)

© | 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌𝐒°¹ ᵏⁱᵐ ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now