"Hwall... Bukan kau dating dengan Anne ke? Kenapa kau ada dekat sini?" Soal Pearl. "Salah ke kitaorang nak dating dekat taman tema. Yang kau ni. Q kata korang tengah main roller coaster apa semua. Yang kau kat sini menambah lemak kenapa?" Bebel Hwall.
"Shhh atok sila senyap" tanpa mengucap selamat tinggal, Pearl bayar aiskrim tersebut lalu keluar.
'Kenapa dia asyik cuba lari dari aku?' soal hati Hwall.
"Pearl!!!" Hwall mengejar Pearl sampai luar kedai. Dia menarik lengan Pearl. "Kenapa sejak dua menjak ni kau macam abaikan aku?" Soal Hwall. "Aw sakit" kata Pearl tanpa perasaan.
Hyunjae dari jauh nampak Pearl dalam kesusahan.
'Tu bukan lelaki yang Pearl cuba larikan diri haritu ke? Yang masa dia menyorok dekat aku tu?' Soal hati Hyunjae.
Hyunjae baru nak jerit marah tetapi tiba-tiba Sunwoo dari entah mana tah muncul dan menghampiri mereka. Dia menarik Pearl ke dada dia. "Boleh saya bawa tuan puteri saya pergi dahulu?" Soal Sunwoo.
'Budak tempurung kelapa ni lagi' kata hati Hwall geram.
Tanpa memperdulikan Hwall terus Sunwoo tarik Pearl supaya pergi.
'Kenapa hati aku sakit sangat bila Pearl rapat dengan lelaki lain?' Soal hati Hwall lagi.
.....
"Sunwoo, kau datang dari mana?" Soal Pearl sambil makan aiskrim tersebut. Hyunjae dekat sebelah senyap je. "Kenapa?" Soal Sunwoo. "Sebab bila aku dalam kesusahan mesti kau ada je" kata Pearl.
Hyunjae menjegil. "Tak setiap masa hokeh" kata Hyunjae. "Yelah yelah kau pun ada sekali" Kata Pearl. "Entah.. Tadi pun kebetulan" kata Sunwoo.
Pearl pandang Sunwoo. "Terima kasih" kata Pearl sambil senyum semanis air bubble tea. Sunwoo terpaku.
Kau tak layak untuk suka mana-mana perempuan. Kau tu anak pungutan. Anak sampah. Mak bapak kau buang kau, kan?
Sunwoo tersedar dari lamunan. Segera dia menjentik dahi Pearl. "Aiskrim dah cair" terus Sunwoo blah. Ayat tu masih menghantui diri dia.
'Boleh ke orang lain terima status aku ni?' Soal hati Sunwoo.
.....
Naik sekolah hahhahahah...
Tittt tittt
"Ye" Sunwoo menjawab panggilan. "Oh Sunwoo... Ingat lagi pasal cadangan haritu? Disebabkan atok dan nenek kamu dah takde... Kamu tak terfikir ke nak tinggal dengan mama dan papa?" Soal orang yang menelefon. "Nanti kami akan carikan sekolah yang bagus untuk kamu..." Sambungnya.
"Saya dah nak pergi sekolah. Dan jangan telefon sebab hal ni lagi" terus Sunwoo menutup telefonnya.
YOU ARE READING
© | 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌𝐒°¹ ᵏⁱᵐ ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction[EDISI THE BOYZ 1.0] Seorang bidadari... New: ye kenapa? Bukan kau jangan perasan. Jacob: Saya.. Saya!! Kau pun bukan. Tidak semua yang cantik memang dah lahir cantik. Usaha dan semangat Yang penting disiplin diri. Jadi apa kena mengena dengan Angel...