Shinwoo dan Seokwoo dari tadi mengintai Sunwoo Pearl dari luar dapur. "Pearl... Kenapa dari tadi tak lepas ni?" Soal Sunwoo. "Taknak.. Nanti kau menghilang tanpa bagitau macam haritu" lata Pearl agak merajuk. "Ye ye.. Sunwoo tak hilangkan diri lagi lepasni. Tapi.. Lepaskanlah dulu, tengah masak ni. Bahaya" kata Sunwoo.
"Nak tolong!" Terus Pearl bersemangat tiba-tiba. "Okay" Sunwoo tersenyum. "Shin..." Panggil Seokwoo. "Aku bersyukur hidup dia yang teruk dulu dah semakin bertambah baik" katanya. "Walaupun mama masih tak suka dia... Budak nama Pearl tu telah menukarkan kehidupan gelap Sunwoo" setuku Shinwoo.
.....
Lepas makan...
"Pearl, sini sekejap" panggil Shinwoo. Pearl akur. "Pearl. Terima kasih ye.. Sebab jagakan Sunwoo kitaorang" kata Shinwoo. "Takpe.. Tapi kak. Nak tanya boleh? Parent akak dengan abang dan Sunwoo mana ye?" Soal Pearl. "Laaa dia tak bagitau ke pasal mama dan papa..." Shinwoo menggaru tengkuknya.
Pearl geleng. "Rasanya dia takde bagitau.. ke ada ej.. Entah tak ingat tapi kenapa dia macam benci mak dia?" Soal Pearl lagi. "Macam nilah.. Akak ringkaskan. Dulu kitaorang ada yang lebih muda dari Sunwoo. Dia ada penyakit jantung. Satu hari... Diorang main kejar-kejar dan... Waktu tu... adik kitaorang diserang sakit jantung dan tidak dapat diselamatkan lagi. Sejak dari haritu... Mama kitaorang jadi mental. Setiap kali akak dan abang Seokwoo berada di sekolah, ada sahaja mama tak puas hati dengan Sunwoo. Dia jadi takut gelap sebab setiap kali dia buat salah, mama kurung dia dalam bilik kosong tu. Mama tak suka tampar dia sebab mama cakap... Jijik tangan tampar pembunuh macam Sunwoo. Sebabkan perkara tu... Papa hantar dia tinggal dengan nenek dan atok sebab risaukan keselamatan Sunwoo. Tapi dalam setahun yang lalu... Mereka mati..." terang Shinwoo panjang berjela.
Pearl angguk. Akhirnya dia faham situasi tersebut. Dia tau dari awal A hingga akhir Z.
.....
"Jade!!" panggil Pearl. Jade tak toleh. Jarang sekali dia berperlakuan sebegini. "Mana Haknyeon?" Soal Pearl. Masih tiada respons. "Korang gaduh ke?" Soal Pearl lagi.
"Eiii aku cakap dengan dinding ke dari tadi?" perli Pearl. "Pearl... Sorry... Aku... Aku.... Aku kena pindah sekolah" kata Jade. mata Pearl membulat. "Papa aku... Paksa" sambungnya.
"Tapi... Tapi... Macam mana kau nak survive? Aku kenal kau dari darjah satu kot. Walaupun kau ni nampak extrovert, tapi kalau keadaan sekeliling kau tu unfamiliar, kau macam rusa masuk kampung" Pearl dah mula gabra.
"Masa darjah satu tu pun... Sebab aku tegur kau yang rambut kau ada orang letak gam sampai kau terpaksa potong rambut" sambung Pearl. "Jade.... Kenapa?" Soal Pearl yang sudah mula menangis teresak.
YOU ARE READING
© | 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌𝐒°¹ ᵏⁱᵐ ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction[EDISI THE BOYZ 1.0] Seorang bidadari... New: ye kenapa? Bukan kau jangan perasan. Jacob: Saya.. Saya!! Kau pun bukan. Tidak semua yang cantik memang dah lahir cantik. Usaha dan semangat Yang penting disiplin diri. Jadi apa kena mengena dengan Angel...