3;

17.8K 730 4
                                    

Media;
Aisha pergi cari kerja.

Aisha berjalan menyelusuri kedai-kedai berjenama di dalam pusat beli belah Paradigm Mall. Memandangkan pusat beli belah ini baru sahaja dibuka, mungkin masih banyak kekosongan kerja yang ditawarkan oleh penanam anggur sepertinya.

Mujurlah sewaktu dia keluar rumah tadi, Suria tidak bertanya apa-apa. Kalau tidak, jenuh juga nak menjawab. Lagipun, Farid bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah. Jadi, Aisha bebas untuk keluar ke mana-mana sahaja.

Termasuklah pergi mencari kerja.

"Assalamualaikum, hai. Tumpang tanya boleh?" Sapa Aisha di dalam sebuah kedai kasut jenama Crocs. Dia mahu mencuba nasib di kedai ini. Manalah tahu ada rezekinya nanti.

"Walaikumsalam. Tanya apa ya?" Soal pekerja itu semula.

Aisha pamerkan senyuman semanis gula. "Sini ada kerja kosong?"

Pekerja itu terdiam sekejap seakan-akan sedang berfikir. Matanya melirik tubuh Aisha atas dan bawah. Mujurlah pekerja itu perempuan, kalau lelaki mahu lebam biji mata dia nanti Aisha kerjakan.

"Saya tak pastilah tapi cik boleh tinggalkan nombor telefon. Nanti bila bos saya sampai, saya inform dia." Kata pekerja itu.

"Oh, okay. Boleh," Aisha mengikuti langkah pekerja tadi ke kaunter. Dia diberi sebuah buku dan sebatang pen. Lalu, terus Aisha menuliskan nama dan nombor telefonnya.

"Terima kasih. Errr—- saya harap, saya dapat kerja ni. Saya memang betul-betul nak kerja." Ucap Aisha dengan senyuman harapan.

Pekerja itu turut tersenyum.

"In Shaa Allah, kalau ada rezeki cik, kami akan telefon."

Aisha mengangguk senang. Dia kemudian meminta diri dengan harapan yang rezekinya kali ini akan terbuka luas. Niatnya hanya satu, dia dah tak mahu menyusahkan Farid dan Suria.

Yang penting, dia tak mahu menjadi punca kepada pergaduhan Farid dan juga Suria.

"Ya Allah!" Ucap Aisha serta-merta.

Terkejut dia apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan tertiarap di atas lantai. Segera Aisha membantu untuk membangunkan kanak-kanak itu.

"Ya Allah, adik! Akak minta maaf sangat. Akak tak sengaja, akak tak nampak. Sorry ea." Risau Aisha melihat kanak-kanak itu.

Dalam hati, dia mengutuk diri sendiri apabila berangan sampai terlanggar orang.

Dia terus membersihkan tapak tangan si kecil itu serta mengebas perlahan bahagian lutut kanak-kanak itu.

"Mama adik mana? Jom akak hantarkan." Kata Aisha. Dia menatap wajah kanak-kanak itu yang menunduk seperti pesalah. Langsung tak didongakkan wajahnya.

Lalu, Aisha melutut untuk menyamai paras ketinggiannya dengan si kecil itu. Tangannya diletakkan di atas kedua-dua bahu kanak-kanak itu.

"Adik?"

"Abby tak tahu. Maksu hilang. TokMi pun hilang." Jawab si kecil itu tanpa pelat tapi suaranya sedikit bergetar. Mungkin kerana takut.

Aisha memperbesarkan matanya kerana terkejut. Benda nilah yang dia mahu elakkan terjadi. Sekali terjadi pada dirinya pula.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now