71; Last Chapter.

26.1K 732 59
                                    

Kediaman Puan Sri Azalea agak riuh-rendah dengan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada golongan VIP dan juga rakan-rakan kerja di syarikat keluarganya.

Tadi baru sahaja selesai majlis pertunangan antara Rania dan Ikmal. Memang dari awal lagi Puan Sri Azalea sudah mengagak bahawa Rania sememangnya ada hubungan istimewa dengan Ikmal. Ikmal tu pun dah dianggap seperti anak sendiri. Mana taknya, Raid tu selalu je bawa kawan baik dia tu datang rumah. Agaknya, dari situlah anak daranya berkenan dengan Ikmal.

"Umi." Panggil Raid sambil duduk melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Sri Azalea.

"Ya,"

"Dah makan dah?"

"Dah. Aisha ambilkan tadi. Along dah makan belum?" Tanya Puan Sri Azalea semula. Matanya memerhati gelagat Rania yang sedang bergambar dengan rakan-rakannya di ruang bergambar yang ditempatkan khas untuk sesi fotografi.

Tersenyum senang Puan Sri Azalea melihat telatah Rania yang nampak bahagia. Pertunangan yang diikat selama setahun sebelum Rania betul-betul sah menjadi isteri Ikmal, sedikit menimbulkan sebak di dadanya.

Bukan apa. Rania lah satu-satunya anak yang belum berkahwin. Tapi, sekarang dah pun bertunang, tak lama lagi akan berkahwin pula. Tak percaya yang dia akan mendapat menantu kedua tak lama lagi.

"Eh, abang dah ambil makanan belum?" Aisha datang sambil membawa sepinggan nasi dan lauk pauk lalu diletakkan di atas meja.

Raid geleng seraya mencebik manja. "Belum..."

Aisha pukul manja bahu Raid. Mengada betul. "Aisha ambilkan tau. Kak Zaf duduklah dulu. Penat nanti asyik berjalan je."

Zafirah tertawa kecil. Aisha membantu Zafirah untuk duduk di kerusi. Maklumlah, bila dah berbadan dua ni memang penat jelah selalu. Usia kandungannya pun dah memasuki 8 bulan.

"Mana Abang Farid kak?" Tanya Aisha.

"Ada tu, layankan Dayyan dengan Abby." Zafirah terus menunjuk ke arah Farid, Dayyan dan Abby yang berada di meja lauk-pauk. Tergeleng-geleng kepala Aisha melihat dua budak kecil tu.

"Akak duduk dulu. Aisha nak ambil nasi dengan lauk untuk Raid. Akak nak apa-apa lagi?"

Laju Zafirah menggeleng. Nasi dan lauknya sudah cukup. Walaupun boleh dikira dalam tiga atau empat suap je, tapi memadailah untuk dia. Tak larat dah nak makan banyak.

Tanpa disangka, sudah dua tahun usia perkahwinannya dengan Farid. Berjodoh juga dia dengan Farid. Memang betulkan, jodoh tu tak salah alamat. Dan sekarang, dia sudah pun berbadan dua. Harapnya hubungan perkahwinannya dengan Farid akan kekal selama-lamanya.

Selesai sesi bergambar dengan rakan-rakannya, Rania mengajak ahli keluarganya pula untuk bergambar bersama-sama. Dia mahu abadikan momen indah ini bersama dengan mereka yang tersayang.

Tak lama lagi dia bakal bergelar isteri. Tak sabar rasanya nak menempuh alam kehidupan yang baru bila bergelar isteri. Semoga apa yang dirancang, akan berjalan dengan lancar.

Selesai berfoto, para tetamu mulai pulang apatah lagi majlis akan tamat sebentar lagi. Raid dan Aisha mewakili ahli keluarga, bersalaman dengan para tetamu manakala Puan Sri Azalea sedikit kepenatan. Rania bertunang tapi Puan Sri Azalea lah yang paling sibuk sekali. Sampai mengadu sakit kaki.

"Rasa macam nak kahwin lagi bila tengok majlis tunang adik." Ujar Raid setelah hanya dia dan Aisha sahaja yang tinggal tercegat di pintu masuk.

Aisha jeling Raid dengan matanya yang tajam menikam wajah Raid. "Jangan nak cuba-cuba."

Raid lantas ketawa kecil. Dipaut bahu Aisha lalu dipeluk rapat ke badannya.

"Abang nak cuba dengan sayanglah. Bukan dengan orang lain pun." Dicuit hujung hidung Aisha sampaikan merah pipi Aisha kerana malu.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now