10;

16K 726 4
                                    

"Abang, Aisha ada benda nak cakap."

Terhenti perbuatan Farid yang sedang menanda buku pelajarnya. Aisha yang berdiri di sebelahnya sedang menanti tindak balas darinya.

"Aisha nak cakap apa? Duduklah,"

Aisha senyum sedikit sebelum melabuhkan duduk di atas sofa berhadapan dengan Farid. Jam baru saya menginjak ke angka 9.30 malam tapi Suria awal-awal lagi sudah masuk tidur. Katanya tak sedap badan.

Jadi sebab itulah Aisha ambil peluang itu untuk berbincang dengan Farid mengenai kerjanya esok.

"Aisha dah dapat kerja." Satu nafas Aisha mengungkapkan ayat itu.

Ternaik kening Farid. Terus buku pelajarnya yang sedang disemak itu ditutup dan dialihkan ke tepi. Sekarang, fokusnya seratus peratus terhadap Aisha.

"Aisha ni degilkan? Abang dah cakap tak payah cari kerja. Abang masih boleh tanggung Aisha." Lembut tutur bicaranya namun masih terselit ketegasan di situ.

Aisha mengeluh. Berbuih jugalah dia nak terangkan kat abang dia pasal ni.

"Abang, tolonglah. Aisha ni dah besar. Bukan budak kecil lagi. Aisha pandai jaga diri Aisha. Aisha pun nak cari duit sendiri. Salah ke?"

Terdiam Farid sekejap. Cuba mencerna kata-kata Aisha. Sebenarnya, ada benarnya apa yang Aisha cakapkan. Tapi, dia terlalu risaukan Aisha. Dia terlalu memikirkan soal amanah yang dititipkan arwah ibu dan ayahnya. Salah ke dia nak jaga Aisha sebaik-baiknya?

"Tak salah. Tapi, abang nak Aisha tahu yang Aisha tanggungan abang. Jadi, Aisha tak perlu susahkan diri kerja cari duit tu semua."

"Abang, please. Aisha tak boleh nak duduk rumah je. At least, bagi Aisha cuba."

"Kerja apa yang Aisha nak kerja ni?" Soal Farid tegas.

Aisha telan liur. Dia tahu kerja yang bakal dia beritahu Farid nanti mungkin akan mengakibatkan lelaki itu marah.

"Aisha jadi pengasuh sorang budak." Perlahan saja suaranya. Sempat dia memandang Farid dari ekor matanya bila wajah Farid nyata sekali berubah.

"Penga—"

"Abang! Sebelum abang nak marah Aisha, Aisha nak bagitahu yang kerja yang Aisha buat ni, kerja halal. Abang tak boleh nak pertikaikan apa yang Aisha nak buat." Cepat sahaja Aisha memintas percakapan Farid.

Dia tak mahu Farid membebel.

Farid lepaskan keluhan berat. Makin besar, makin degil adiknya seorang ni.

"Haih, suka hati Aisha lah. Abang nak halang, memang tak boleh, tapi ingat... kalau Aisha tak selesa kerja macam tu, berhenti terus." Kata Farid sambil meneruskan semula kerjanya yang tergendala.

Aisha sudah tersenyum.

"Abang tak nak tanya ke Aisha start kerja bila? Kerja dengan siapa?"

Farid angkat semula wajahnya. Pandangan yang diberikan Farid cukup untuk Aisha faham maksudnya.

"Okay, okay. Aisha tak kacau abang lagi dah. Terima kasih, bang. Aisha masuk tidur dululah. Night,"

Malam itu, Aisha tidur dengan rasa kelegaan dan nyenyak.

🦄

"Err, pak cik, berhenti. Dekat sini ni rasanya," kalut Aisha meminta pak cik teksi itu berhenti.

"Adik jangan rasa-rasa, dik. Kang salah pula alamatnya."

Aisha senyum janggal. Lantas dia mengeluarkan sekeping not 50 dan mahu dihulurkan kepada pak cik teksi.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now