48;

13.2K 509 48
                                    

Seperti yang dijanjikan, malam ini mereka ingin memberitahu tentang Aisha kepada Abby. Pasti Abby akan teruja nanti.

Aisha dan Raid masuk ke dalam bilik tidur Abby. Abby belum tidur dan dia masih lagi bermain dengan permainan masak-masak yang dibeli Raid bulan lepas.

"Abby..." sapa Aisha lantas berdiri di sebelah Abby. Raid duduk di atas katil Abby sambil memerhatikan Aisha dan Abby.

"Mama Long... Abby tunggu Mama Long." Ucap Abby manja.

"Lah, kenapa?"

Abby tinggalkan permainannya lalu memeluk pinggang Aisha. "Boleh tak malam ni Mama Long tidur dengan Abby? Dengan Papa Long sekali."

Aisha pandang ke arah Raid yang turut sama memandangnya. Diusap rambut belakang Abby dengan perlahan.

"Boleh sayang. Now, kita kemas mainan Abby lepastu kita pergi tidur." Balas Aisha lantas mengemas permainan Abby yang sedikit bersepah di atas meja.
Abby turut sama mengemas dan menyimpan mainannya di dalam peti mainan di sebelah meja belajarnya.

Mereka berdua melangkah ke arah katil. Abby baring lalu diselimutkan Aisha. Raid baring di sebelah Abby di sebelah sana manakala Aisha di tepi kiri Abby. Senyum saja Abby bila kedua-dua Mama dan Papa Longnya ada di sisinya.

"Abby, Abby nak adik tak?" Soal Raid sambil bermain dengan anak rambut Abby.

"Nak! Papa Long nak belikan Abby adik baru ke?" Soal Abby polos. Serentak Aisha dan Raid ketawa.

"No. Kalini Papa Long tak belikan Abby 'adik baru'."

"Hm, kenapa?" Soal Abby dengan suaranya yang kecil itu. Berkerut-kerut dahinya.

Raid curi pandang ke arah Aisha.

"Sebab Mama Long yang nak bagi Abby 'adik baru'."

Terus Abby toleh ke arah Aisha. Kedua-dua keningnya terangkat seolah-olah tertanya-tanya.
Melihatkan Abby yang seakan kurang faham menyebabkan Raid terus sahaja berterus-terang.

"Dalam perut Mama Long ada baby. Adik Abby. Abby suka tak kalau dapat adik?" Soal Raid sambil tangan melekap pada perut Aisha.

"Baby? Baby yang kecil-kecil tu ke? Macam Abby dulu ke?" Soal Abby lagi. Raid senyum dan Aisha ketawa kecil dengan soalan Abby.

Raid anggukkan kepalanya. "Ya. Macam Abby dulu."

"Wahhhh, yeayyyyy!!!" Terus Abby bersorak kesukaan. Dia menjogetkan badannya dalam keadaan tubuhnya yang masih berbaring itu.

"Abby dah ada adik! Nanti Abby bolehlah main dengan adik. Esok adik ada ke Papa Long?"

"Belum lagi. Lama adik duduk dalam perut Mama Long. Abby kena sabar untuk tunggu adik keluar tau."

Tak pasal-pasal berkerut dahi Abby. Tak faham pula dia.

"Lama sangat ke?" Soalnya perlahan.

"Taklah. Sekejap je. Tapi janji dengan Mama Long dan Papa Long yang Abby akan jadi kakak yang baik nanti." Kali ini, Aisha pula yang bersuara.

Abby angguk-anggukkan kepalanya. "Janji!"

"Nanti Abby tak boleh penatkan Mama Long selalu tau. Abby kena jaga Mama Long." Ucap Raid.

Abby anggukkan kepalanya. "Sebab ada adik dalam perut Mama Long ke?"

Raid angguk mengiyakan. Dibawa tangan kecil Abby ke perut Aisha.

"Dalam ni, adik Abby tengah tidur. Nanti adik dah keluar, Abby bolehlah main dengan dia."

Abby angguk lagi dan tersengih sahaja. Tangannya masih melekap pada perut Abby. Entah apalah yang difikirkan Abby.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now