4;

16.6K 678 42
                                    

Suria menatang dulang lalu diletakkan di atas meja makan. "Minumlah mak."

"Buat susah kau je, Su." Jawab Puan Sarimah sambil matanya menatap wajah anak perempuannya.

"Tak apalah, mak. Jauh-jauh mak datang nak jumpa Su. Mak balik lepas makan tengah hari ya. Nanti Su masak kejap." Balas Suria.

Dia menyimpan ikan kembung dan udang yang sempat dibeli ketika dia ke pasar pagi tadi ke dalam peti ais. Harini dia nak masak ikan kembung senggang. Kegemaran mak kesayangannya.

"Mak tengok kau ni macam ada masalah je."

Terhenti perbuatan Suria. Dia menoleh Puan Sarimah sekejap lalu tersenyum nipis.

"Tak adalah mak. Mak je nampak macam tu,"

Puan Sarimah mencebik. Bukan dia tak tahu dengan Suria tu. Ada masalah, muka memang tak boleh nak sorok.

Kepala Puan Sarimah mula mengintai-intai bahagian depan seraya matanya melilau seperti mencari sesuatu.

"Mana budak tu?"

Berkerut dahi Suria. "Budak mana pulak ni?"

Puan Sarimah berdecit. Dia menjeling Suria. "Tulah. Adik ipar kau tu. Mana dia? Dari tadi tak nampak batang hidung."

Suria gelengkan kepala. Tangan lincah mengupas bawang dan bahan masakan untuk dibuat senggang.

"Entah. Keluarlah rasanya."

"Keluar ke manalah tu. Ha ni, kau dah bincang belum dengan Farid pasal budak tu?" Soal Puan Sarimah. Suaranya diperlahankan sedikit.

Suria melepaskan keluhan nipis. Mendengar sahaja keluhan Suria, Puan Sarimah sudah tahu pasti ada yang tak kena.

"Abang Farid tu sayang sangat kat Aisha. Dia tak nak Aisha keluar dari rumah ni. Dia kata Aisha tu amanah arwah ibu dengan ayah." Beritahu Suria.

Sebenarnya, dia dah malas dah nak fikir benda ni. Lantaklah mereka tu. Dia pujuk Farid macam mana sekalipun, Farid tak akan setuju kalau melibatkan Aisha.

Puan Sarimah mencebik menyampah. "Eleh, amanah konon. Budak tu bukannya darah daging dia pun. Dah besar dah pun budak tu, suruh jelah dia jaga diri sendiri."

"Entahlah mak. Su dah malas dah nak ambil tahu. Lantaklah..."

"Eh, mana boleh macam tu, Su. Kau kena pertahankan rumah tangga kau. Budak tu ibarat orang ketiga dalam rumah kau. Mak tak rasa yang Farid tu sayang Aisha sebagai adik. Mesti dia sayang Aisha tu lebih dari tu. Silap-silap, belakang kau ada benda lain yang diorang sembunyikan." Puan Sarimah sudah main serkap jarang. Bukan main tercebik-cebik lagi bibirnya bila berkata begitu.

"Ish, mak! Tak adanyalah sampai macam tu. Orang kenal abang Farid macam mana," tukas Suria.

Habis kerjanya semua ke mana. Sekarang, dia lebih tertumpu dengan kata-kata maknya. Entah kenapa, hatinya berdebar-debar semacam.

"Heh, depan kau memanglah pijak semut pun tak mati. Belakang kau, siapa tahu? Hish, mak tak percayalah dengan perempuan zaman sekarang. Kebanyakannya semua nak suami orang."

Suria sudah mengambil tempat di sebelah Puan Sarimah. Perasaan takut, risau dan gementar bercampur baur. Kalau betul apa yang dikatakan maknya, macam mana?

"Habistu mak, Su nak buat apa?" Tanya Suria dengan nada yang penuh kerisauan.

Puan Sarimah senyum senget.

"Apa susah? Kau kahwinkan je dia dengan mana-mana lelaki kalau nak suruh dia keluar dari rumah. Senang hidup."

"Ish, mak ni! Mana boleh! Su tak boleh nak tentukan hidup dia." Suria tak setuju.

"Eh eh kau. Kau kena ingat yang kau ni kakak ipar dia dan kau yang jaga budak tu. Jadi budak tu tak ada hak nak halang apa yang kau nak buat untuk dia. Mesti dia fikir punya. Yelah, ni jelah cara dia nak balas budi kau. Kalau berjaya, dia dah boleh keluar dari rumah ni dan duduk jauh dari kau."

Suria diam sejenak. Cuba berfikir semula ayat-ayat Puan Sarimah.

"Alah, Su. Mak tahu yang kau pun terancam juga dengan dia. Maklumlah, dia tu anak dara. Tinggal pulak dengan abang angkat yang dari kecil dah kenal dia. Tapi entahkan dara ke tidak tu. Bukan boleh percaya," sambung Puan Sarimah lagi dengan senyuman sinis.

"Tapi mak, kenal dari kecillah hubungan tu dah macam adik beradik."

"Halah, tak payah percayalah. Aku ni makan garam dulu dari kau. Aku tahulah. Heh, lantak kaulah Su kau nak dengar ke tak cakap mak tapi kau jangan menyesal satu hari nanti. Waktu tu jangan cakap mak tak nasihatkan kau."

Suria hanya mampu terdiam. Risau dan takut mula merajai hati.

🦄

Dah tiga hari dia menunggu panggilan kerja dari kedai kasut Crocs. Bukan kedai Crocs tu je, macam-macam kedai yang dia dah tinggalkan nombor telefon pun masih tak hubungi dia lagi.

Mungkin bukan rezekinya.

Jadi, hari ini sekali lagi Aisha turun ke Paradigm Mall untuk mencari lagi peluang pekerjaan. Haritu pun tak sempat nak cari dengan sepenuhnya disebabkan kejadian dulu.

Bila teringatkan Abby, rasa rindu pula. Baru sekali jumpa, wajah si comel itu terus terpahat dalam ingatannya.

Agaknya, masih ada lagi ke peluang atau hari untuk dia bertemu dengan Abby lagi?

Harapnya ada.

🦄

Maaf kalau bosan.
Jangan lupa vote dan comments 🙏🏻☺️

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now