12;

15.2K 681 15
                                    

Media;
Raid Haris 😍

Aisha tiba di rumah Raid tepat jam 8 pagi. Dari jauh dia sudah nampak figura Raid yang lengkap berbaju kerja. Selalunya waktu begini, Raid masih belum gerak ke tempat kerja. Tapi harini, awal pula.

"Selamat pagi," sapa Aisha sewaktu bertentang dengan Raid.

"Hai, pagi. Awal awak datang harini?"

Berkerut dahi Aisha mendengar soalan Raid lalu dipamerkan senyuman manis.

"Saya yang awal atau awak yang awal?" Aisha memulangkan semula soalan buat lelaki itu.

Terus Raid pandang jam tangannya. Terlepas tawa kecil dari bibir lelaki itu.

"Allah, saya lupa yang awak ni very punctual. So, sayalah yang awal ni?"

Aisha anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Setelah tiada apa lagi yang mahu dibualkan memandangkan Raid mahu ke tempat kerja, Aisha terus berlalu mahu masuk ke dalam.

"Aisha," panggil Raid.

"Ya?" Laju Aisha berpaling saat namanya dipanggil.

"Abby belum bangun tau. Tapi make sure yang dia bangun before 9:30, okay." Pesan Raid.

"Okay," jawab Aisha lalu masuk ke dalam rumah apabila Raid sudah bergerak ke tempat keretanya.

Masuk sahaja rumah, hidungnya sudah terbau mee hoon goreng yang menyebabkan perutnya mula menari lagu dangdut. Mana taknya, semalam sebutir nasi pun dia tak makan. Cuma mengalas perut dengan roti bersapu planta di rumahnya semalam.

Bila umi ajak dia makan tengah hari semalam, ditolak mentah-mentah. Dah tu, laparlah sampai ke harini. Tadi pun dia tak sempat bersarapan memandangkan Suria langsung tak menegurnya. Tak tahulah apa salah dia.

"Assalamualaikum, umi." Sapa Aisha.

Puan Sri Azalea yang baru sahaja selesai mencuci pinggan kotor terus berpaling. Tersenyum dia saat terpandangkan wajah manis Aisha. Tangan dilap pada kain lap tangan yang disediakan di kabinet.

"Walaikumsalam. Dah sarapan?" Soal Puan Sri Azalea sebaik sahaja Aisha menyalam tangannya.

Aisha senyum seraya menggeleng. Segan pula bila datang bekerja tapi masih tak sarapan lagi.

"Eh, sarapanlah dulu. Harini umi masak mee hoon goreng. Tiba-tiba tekak ni nak rasa mee hoon." Lincah Puan Sri Azalea mengambil pinggan dan mahu dicedokkan buat Aisha tapi sempat Aisha menghalang.

"Umi, tak apa. Biar Aisha ambil sendiri. Umi duduklah."

Tersenyum Puan Sri Azalea. Terus dilabuhkan duduknya di kerusi sambil memerhatikan Aisha. Sejujurnya, wajah Aisha mengingatkannya pada seseorang. Seseorang yang sudah lama pergi. Wajah yang saling tak tumpah dengan wajah—

"Umi dah sarapan belum?" Soalan Aisha mematikan lamunan Puan Sri Azalea. Terus dia mengangguk.

Dia dah bersarapan tadi dengan Raid. "Umi dah sarap. Aisha makanlah."

Usai bersarapan, Aisha meminta diri untuk ke bilik tidur Abby. Manakala, Puan Sri Azalea mahu menyiram pokok bunganya setelah hampir seminggu pokok bunganya tak berjumpa air.

Aisha memulas perlahan tombol pintu bilik Abby. Baru sahaja dia mahu mengejut Abby dari tidur, terkejut dia apabila melihat Abby yang sedang duduk di hadapan cermin mahu menyikat rambut.

"Abby?"

"Kak Aisha!"

Terus Aisha merapati Abby. Melihat Abby menempek bedak di mukanya membuatkan Aisha tergelak. Habis comot muka si comel ni.

"Ya Allah, Abby. Kenapa comot ni?" Sambil tangannya menyapu bedak-bedak di muka Abby, sambil itu Aisha ketawa.

"Abby tak pandai nak cantik-cantik macam Kak Aisha. Sikat rambut pun Abby tak tahu."

Terus mati tawa Aisha lalu diganti dengan senyuman.

"Kenapa tak tunggu Kak Aisha sampai? Abby pandai ke mandi sendiri? Ni Abby mandi ke tak mandi ni?" Usik Aisha lagi.

"Kak Aisha... Abby dah mandi. Abby— Abby nak buat sendiri. Abby kan dah besar."

Dicubit manja pipi gebu Abby. Geram betul dengan budak ni. Tak padan dengan umur yang baru 4 tahun lebih, tapi mulut macam dah besar sangat.

"Lain kali, nak mandi tunggu Kak Aisha tau. Bahaya kalau Abby mandi sendiri." Nasihat Aisha.

Terus diambil sikat dari tangan Abby. Dia duduk menghadap Abby sambil mula menyikat rambut Abby yang memang sudah lurus itu.

"Kenapa bahaya?" Soal Abby polos.

"Bahayalah sebab kalau Abby jatuh macam mana? Pastu tak ada siapa yang tahu Abby jatuh."

Abby seolah sedang berfikir.

"Tapi Abby dah besar. Abby tak akan jatuh-jatuh."

Aisha cekak pinggang lagak seperti seorang ibu yang geram bila anaknya sudah pandai menjawab.

"Sedangkan Kak Aisha yang dah besar ni pun boleh jatuh, apatah lagi Abby yang comel ni." Dicubit kedua-dua pipi Abby.

Tertawa Abby dibuatnya. Selesai mendandan Abby, mereka sama-sama turun ke bawah.

"Kak Aisha, harini Abby nak baking."

Terhenti langkah Aisha. Besar matanya memandang Abby.

"Abby nak baking apa?" Soalnya tak percaya.

"Semalam Abby tengok tv dengan TokMi. Orang tu baking cookies. Abby pun nak baking juga."

Terlepas tawa Aisha. Nak buat cookies rupanya.

"Abby pandai baking tak?" Soal Aisha.

Abby geleng sambil memuncungkan bibirnya. "Kakak pandai tak?"

Aisha senyum seraya mencuit hidung mancung Abby. "Mestilah pandai."

"Yeay!! Harini Abby nak buat cookies! TokMi! TokMi!" Tiba-tiba sahaja, Abby menjerit kegirangan lantas berlari keluar mencari TokMinya. Aisha turut sama mengejar langkah Abby.

"TokMi! Harini Abby dengan Kak Aisha nak baking cookies. Boleh tak TokMi?" Ditarik-tarik hujung baju Puan Sri Azalea yang sedang menyiram pokok bunga.

Tertawa Puan Sri Azalea. "Boleh, sayang."

"Yeay!!!" Seronok Abby bila diberi izin Puan Sri Azalea. Aisha turut tertawa suka.

"Aisha," panggil Puan Sri Azalea. Dia menapak ke pili air lalu menutup paip. Sebaik sahaja Aisha tiba di depannya, terus dipamerkan senyuman bahagia.

"Abby tak pernah happy macam ni." Ucap Puan Sri Azalea. Matanya seakan bergenang dengan air mata. Aisha sekadar senyum.

"Nanti umi call Raid suruh balik masa dia lunch nanti pastu bawak Aisha pergi shopping bahan untuk buat cookies. Kat rumah tak ada bahan semua tu."

Aisha terus 'eh'.

"Umi, tak apa. Tak payah susahkan dia untuk teman Aisha beli barang. Aisha boleh pergi sendiri." Tegah Aisha.

"It's okay. Umi pasti yang Raid mesti happy bila dapat tahu yang Abby nak buat cookies. Lagipun, Aisha boleh bawak Abby sekali. Mesti dia lagi seronok." Tak dapat Aisha nak membalas kata-kata Puan Sri Azalea, wanita itu sudah laju berlalu masuk ke dalam mahu menelefon Raid.

Aisha pula hanya mampu garu kepalanya yang tidak gatal.

🦄

Siapa excited nak tengok Aisha dengan Raid pergi shopping? 🙋🏻‍♀️

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now