19;

14.3K 663 15
                                    

"Saya Raid, bakal suami Aisha."

Satu ungkapan yang cukup membuatkan Aisha terdongak memandang tepat ke arah Raid. Terlopong mulutnya mendengar ayat Raid tadi.

Raid yang turut memandang Aisha seakan mengerti dengan perubahan wajah gadis itu dan dia mengangguk kecil menandakan yang dia akan terangkan semuanya nanti.

"Bakal suami?!" Jeritan dari Suria mengembalikan Aisha dan Raid ke dalam keadaan mereka sekarang.

"Kak—"

"Patutlah! Kau memang sengajakan nak malukan aku dengan si Firman tu. Rupanya kau duk menggatal rupanya. Kurang ajar ek kau ni!" Suria seakan sudah hilang sabar.

Aisha makin kelu lidahnya. Macam nak pengsan pun ada. Raid di sebelah masih tenang riak wajahnya walaupun dalam hati berdebar semacam.

"Ada apa ni?"

Automatik mereka menoleh saat satu suara menegur. Aisha telan liur saat melihat wajah Farid dan Suria semakin sinis senyumannya. Bergeliga otaknya cuba menyusun ayat supaya Farid bencikan Aisha.

"Abang! Abang! Abang tahu tak adik abang ni dah pandai melawan cakap saya. Dia malukan saya tahu tak." Dan Suria mula meracun Farid sambil menarik lengan Farid berdiri di sebelahnya.

"Malukan apa?"

"Dia tolak lamaran Firman semata-mata nak kahwin dengan lelaki ni. Mana saya nak letak muka ni, bang? Takkan saya nak pulangkan cincin ni semula dekat Firman? Apa yang diorang akan cakap nanti?" Suria buat-buat sedih. Dalam hati sudah melonjak kesukaan.

Aisha ingin bersuara namun Raid terlebih dahulu menahan.

"Betul ke Aisha?" Soal Farid sambil menatap sedalam-dalamnya mata Aisha.

Semakin berjuraian air mata Aisha. Lalu, kepalanya diangguk seakan mengiyakan segala tuduhan yang dibuat Suria. Biarlah dia dibenci abangnya kalau itu mampu membuat hati Suria puas.

Semakin melebar senyuman sinis Suria apabila melihat wajah Farid sudah merah kerana amarah yang semakin menguasai diri.

"Sampai hati Aisha malukan Kak Su macam ni. Tak cukup ke apa yang Kak Su dengan abang buat untuk Aisha? Kalau bukan Kak Su yang banyak berkorban untuk kita, siapa lagi? Aisha tak fikir ke untuk balas jasa baik Kak Su dekat kita berdua?"

Aisha gelengkan kepalanya sambil teresak-esak.

"Abang... Aisha tak ada niat nak buat macam ni. Aisha hormat abang, hormat Kak Su. Tapi bukan ni caranya untuk mintak Aisha balas jasa baik Kak Su. Aisha tak nak kahwin dengan pilihan orang lain. Ni hidup Aisha, biar Aisha yang tentukan." Aisha berani menjawab sampaikan Suria membesarkan anak matanya kerana geram dengan jawapan Aisha.

"Habistu, lelaki ni baik sangatlah? Kak Su tentukan jodoh untuk Aisha, jodoh yang baik-baik. Dia ni... entah siapa-siapa. Dari dulu lagi Aisha memang degilkan? Susah nak dengar cakap abang. Abang pun tak faham kenapa Aisha mesti ada dalam hidup keluarga abang. Langsung tak kenang budi!"

"Abang! Kenapa cakap Aisha macam tu?" Aisha semakin menangis. Kata-kata Farid sangat menyengat hatinya. Seakan ditusuk dan disagat.

"Pergilah, Aisha. Abang ni bukan keluarga Aisha. Buatlah apa yang Aisha suka. Jangan cari abang lagi sebab abang bukan keluarga Aisha." Ucap Farid sambil melarikan anak matanya ke arah lain.

Suria mengusap perlahan tangan Farid seakan cuba untuk menenangkan suaminya namun dalam hati dia melonjak riang kerana rancangannya berjaya.

"Dahlah, abang. Jomlah kita masuk. Orang tak pernah nak hargai pengorbanan kita selama ni, buat apa kita merayu dekat dia." Ditarik tangan Farid masuk ke dalam. Sempat dihadiahkan senyuman sinis sebelum menutup pintu rumah.

Aisha terduduk menangis teresak-esak. Dia tak percaya yang semua ini terjadi dalam diri dia. Dia seakan berada di alam mimpi. Dibuang Farid lalu disedarkan akan kewujudan dirinya selama ini yang datang entah dari mana. Bertubi-tubi kata-kata yang membuat hatinya semakin sakit terhiris.

"Aisha," satu tangan melekat pada bahu kirinya. Tangan yang menghulurkan bantuan buatnya sebentar tadi.

"Raid..." seusai itu, dia jatuh rebah tidak sedarkan diri.

🦄

Raid duduk termenung di birai katil mengenangkan nasib Aisha dan juga dirinya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh mengaku yang dia bakal suami Aisha.

Pengakuan 'olok-olok' dia tu pun lagi menambahkan keadaan menjadi lebih teruk. Bukan lagi membantu Aisha.

Raid raup rambutnya yang sememangnya serabai dan kusut itu. Tak pasal-pasal dia terjebak sekali dalam hal Aisha tapi... dia kesiankan Aisha. Kalau dia jadi Aisha, dah lama dia hilang sabar dengan mereka berdua tu.

"Along, termenung apa lagi tu?" Suara umi memeranjatkan Raid. Terus dia berdiri tegak.

"Macam mana umi boleh masuk?"

Puan Sri Azalea tersenyum sambil menapak masuk ke dalam bilik tidur Raid.

"Along tak tutup pintu. Bila umi nampak along termenung macam ni, tu yang umi masuk. Along buat umi risau."

Raid senyum hambar. Dia sendiri tak tahu nak luahkan macam mana.

"Along fikir pasal Aisha ke? Along ke yang buat Aisha pengsan sampai macam tu?" Puan Sri Azalea serkap jarang terus membuatkan Raid menoleh ke arah uminya.

Dilabuhkan duduknya semula di sebelah Puan Sri Azalea.

"Tak, umi... bukan. Aisha ada masalah dengan keluarga dia tapi along—" dipandang wajah Puan Sri Azalea yang masih menunggu dia untuk meneruskan ayatnya.

"Along cakap yang along ni bakal suami Aisha." Perlahan saja suaranya namun cukup didengari oleh Puan Sri Azalea.

Dia menantikan reaksi uminya, namun wanita itu masih beriak tenang. Puan Sri Azalea menghela perlahan nafasnya.

"Habis, apa kata Aisha?"

Raid mengangkat kedua-dua bahunya tanda dia tak tahu apa kata gadis itu.

"Along cuma nak tolong dia. Kakak ipar dia hina dia macam-macam, umi. Walaupun bukan along yang kena, tapi along rasa sakitnya tu. Along rasa kesian dekat Aisha."

Diusap bahu Raid perlahan sambil dihadiahkan senyuman.

"Along tahukan apa yang along nak buat nanti. Kalau along boleh betulkan semuanya, along betulkan. Umi tahu along boleh buat."

"Thanks, umi."

🦄

Hai! Sorry for the late update 🙏🏻😅
Busy dengan kerja sekarang ni jadi masa untuk update sangat terhad.

In Shaa Allah, kalau korang vote this part, saya update lagi nanti!

Yang penting VOTE AND COMMENT, okay! ❤️

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now