40;

14.6K 525 3
                                    

Kalau bercuti ke Hulhumale Beach, memang tak sah kalau tak cuba setiap aktiviti yang disediakan di sini. Terutamanya scuba diving, snorkeling dan menyaksikan matahari terbenam di Sunset Cruise.

Waktu ini, Raid masih lagi cuba memujuk Aisha untuk snorkeling tapi dari tadi Aisha menggeleng tak nak. Bukan tak nak tapi takut! Bukan tak pandai berenang cuma pertama kali bakal melihat suasana di dalam laut biru. Kalau setakat berenang dekat dalam parit atau sungai, Aisha memang champion.

"Sayang, cepat. Rugi tau tak cuba." Raid masih mencuba. Ditarik tangan Aisha tapi Aisha beratkan badannya.

"Tak nak. Abang pergi jelah. Aisha takutlah." Aisha gelengkan kepalanya beberapa kali.

Raid tak tahan nak ketawa lalu selamba saja dia hamburkan tawanya bila melihat wajah takut-takut Aisha.

"Janganlah ketawa!" Marah Aisha. Malu bila penjaga di situ tersenyum-senyum memandang mereka.

"Aisha nak takut apa? Abang kan ada. Bukannya abang tinggalkan Aisha pun." Raid cuba yakinkan Aisha sekali lagi.

Aisha muncungkan bibirnya. Matanya memincing memandang Raid di depannya. Mereka berdua sebenarnya sudah siap dengan peralatan untuk melakukan aktiviti snorkeling. Hanya tinggal untuk terjun dan merasai keindahan di dasar laut walaupun sekadar separuh permukaan laut.

"Boleh percaya ke yang abang tak akan tinggalkan Aisha?" Soal Aisha sambil memeluk tubuh.

Raid senyum. Dia memegang kedua-dua tangan Aisha dan berdiri di hadapannya.

"Abang tak akan tinggalkan Aisha. Jangan takut okay." Lembut saja tutur bicara Raid, cuba memujuk Aisha.

Aisha mengeluh perlahan kemudian senyum. "Okay janji ea?"

"Janji!" Raid angkat tangannya seolah berikrar. Aisha senyum.

"Okay, jom!" Ditarik tangan Aisha menuju ke permukaan laut biru.

"Ready sayang?" Soal Raid sambil tangan tak lepas memimpin Aisha.

Aisha angguk teragak-agak dan terus dia dan Raid menjatuhkan tubuh ke dalam air. Mereka berenang pada paras air yang dibenarkan untuk snorkeling sambil memerhati ikan-ikan yang berenang di keliling mereka.

Tangan Aisha masih setia dalam genggaman Raid. Mereka mengelilingi kawasan itu lebih kurang 20 minit sebelum naik semula ke permukaan air.

Raid dan Aisha mencabut snorkel yang membantu pernafasan mereka ketika di dalam laut tadi. Masing-masing terus mencuri nafas.

"Nak cuba lagi tak?" Soal Raid. Aisha sekadar anggukkan saja kepalanya.

Dia tak puas. Keadaan di dalam laut sangat indah. Berenang bersama-sama ikan, melihat terumbu karang yang cantik. Memang indah! Dan sekali lagi mereka menyelam ke dalam laut.

Usai snorkeling, mereka merehatkan diri di tepi pantai.

"Apa perasaan anda selepas snorkeling tadi?" Usik Raid sambil tangannya dibuat seperti mikrofon di depan Aisha.

Aisha tolak lembut tangan Raid sambil ketawa. "Best! Tak puas sebab cantik gila dalam laut tadi. Abang selalu ke snorkeling?"

"Dulu je abang rajin buat aktiviti ni, pastu dah busy kerja... lupa dah pasal snorkeling ni."

Terangguk-angguk Aisha.

"Jom. Abang nak bawak Aisha pergi satu tempat."

"Pergi mana?"

"Rahsia." Ditarik tangan Aisha untuk bangun. Tetapi mereka menukar baju dahulu sebelum ke destinasi seterusnya.

🦄

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now