6;

16.3K 710 9
                                    

"Aisha dah dapat kerja?" Terhinjut bahu Aisha bila ditegur Suria dari belakang.

Aisha pamerkan senyuman nipis. Dia baru sahaja selesai makan dan Suria masih lagi menyandar pada peti sejuk.

"Belum lagi kak. Tapi Aisha akan cuba dapatkan kerja secepat yang mungkin." Jawab Aisha.

"Baguslah Aisha. Akak bukan apa. Akak minta maaf sangat kalau kata-kata akak ada mengguris hati Aisha. Tapi akak nak Aisha tahu yang akak anggap Aisha macam adik akak sendiri."

Aisha angguk sambil menunduk.

"Aisha faham, kak. Aisha janji lepas Aisha dapat kerja, Aisha akan cari rumah yang lain. Aisha pun nak minta maaf kalau Aisha dah banyak susahkan akak."

Suria senyum nipis. Dia melangkah mendekati Aisha lalu tubuh Aisha dipeluk erat. Malam ini, hatinya lembut pula mahu berhadapan dengan Aisha.

Aisha agak pelik bila tiba-tiba sahaja Suria berbaik dengannya sedangkan minggu lepas bukan main masam lagi muka kakak iparnya itu.

"Kalau Aisha susah nak dapat kerja, Aisha bagitahu akak. Akak tolong."

Aisha sekadar angguk lalu segera meminta diri. Rasa tak sedap hati pula tiba-tiba. Sampai sahaja di bilik tidur, terus Aisha kunci pintu bilik.

Aisha meraba-raba isi di dalam begnya untuk mencari telefon. Sebenarnya, dia baru sahaja pulang dari perpustakaan awam yang berdekatan dengan taman perumahannya.

Sebaik sahaja mencapai telefon bimbitnya, jari Aisha turut menarik sekeping kad. Diletakkan telefonnya di atas katil lalu kad itu dibelek.

"Ya Allah, macam manalah boleh lupa kad bisnes ni." Aisha tepuk dahi sendiri.

Kalau dia tak ambil telefon dia tadi, mesti dia dah lupa pasal kad bisnes daripada Raid Haris itu. Rupanya dah lebih dua hari kad ini duduk bertapa dalam begnya.

Terus disimpan nombor telefon Raid ke dalam telefon bimbitnya. Tentang tawaran untuk menjadi pengasuh Abby masih belum difikirkan.

Dia tahu pasti Farid tak akan bersetuju kalau dia menjadi pengasuh. Tapi Aisha langsung tak kisah. Asalkan kerja itu masih mulia di sisi Allah, apa salahnya. Lagipun, Aisha dah biasa jaga budak kecil. Dayyan tu, dari baby Aisha dah jaga, sampai besar dah budak tu.

Apa nak heran. Kan?

Persoalannya, perlu ke dia beritahu Farid tentang tawaran menjadi pengasuh Abby itu?

🦄

Harini hari Sabtu. Hari untuk dia berehat setelah 4 hari berada di negeri Kedah untuk menjadi seorang fasilitator untuk program reunion sekolah lamanya dulu.

Kalau bukan sebab Ikmal yang mengajaknya, tak ada maknanya dia nak ikut serta. Masih banyak lagi kerja yang tertangguh di pejabat. Dan sebab utama sekali ialah Abby. Rania sudah pulang ke hostel dan tak akanlah dia nak biarkan umi yang menjaga Abby pula?

"Abby mana umi?" Soal Raid apabila terserempak dengan Puan Sri Azalea di tangga.

"Macam biasalah, dia dengan unicorn dia tu mana boleh berpisah." Tersungging senyuman nipis pada bibir Puan Sri Azalea.

Raid turut tersenyum. Mainan unicorn yang dibelinya semasa berada di Paris 3 bulan lepas memang susah nak dilepaskan Abby.

"Dia kat mana?"

"Ruang tamu tu. Pergilah along tengok dia. Umi nak solat Asar dulu." Pamit Puan Sri Azalea.

Raid terus melencongkan kakinya ke ruang tamu. Dari situ, sudah terdengar suara Abby bercakap bersama dengan unicornnya.

"Abby!" Dipeluk Abby dari belakang menyebabkan mainannya tercampak.

"Papa Long!" Marah Abby dengan suaranya yang kecil itu.

Terkekek Raid ketawa melihat wajah cemberut Abby. Suka betul dia menyakat Abby. Mana tak Puan Sri Azalea tu bising hari-hari dah kalau dia suka sangat menyakat si kecil tu.

"Main je kerjanya. Dah buat exercise?" Soal Raid dengan suara yang sedikit tegas.

Abby angguk laju sebab dia tahu kalau dia geleng, pasti Papa Longnya itu akan membebel.

"Abby dah siapkan awal-awal sebab Abby nak main dengan Uni."

"Who is Uni?" Soal Raid pelik. Kurang dapat apa yang Abby cuba sampaikan.

"This!" Ditunjuk patung Unicorn di depan muka Raid.

Tak pasal-pasal Raid lepaskan ketawa. Diambil patung itu dari tangan Abby. Dah macam nama kumpulan Uni dari Muzikal Lawak Superstar dah.

"Kenapa Papa Long tak tahu nama dia Uni?" Soal Raid.

Abby mula 'emm'. Seakan sedang berfikir. Dia sendiri tak ada jawapan untuk itu. Raid geleng sambil tersenyum. Diusap kepala Abby dengan penuh kasih.

Abby merupakan amanah adiknya. Raila. Atau yang sebenarnya arwah Raila. 5 tahun Raila melanjutkan pelajarannya di Bosnia Herzegovina dalam jurusan kejuruteraan. Selama Raila di sana, rupanya Raila sudah berkahwin secara senyap dengan orang berbangsa Bosnia itu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ranaa Abigail iaitu Abby. Dan mungkin waktu itu, Allah mahu menguji Raila. Suami Raila hilang tanpa jejak sampailah Raila mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan berhenti belajar.

Kali pertama mereka sekeluarga bertemu dengan Raila dan Abby yang waktu itu berumur dua tahun lebih memang sangat terkejut. Lebih terkejut lagi bila mendapat tahu yang Raila sudah pun berkahwin. Puan Sri Azalea terus diserang sakit jantung. Lebih sebulan dia berada di hospital. Puan Sri Azalea memang sukar nak menerima kebenaran itu. Dia susah nak terima kehadiran Abby pada awalnya.

Malu memang malu bila kawan-kawan Puan Sri Azalea mula bercakap sana sini tentang Raila dan Abby. Namun, siapa mereka mahu menidakkan takdir Tuhan?

Akhirnya, tahun lepas Raila pergi meninggalkan mereka sekeluarga untuk selama-lamanya kerana mengalami kemalangan jalan raya. Raid masih ingat lagi sewaktu kali terakhir sebelum Raila kemalangan, Raila sempat berpesan supaya menjaga Abby macam anaknya sendiri.

Dan Raid bukanlah seorang abang dan pakcik yang kejam. Dia menjaga Abby sebaiknya dari uminya tak suka terus jatuh sayang pada Abby.

Kesian Abby. Sebab itu, apa-apa sahaja mengenai Abby, memang Raid akan pandang serius. Jika ada sesiapa yang datang mahu menuntut Abby semula, dia tak akan sesekali beri Abby pada mereka.

Kerana Abby amanah daripada Raila.

🦄

Vote dan comments! Thanks 🥰

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now