50;

13.4K 480 19
                                    

"Apa yang you cakap dekat Mai?"

Terhinjut bahu Puan Karina apabila suaminya sudah berdiri di birai pintu, memerhatinya tajam. Puan Karina telan liur yang terasa kesat. Wajahnya cepat-cepat dikawal agar tidak nampak yang dia dalam keresahan.

"Nothing. Just bertanya khabar dengan Mai." Selamba sahaja jawapan Puan Karina. Dia bangun dan meletakkan telefon di atas meja solek dan menghampiri pintu bilik.

Langkahnya dihalang Encik Azman untuk keluar dari bilik.

"You jangan ingat I tak tahu apa yang you cakapkan dekat Mai."

Besar anak mata Puan Karina bila Encik Azman seakan tahu apa yang dibualkannya tadi. Dia terus kawal riak wajahnya seperti biasa. Tangan disilangkan di dada.

"Mana ada I cakap apa-apa. You jangan nak tuduh sembarangan ea."

Encik Azman tersenyum sinis. Dah berapa lama dia berada di pintu, mendengar setiap bicara isterinya. Dia belum pekak lagi untuk mengetahui semua itu.

"Tepilah, I nak jalan!" Ditolak sedikit tubuh suaminya ke tepi namun Encik Azman masih statik di situ memandang Puan Karina.

"You ni memang tak boleh move on ke dengan apa yang jadi pada you dulu sampaikan you nak suruh Mai rosakkan rumah tangga Raid dan Aisha?"

Sekali lagi, terbuntang biji mata Puan Karina mendengar ayat suaminya. Tak pernah disangka yang Encik Azman sanggup berkata sedemikian kepadanya.

"Apa yang you merepek ni? Bila masa I suruh Mai rosakkan hubungan diorang?" Suara Puan Karina hampir tinggi namun dikawal cepat.

"You jangan ingat I tak dengar apa yang you cakap dekat Mai. Dah berapa lama I diri sini, dengar semua apa yang you hasut Mai, sampai hati you kan?" Nada suara Encik Azman naik seoktaf. Bengang dengan tindakan Puan Karina.

"You tak tahu apa yang I cuba buat. You tak pernah faham I. Sekarang ni you nak salahkan I pulak?" Lantas Puan Karina kembali duduk di birai katil membiarkan suaminya yang masih berdiri itu.

"Memang salah you pun! Menghasut anak runtuhkan masjid orang. Mak jenis apa you ni?!"

"Azman!"

Terdiam Encik Azman bila mendengar suara tengkingan Puan Karina. Tersandar lemah dia di dinding bilik.

"I cuma nak yang terbaik untuk Mai. I tak nak Mai terluka disebabkan Raid. You tak nampak ke betapa Mai tu sayangkan Raid? You sedar tak yang Aisha penyebab hubungan Raid dengan Mai hancur?"

"You memang berdendam dengan Aisha pun kan? Tak cukup ke apa yang you dah buat pada keluarga Aisha, darah daging you sendiri? Apa lagi yang hati you tu tak puas, hah?! Jangan kerana you cemburukan arwah Naurah, Aisha yang jadi mangsa you!" Herdik Encik Azman. Biarlah dia luahkan apa yang dia simpan selama ini. Biar isterinya sedar akan perbuatannya itu.

Puan Karina mengetap rahang menahan rasa amarah yang sudah terkumpul. Sangkanya, suaminya akan berada di sebelah pihaknya tapi tidak. Suaminya lebih suka berada di pihak Raid dan Aisha.

"You tak tahu apa yang I rasa selama ni. Bila I dapat tahu yang anak Is masih hidup, rasa benci ni!" Puan Karina tunjal dada sendiri sambil air mata mengalir laju. "Rasa benci ni makin dalam, makin kuat. Cukuplah mak dia buat I rasa terbuang dulu, dan sekarang Aisha pulak? Sebab tu I cakap yang you tak pernah faham apa yang I rasa."

"Karin... you tahukan apa yang you buat ni salah. Biarkan Aisha jumpa bahagia dia. Selama ni, Aisha sengsara disebabkan you. Aisha terbuang dan tak tahu mana asal usul dia. Kalau bukan you yang cuba pecah-belahkan keluarga Aisha, mesti semua ni tak jadi macam ni." Encik Azman sudah rasa ingin mengalah tapi dalam masa yang sama masih cuba untuk menyedarkan si isteri.

"Jadi, biarkan I buat apa yang I nak. I pun nak anak I bahagia. You tu... tak nak tengok Mai bahagia ke?"

"I nak Mai bahagia tapi bukan dengan cara runtuhkan perkahwinan orang. Ramai lagi lelaki lain sebaik dan sehebat Raid. Tak perlulah you hasut Mai untuk dapatkan Raid semula. Tak guna, Karin."

Terdiam Puan Karina. Lama matanya menatap wajah Encik Azman. Sesungguhnya, hati dia masih mahu Maira dapatkan Raid semula. Tak kisahlah walau apa cara sekalipun.

"Jangan cuba halang apa yang I buat, Azman." Keras nada Puan Karina menampar gegendang telinga Encik Azman.

"Dan you jangan terkejut kalau apa yang you cuba nak buat dekat perkahwinan Raid, akan jadi pada perkahwinan kita. Tak mustahil. Kifarah Allah tu ada." Usai berkata begitu, Encik Azman terus keluar dari bilik, meninggalkan Puan Karina yang tercengang.

"Azman! Apa yang you cuba cakap hah?! Azman!" Jerit Puan Karina dari dalam bilik namun suaminya langsung tak berpatah balik.

Punggung dihempas kasar di atas katil. Tangannya mengenggam antara satu sama lain.

"Kau baru tengok gila aku yang macam ni kan, kau tunggulah nasib kau nanti." Bisik Puan Karina keras sambil menumbuk tilam sekuat hati.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now