64;

14.5K 536 18
                                    

Raid sangkut kunci keretanya pada penyangkut kunci yang terlekat di dinding. Matanya meliar mencari figura isterinya. Dekat ruang tamu atau dapur tak ada.

Sambil mencabut butang kemejanya, Raid melangkah masuk ke ruang tidur dengan harapan Aisha ada di atas katil. Namun, sebaik sahaja katil terbentang di matanya, tubuh Aisha langsung tak ada. Berkerut dahi Raid.

"Aisha? Sayang?" Laung Raid lantas masuk ke dalam bilik air. Tetap juga tak ada.

Dia tahu harini dia balik lambat. Hampir pukul sepuluh malam. Bukan dia saja-saja nak balik lambat tapi disebabkan klien pentingnya mengajak dia untuk makan malam, Raid tak mampu untuk menolak.

Usai mandi, Raid keluar semula dari bilik. Bilik Abby dituju. Biasanya, kalau Aisha tak ada dalam bilik mereka, mesti Aisha di bilik Abby. Nak kata Aisha tak ada kat rumah, keretanya elok je terparkir di garaj rumah.

Tombol pintu dipulas perlahan, tak mahu mengejutkan Abby yang dia yakin sudah tidur. Tepat tekaannya, Aisha memang ada di bilik Abby. Sedang elok berbaring sambil memeluk Abby.

Barulah Raid boleh menarik nafas lega. Perlahan dia menapak masuk ke dalam bilik tidur Abby yang hanya diterangi cahaya lampu meja.

Bahu Aisha dipegang, namun tak sempat dia ingin mengejut Aisha, isterinya pantas tersentak.

"Hah!" Automatik Aisha bangun dan duduk. Raid turut sama terkejut dengan aksi spontan Aisha.

Aisha jelaskan ruang matanya dan bila wajah Raid yang ada di depannya, terus wajahnya berubah. Aisha tak pedulikan Raid, malah dia terus bangun dari katil dan berjalan mendekati pintu.

Raid yang terpinga-pinga lantas membuntuti Aisha yang sudah turun menuju ke dapur. Gelas diambil lalu air suam dituang ke dalam cawan sebelum Aisha meneguk perlahan. Dia sedar yang Raid mengikutnya.

"Baru balik?" Soal Aisha tanpa nada. Mata langsung tak memandang Raid.

Raid angguk. "Abang ada lunch dengan klien abang tadi."

Aisha tidak memberi tindak balas. Mengangguk pun tidak. Aisha bergerak pula ke singki dan mencuci cawan sambil diperhatikan Raid.

Saat Aisha mahu berlalu, pergelangan tangannya ditarik Raid sekaligus menghentikan langkah Aisha.

"Sayang kenapa? Sayang okay? Kalau Aisha marah sebab abang balik lambat, abang minta maaf sangat." Raid sudah risau. Entah kenapa, dia rasakan yang Aisha seakan mahu menjauh daripadanya.

"Aisha penat. Mengantuk." Jawab Aisha perlahan sambil menguraikan pegangan Raid.

Dia tak tahu kenapa dengan dia malam ini. Mungkin terbawa emosi tentang pagi tadi. Matanya seolah tak mahu memandang Raid walhal dia belum tahu perkara sebenar. Entah apa yang diberitahu Maira itu betul atau tidak pun dia tak pasti lagi tapi hatinya seakan sudah tawar.

Melihatkan Aisha yang sudah menapak laju menaiki tangga, terus Raid mengejar. Tak boleh jadi. Mesti ada apa-apa yang berlaku sehingga Aisha berkelakuan seperti ini. Dia kena tanya malam ini jugak.

"Sayang, kenapa ni? Bagitahulah abang. Jangan buat abang risau macam ni..." Raid separuh merayu tapi Aisha masih diam.

Sampai sahaja di bilik tidur, terus Aisha hempaskan tubuhnya di atas katil. Mata terus dikelapkan.

"Aisha, bangun. Bagitahu abang apa yang tak kena." Suara Raid mula bertukar serius. Tak suka dia dengan keadaan yang macam ni. Ada masalah, bagitahu.

"Awak tak penat ke? Berehatlah, tidur." Ucap Aisha tanpa riak. Tapi Raid sebenarnya lagi terpempan dengan bicara Aisha.

Mana panggilan 'abang' untuknya?

"Ada masalah, cuba jangan lari. Bagitahulah."

Aisha buka semula matanya. Terus dia duduk dari terus berbaring.

"Saya lari dari masalah? Bukan awak ke yang lari dari masalah?" Soal Aisha. Jantungnya sudah berdegup pantas.

Raid berkerut kening. "Apa Aisha cuba cakap ni? Abang tak tahu apa masalah Aisha."

Aisha terlepas ketawa sinis. Raid semakin berkerut wajah dengan perilaku Aisha.

"Bohonglah awak tak tahu. Awak mesti tahu kenapa saya jadi macam ni. Awak sangat tahu." Perkataan 'sangat' ditekan.

Raid terdiam. Bungkam apabila Aisha berkata begitu. Jujurnya dia tak tahu apa. Otaknya seakan beku untuk memproses apa yang cuba Aisha sampaikan.

Melihat kepada Raid yang diam sahaja, Aisha bangun dari katil dan melangkah menuju ke pintu.

"Aisha! Aisha nak pergi mana?" Cepat Raid bertindak dengan menghalang laluan Aisha.

Aisha lepaskan keluhan berat. Dia menunduk sebelum menarik nafas dan dihembus perlahan.

"Saya nak tidur dengan Abby. Boleh awak tepi sikit?"

Raid sudah berdecit. Diraup kasar rambutnya kerana keadaan sekarang yang masih sukar untuk dia mengerti. Kenapa dan mengapa?

"Aisha, kita baru happy-happy pagi tadi. Malam ni tiba-tiba jadi macam ni pulak. Tolonglah, jangan buat saya macam ni." Macam nak nangis rasanya!

Dada Aisha berombak menahan rasa. "Boleh awak tepi sikit? Saya nak lalu. Saya nak tidur dengan Abby."

Terpejam mata Raid kerana apa yang diharapkan keluar dari bibir Aisha tak seperti apa yang dia mahu. Dengan rasa yang sangat berat, Raid berlalu ke tepi memberi laluan pada Aisha.

Aisha melangkah lantas memulas tombol pintu. Namun, tak sempat dia nak keluar, tubuhnya sudah ditarik Raid masuk ke dalam pelukannya. Terkaku terus Aisha. Macam patung, tapi Raid tetap mengusap rambutnya.

Raid lepaskan pelukan lantas dilabuhkan ciuman di atas dahi Aisha. Lama. Sangat lama sehinggakan rasa yang mahu disampaikan Raid tepat mengena di hati Aisha.

"Walau apa pun yang jadi, abang nak Aisha tahu yang abang akan selamanya mencintai Aisha. Abang akan terima apa sahaja kekurangan Aisha. Jangan pernah pergi dari hidup abang." Pipi Aisha ditekup lembut. Dia cuba masuk ke dalam anak mata Aisha, cuba menyelami apa yang sedang dilalui isterinya sekarang tapi hampa.

Kerana mata itu cukup menggambarkan betapa terlukanya hati isterinya. Betapa dingin dan bekunya mata itu. Air mata Raid sudah bergenang di tubir mata.

Aisha turunkan tangan Raid yang masih berada di pipinya sebelum melangkah keluar meninggalkan Raid yang terkaku di situ.

Kerana tak dapat menahan rasa, terus tersandar Raid pada dinding. Tak mampu dia lari dari perasaan sebak yang sedang dia rasainya. Tangisannya tiada suara namun cukup memeritkan kerana apa yang dia rasakan sekarang sangat sakit.

🦄

Ada yang dah tidur ke?

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now