58;

13.3K 513 7
                                    

Bunyi deringan telefon di atas katil sedikit mengejutkan Aisha. Dia baru sahaja selesai mandi. Raid pun baru je ke tempat kerja.

Aisha terus ambil telefonnya. Sekali lagi dahi Aisha berkerut. Ingatkan suami dia yang telefon tapi rupanya nombor semalam yang telefon. Tak sempat Aisha nak angkat, panggilan itu sudah pun mati.

Malas nak telefon balik, Aisha letak semula telefonnya. Tapi baru beberapa langkah, telefonnya berdering sekali lagi. Terus Aisha angkat apabila nombor tadi yang tertera di kaca skrin telefonnya.

"Hello, siapa ni?" Tak menunggu lama, terus Aisha menyoal tentang gerangan yang menelefonnya itu.

"Hello, Assalamualaikum. Ni Aisha Nadrah ke?"

Berkerut dahi Aisha apabila suara perempuan yang menerjah corong telefonnya itu.

"Yy— ya. Saya Aisha Nadrah. Ni siapa ya?" Berdebar-debar Aisha dibuatnya. Terus Aisha teringatkan Raid. Fikirannya sudah berfikiran yang bukan-bukan tapi cepat dia menghalau perasaan itu.

"Saya Kak Shila. Jiran abang Aisha. Kak Shila nak bagitahu pasal abang Aisha ni."

"Abang Farid ke? Kenapa dengan dia?"

"Kalau awak nak tahu, awak datanglah HKL. Nanti akak mesej abang awak dekat wad berapa."

Hampir terlepas telefon Aisha dari tangannya. Abang Farid masuk hospital?!

"Okay, kak. Saya datang sekarang. Terima kasih banyak."

Setelah mematikan talian, Aisha terus bersiap ala kadar. Sampai di bawah, terus dia mencari Puan Sri Azalea.

"Umi, Aisha nak keluar sekejap. Umi tengokkan Abby boleh?"

"Aisha nak pergi mana ni?" Berkerut dahi Puan Sri Azalea apabila melihat Aisha dalam keadaan tergopoh-gapah.

"Aisha ada hal sikit. Umi bolehkan tengokkan Abby?"

"Boleh, boleh. Ni Aisha dah bagitahu Raid belum?" Soal Puan Sri Azalea sambil mengikuti Aisha ke muka pintu.

"Nanti Aisha bagitahu abang. Aisha minta diri dulu. Assalamualaikum, umi."

"Walaikumsalam, hati-hati Aisha."

Berlapis-lapis kerutan di dahi Puan Sri Azalea apabila melihat Aisha yang seperti kerisauan itu. Tak sempat ditanya hal apa tapi kelihatan memang agak mustahak.

Hampir setengah jam memandu, Aisha sampai di HKL. Dia terus masuk ke dalam hospital sambil mencari wad yang diberitahu Shila tadi. Dia terlalu risau. Sangat risau.

"Maksu!"

Sampai di aras yang menempatkan wad Farid, tubuh Aisha terus dipeluk Dayyan. Menangis Dayyan saat memeluk Aisha. Terus hati Aisha tersentuh lantas membalas pelukan Dayyan dengan erat.

"Maksu... Maksu jangan tinggalkan Aiyan... Aiyan rindu maksu..." mengongoi-ngongoi Dayyan di dalam pelukannya.

Aisha ni bukan boleh kalau melibatkan Dayyan. Mulalah dia pun ikut nangis.

"Maksu tak tinggalkan Aiyan. Maksu pun rindu Aiyan sangat." Dicium kedua-dua pipi Dayyan penuh kasih.

"Aisha?" Aisha mendongak saat namanya dipanggil seseorang. Terus Aisha berdiri semula. Seorang wanita dalam 30-an tersenyum memandangnya.

"Ya, saya."

"Akak harap awak ingat akak lagi." Ucap Shila seraya tersenyum.

Aisha seakan ingat-ingat lupa tapi apa yang pasti dia pernah dengar nama Shila sebagai jirannya dulu sewaktu dia masih tinggal dengan Farid.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now