43; (edited)

12.4K 482 10
                                    

5 bulan kemudian,

Kehidupan Aisha dan Raid berjalan seperti biasa. Maira sudah memulakan tugasnya sebagai doktor pakar tulang di Hospital Kuala Lumpur. Mummy dan daddynya juga sudah pulang semula ke Jepun dan kemungkinan dalam sebulan lagi baru balik Malaysia semula selepas segala urusan perpindahan mereka selesai.

Memandangkan dah masuk tahun baru, Abby pula dah mula dihantar ke taska kerana Abby pun sudah memasuki umur 5 tahun. Aisha lah orang yang paling teruja bila Abby dah mula bersekolah. Paling seronok bila dia sendiri yang menghantar dan mengambil Abby dari taska.

"Aisha, ambilkan umi kobis dalam peti sejuk tu boleh?" Pinta Puan Sri Azalea sambil tangannya lincah memotong bebola ikan.

Aisha angguk lalu dia berjalan mendekati peti sejuk. Sayur kobis yang disimpan di dalam laci peti sejuk diambil. Rania juga turut sama membantu mereka di dapur untuk memasak makanan tengah hari nanti.

"Ni umi," dihulur sayur kobis tadi kepada Puan Sri Azalea.

Waktu dia mahu kembali ke tempatnya, entah kenapa tekaknya tiba-tiba sahaja terasa mual dan seperti ingin mengeluarkan sesuatu.

"Uhukk— ukkk—" Aisha tahan mulutnya dengan tangan. Bila terasa seperti ada sesuatu yang berlumba-lumba mahu keluar, laju Aisha berlari menuju ke bilik air.

Sampai sahaja di singki bilik air, terus dihambur segala isi yang keluar tapi yang keluar hanyalah air dan bukanlah sisa makanan.

"Aisha! Okay tak ni?" Laju Rania dan Puan Sri Azalea berlari mendapatkan Aisha yang terbongkok-bongkok memuntahkan air dari dalam perutnya.

Mereka berdua membantu dengan menggosok belakang badannya. Bila terasa sedikit lega, Aisha buka air paip dan membasuh mulutnya serta membersihkan singki.

"Kenapa ni Aisha? Sakit perut ke?" Tanya Puan Sri Azalea. Terpamer riak risau pada wajahnya.

Aisha geleng tanda tidak tahu. Memang dia tak tahu bila tiba-tiba saja rasa nak muntah.

"Tak tahu umi. Tapi Aisha rasa macam melayang pulak." Aisha tekan kepalanya apabila rasa pening mula menyucuk kepalanya.

Pantas Rania dan Puan Sri Azalea menarik Aisha keluar dari bilik air dan dibawa duduk di ruang tamu.

"Adik pergi ambilkan air untuk Aisha." Suruh Puan Sri Azalea dan Rania terus berlalu semula ke dapur untuk mengambil air masak buat Aisha.

"Nah, umi." Dihulur cawan air kepada Puan Sri Azalea dan dia meminta Aisha untuk meneguk sedikit air masak itu.

"Aisha nak pergi klinik tak? Pucat muka Aisha ni." Kata Puan Sri Azalea sambil memicit-micit bahu Aisha.

Aisha menggeleng lemah. "Tak apa, umi. Aisha okay je ni. Sekejap lagi hilanglah pening ni."

"Betul ni?" Puan Sri Azalea mahu memastikan sekali lagi. Risau betul dia melihat Aisha yang sudah pucat wajahnya.

"Pergi jelah klinik. Manalah tahu Aisha mengandung ke apa ke." Kata Rania terus. Aisha dan Puan Sri Azalea terdiam dan masing-masing memandang ke arah Rania.

"Erk, kenapa? Adik ada salah cakap ke?" Rania tutup mulutnya apabila sedar yang dia menjadi tatapan dua orang di depannya itu.

"Me— mengandung?" Soal Aisha perlahan. Puan Sri Azalea tiba-tiba tersenyum.

"Aah, Aisha. Apa kata kita pergi check. Mana tahu apa yang Rania cakap tu betul."

"Ya ke umi?" Soal Aisha lagi mahukan kepastian.

"Kita pergi klinik okay." Putus Puan Sri Azalea dan terus saja dia dan Rania membantu memapah Aisha.

🦄

Dan betullah apa yang dikatakan Rania tadi. Mulutnya memang masin. Sampai sahaja di klinik berdekatan, terus Aisha dibawa untuk diperiksa.

Akhirnya mereka menerima berita bahawa Aisha memang disahkan mengandung 4 minggu. Kesukaan mereka dibuatnya. Aisha pula seakan tak percaya yang dia dah mengandung. Patutlah Aisha tak datang-datang bulan lagi. Ingatkan hormonnya yang tak stabil. Rupanya ada nyawa lain dalam tubuhnya. Nyawa bukti cintanya dengan Raid.

Doktor berpesan supaya Aisha menjaga kandungannya sebaik mungkin memandangkan kandungan Aisha sangat baru.

Di dalam kereta, masing-masing berceloteh suka. Lebih-lebih lagi Rania yang memang sangat teruja. Pening Aisha pula sudah surut dan diganti dengan perasaan gembira yang tak terkata. Perutnya yang masih kempis itu diusap perlahan.

"Seronoklah Abby sebab dia dah nak jadi kakak! Ya Allah, seronoknya umi, Aisha! Aisha dah nak jadi mama dah!" Kata Rania teruja sambil memandu.

Puan Sri Azalea tersenyum sambil menggelengkan kepala. Aisha turut sama ketawa dengan sikap Rania itu.

"Suka-suka jugak. Adik jangan sampai terlepas rumah pulak." Sempat Puan Sri Azalea berpesan.

"Eh, aah. Nasib baik umi ingatkan. Hehe, maklumlah terlebih excited gitu," Rania tersengih seperti kerang busuk.

Sampai saja di rumah, Puan Sri Azalea terus mengarahkan Aisha untuk berehat sahaja. Tak perlu melakukan kerja-kerja rumah.

"Umi, Aisha okaylah."

"Memanglah Aisha okay tapi ingat tak pesan doktor? Doktor tak bagi Aisha buat kerja berat-berat sebab kandungan Aisha baru lagi tu." Balas Puan Sri Azalea. Aisha melepaskan keluhan nipis.

"Kalau macam tu, Aisha pergi ambil Abby jelah. Dah nak pukul 11.30 dah ni." Aisha sudah mula menapak ingin keluar tapi dihalang oleh Rania pula.

"Tak payah mengada. Duduk rumah je. Biar kita ambil Abby."

Aisha mahu menjawab tapi Rania menghalang tidak membenarkan Aisha untuk bercakap apa-apa.

"Okaylah... tapi Aisha ada satu permintaan." Kata Aisha.

"Apa dia?" Tanya Rania sambil bercekak pinggang. Puan Sri Azalea sekadar tersenyum.

"Jangan bagitahu Raid dengan Abby pasal ni dulu tau. Aisha ingat Aisha nak buat suprise sikit." Aisha senyum mempamerkan giginya yang putih cantik itu.

"Oh, boleh je. Yang penting, Aisha kena jaga diri dan rehat je okay." Kata Rania dan Puan Sri Azalea mengangguk mengiyakan.

Aisha senyum lebar lagi sambil tangan melekap pada perutnya.

Heeee seronoknyaaaaa ~~~

🦄

Yeay! Aisha pregnant! 🤰🏻

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now