8;

15.2K 622 9
                                    

Aisha duduk termenung di atas buaian yang ada di laman rumah. Malam semalam, dia mimpikan Abby. Tak tahu kenapa tapi dia asyik teringatkan si kecil tu je. Mungkin rindu. Padahal baru dua kali mereka bertemu.

"Aisha busy ke?" Suara Suria menyentakkan lamunan Aisha.

Eh, dia ni ada nampak aku busy ke? Cepat sahaja Aisha gelengkan kepala.

"Tak. Kenapa kak?"

Suria senyum senang lalu dilabuhkan duduknya di atas kerusi batu di depan buaian. Aisha memandang pelik ke arah Suria. Lain macam kakak iparnya hari ni.

"Haritu kan akak ada cakap yang akak nak tolong Aisha dapatkan kerja, so akak ada kerja untuk Aisha." Kata Suria dengan mata yang penuh dengan harapan.

Sekali lagi Aisha pandang pelik ke arah Suria. Berkerut dahinya. "Kerja apa, kak?"

Suria senyum sambil membetulkan duduknya. "Company kawan akak perlukan pekerja sekarang ni and akak suruh dia savekan dulu tempat tu untuk Aisha. Macam mana? Aisha nak tak?"

Aisha senyum hambar. Kepalanya yang tidak gatal, digaru-garu.

"Jangan cakap yang Aisha dah dapat kerja?" Suria cuba meneka. Aisha terus pandang tepat ke wajah Suria.

Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia mengangguk. Terus berubah wajah Suria namun cepat saja dikawal riak wajahnya.

"Yeke? Ruginya. Padahal akak dah bagitahu kawan akak yang Aisha nak kerja."

Eh, eh. Bila masa entah aku cakap aku nak kerja dengan kawan dia ni? Hati Aisha mula merotok geram.

"Sorry kak," Aisha senyum serba salah.

"Hm, Aisha dapat kerja apa?" Soal Suria.

"Kerja... biasa-biasa je kak. Apa yang penting kerja tu halal." Jawab Aisha. Sekarang ni, dalam fikiran dia terus terlintas tentang tawaran daripada Raid beberapa minggu lepas.

Tapi takkanlah dia nak bagitahu Suria tentang kerja tu pulak. Tahu jelah Suria tu macam mana.

"Oh, yelah. Nak buat macam mana. Dah tak ada rezeki kan. Jangan lupa cari rumah sewa. Akak bukan apa, akak cuma nak Aisha belajar berdikari. Aisha jangan fikir bukan-bukan pulak." Balas Suria.

Aisha senyum saja. "Ya, kak. Aisha akan cari rumah sewa lepas ni."

"Baguslah. Akak masuk dululah. Panas pulak duduk luar ni." Terus Suria masuk semula ke dalam rumah.

Aisha terus hembuskan nafas lega. Fuhh!

🦄

"Abang tahu tak yang Aisha tu dah dapat kerja."

Baru saja Farid nak letak kepala di atas bantal, tiba-tiba isterinya bercakap tentang Aisha. Terus tak jadi nak baring. Dia kembali duduk memandang Suria yang sedang menyapu losyen pada tangannya.

"Hah? Saya tak tahu pun." Balas Farid.

Suria mencebik. "Dia belum nak bagitahulah tu,"

Farid sudah berfikir. Selalunya, kalau Aisha dapat apa-apa, dia mesti bagitahu. Tapi, pasal Aisha cari kerja pun dia tak tahu menahu.

"Kerja apa?" Soal Farid.

"Manalah saya tahu. Abang ingat saya ni busybody nak tahu semua benda pasal adik angkat awak tu? Tak kuasa saya." Selamba saja jawapan Suria.

"Masalahnya, kenapa saya tak tahu yang Aisha pergi cari kerja. Selama ni awak tahulah?" Soal Farid lagi seakan seorang penyiasat.

Suria berpaling ke belakang memandang suaminya. Ditenung tajam wajah Farid. Kalau pasal Aisha, bukan main laju lagi Farid nak tahu. Sanggup jadi penyiasat tak bergaji.

"Tahulah! Dia tak nak bagitahu abang sebab dia tahu abang tu macam mana." Perli Suria. Puas hati dia bila melihat wajah cemberut suaminya.

Farid lepaskan keluhan berat. Dia bersandar pada badan katil. Runsing pula memikirkan tentang Aisha.

Suria bangun dari katil menuju ke meja solek. Losyen tadi diletakkan semula di atas meja lalu dia kembali semula ke katil.

"Saya baru nak jodohkan Aisha dengan Firman. Dahlah syarikat Firman tengah cari pekerja. Melepaslah peluang saya." Kata Suria sambil menyelimut badan sendiri.

"Nak jodohkan Aisha? Awak ni dah gila ke apa? Firman tu duda." Bantah Farid.

Suria kembali duduk. Tak pasal-pasal malam ni dia bertelagah pasal Aisha.

"Apa salahnya? Yang penting ni haaa," Suria membuat simbol duit menggunakan jarinya berserta senyuman sinis.

"Astaghfirullahalazim, awak ni. Awak tak ada hak tau nak tentukan hidup Aisha tu." suara Farid sudah mula kedengaran menahan amarah.

Suria pula lepaskan keluhan maha berat. "Saya ni bukan apa. Saya cuma nak tengok Aisha tu bahagia. Hidup terjamin. Abang pun mesti nak tengok Aisha tu hidup sempurnakan? Jadi, apa salahnya saya jodohkan Aisha dengan Firman. Lagipun, Firman berkenan dekat Aisha."

Besar anak mata Farid mendengar kata-kata Suria.

"Firman berkenan dengan Aisha? Macam mana dia boleh tahu pasal Aisha?"

Suria diam sambil mencebik. Tak dijawab soalan Farid lalu selamba saja dia baring membelakangi Farid.

"Tidurlah. Esok abang kerja dan esok jelah kita sambung pasal Aisha ni." Jawab Suria yang sudah memejamkan matanya.

Farid pandang Suria besar kecil besar kecil je. Yang dia tak puas hati bila Firman berkenankan Aisha. Entah macam mana Firman boleh tahu pasal Aisha. Ni mesti kerja isterinya.

Dia bukan apa. Firman tu baru 5 bulan bercerai dengan bekas isterinya. Duda anak 3 pulak tu. Takkan dia nak gadaikan maruah dan masa depan Aisha semata-mata nak tengok Aisha bahagia?

Tak nak terus berfikir lagi, terus dia berbaring dan memejamkan matanya. Buat masa sekarang, dia mahu berhenti merunsingkan diri sendiri.

🦄

So how this chapter?
Rasa geram tak dekat Suria tu? Sis pun dah mula geram dekat si Kak Su ni 🤣
Hope korang semua enjoy ☺️👏🏻

Double chapter untuk harini okay! Jadi silalah buat kerja masing-masing tu 😜

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now