38;

14.7K 617 6
                                    

"Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, dosa isteriku, dosa ibuku dan dosa ahli keluargaku. Kurniakan kami rasa bahagia dan rasa syukur, Ya Allah. Permudahkan perjalanan hidup kami. Aamiin, Aamiin Ya Rabalalaamiin." Raid raup wajahnya. Mulutnya berzikir serta berselawat.

"Abang," suara lesu Aisha membuatkan Raid terus menoleh.

Aisha yang cuba bangun dari pembaringannya terus diterpa Raid. Raid membantu Aisha untuk bangun. Kemudian, dilabuhkan duduknya di sebelah Aisha dan dihulurkan air buat isterinya tapi perlahan saja Aisha menggeleng.

"Aisha okay?"

Aisha angguk. "Kenapa dengan Aisha?"

Raid senyum nipis. Tangannya naik mengelus pipi Aisha. "Aisha pengsan tadi."

"Hm? Pengsan? Lama ke Aisha pengsan?" Soal Aisha.

Terlepas tawa kecil Raid. "Adalah dalam dua jam macam tu."

Terbuntang mata Aisha. Dia cuba mengingati sebab kenapa dia pengsan. Bila memori petang tadi terlintas di fikirannya, semakin besar matanya.

"Abang, umi mana?" Soal Aisha terburu-buru.

"Umi ada. Tengah layan Abby agaknya. Aisha rehatlah. Nanti abang panggil umi datang sini." Ucap Raid sambil mengusap rambut Aisha.

Aisha senyum. Lama matanya menatap wajah Raid.

"Aisha, abang mintak maaf."

"Kenapa abang nak mintak maaf? Umi pun tak sepatutnya mintak maaf. Tak ada siapa yang salah dalam hal ni. Aisha faham dan Aisha kena terima apa yang dah diatur Allah. Selama ni Aisha ingat Aisha tak ada saudara mara lagi, rupanya suami Aisha ni sepupu Aisha rupanya." Terlepas tawa Aisha.

Rasa gundah dan sedih cuba ditutup dengan tawa serta senyumannya. Raid senyum.

"Allah nak tunjuk, sayang. Tapi abang bersyukur bila Aisha jadi isteri abang. Ingat dan simpan yang abang sangat-sangat bersyukur bila jumpa Aisha."

Aisha senyum. Tubuhnya diraih Raid ke dalam pelukan. Air matanya yang sudah bergenang di tubir mata, diseka cepat-cepat.

"Aisha rindu Abby lah. Aisha nak jumpa dia lah." Aisha mahu bangun tapi Raid menegah cepat.

"Aisha rehat. Biar abang panggil Abby."

"Alah, abang... please... Aisha bosan kalau duduk sini je. Aisha okay jelah. Bukan sakit mana pun. Lagipun..."

Tangannya naik merangkul leher Raid. Wajahnya didekatkan dengan wajah Raid. Ternaik kening Raid melihat tingkah Aisha yang menggoda.

"Lagipun apa?" Suara Raid bertukar husky. Disatukan dahinya dengan dahi Aisha. Pucuk hidungnya bertemu dengan pucuk hidung Aisha. Kedua-duanya memejamkan mata, menikmati saat romantik mereka berdua.

"Lagipun Aisha kan ada abang." Ucap Aisha perlahan dan dia beranikan diri mengucup pangkal hidung Raid. Dahinya dipisahkan dengan dahi Raid.

Tunak mata Raid menatap ke dalam mata Aisha. Haih, sayang dan cintanya terlalu banyak dicurahkan buat Aisha dan dia takkan berhenti mencurahkan setiap kasih sayang buat isterinya.

Raid dekatkan wajahnya dengan wajah Aisha sekali lagi. Matanya menatap sekejap ke arah bibir Aisha yang terbuka sedikit. Wajahnya disengetkan saat bibirnya hampir menyentuh seulas bibir Aisha.

"Eiiii... mengadanya dia ni...."

"Aduh, aduh!" Jerit Raid saat kedua-dua pipinya dicubit Aisha.

Tak sempat bibirnya nak menyentuh bibir Aisha, pipinya terlebih dahulu mendapat 'ciuman' Aisha.

"Abang baru nak bagi hadiah kat Aisha." Memuncung bibir Raid sambil menggosok pipinya yang perit dicubit Aisha.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now