55;

13.8K 540 21
                                    

"Umi! Adik!" Raid mengejar sesudah mereka sampai di rumahnya. Rania laju sahaja masuk ke dalam biliknya dengan keadaan marah dan kecewa.

Puan Sri Azalea menghentikan langkahnya. Air mata masih lagi berjuraian mengenang perbuatan anak harapannya. Raid berdiri di belakang uminya sambil tercungap-cungap nafasnya.

"Umi..."

"Kalau along nak jelaskan apa-apa, simpan jelah. Umi tak nak dengar. Umi tak nak hati umi makin sakit. Cukuplah apa yang along dah buat sekarang. Umi sangat kecewa dengan along." Bergetar suara Puan Sri Azalea.

Raid tersentap. Menyesalnya dia apabila meranapkan kepercayaan manusia yang paling dia sayang. Berdosanya dia membuat wanita yang melahirkan dia menangis kerana perbuatannya.

"Umi... along minta maaf... tak pernah terlintas sekali pun untuk along buat umi kecewa. Tak pernah umi... tapi along sedar, inilah kesilapan terbesar yang pernah along buat sampaikan umi kecewa dengan along... along anak tak guna umi... maafkan along..." Melutut Raid sambil memeluk kaki Puan Sri Azalea. Teresak-esak dia menangis menyesali perbuatannya.

Puan Sri Azalea mengetap bibir menahan esakan. Air mata semakin laju menuruni. Bohonglah kalau dia tidak tersentuh hati dengan Raid. Raid anaknya, tapi rasa kecewa itu lebih besar dan menguasai hatinya.

"Kalau diikutkan rasa kecewa umi, tak sama macam yang Aisha rasa. Kalau diikutkan rasa sedih kehilangan antara along dengan Aisha, Aisha lebih merasai. Aisha yang mengandungkan anak along, patutnya Aisha yang tak boleh terima kenyataan. Tapi kenapa... kenapa Aisha boleh redha dan terima ujian Allah dengan hati terbuka? Kenapa along cuba nak menghukum Aisha atas kesilapan yang sedikit pun bukan salah Aisha? Tak semua orang diuji begini, along, tapi bersyukurlah bila diberi ujian yang macam ni..." sebak hati Raid mendengar setiap kata-kata Puan Sri Azalea.

Betapa besarnya rasa penyesalan dalam dirinya. Betul apa yang dikatakan uminya. Dia sekarang sedang cuba untuk menghukum Aisha atas kesilapan yang bukan Aisha lakukan. Jika Allah berkata Kun Fa Ya Kun, bermakna jadilah ia walau kita menolak tidak mahu ianya terjadi.

Raid bangun lantas berdiri di hadapan uminya tapi cepat sahaja Puan Sri Azalea berpaling, tidak mahu memandang wajah Raid. Tersentap tangkai hati Raid bila uminya tidak mahu menoleh wajahnya. Tahulah dia bahawa uminya tersangat-sangat kecewa kerana dia.

"Maafkan along, umi. Salah along sebab buat umi dan Aisha macam ni. Tapi along mohon... along mohon jangan bagitahu Aisha pasal ni. Biarlah along yang bagitahu Aisha. Along tak nak benda ni sampai dari mulut orang lain. Along yang buat, biar along yang tanggung. Please, umi..." Raid memohon untuk kesekian kalinya.

Dia dah tak peduli yang dia menangis sekarang ini. Biarlah air matanya menjadi saksi betapa menyesalnya dia atas apa yang jadi. Ianya hanyalah salah faham tapi tetap salah di mata sesiapa pun.

Puan Sri Azalea tidak mengangguk, menggeleng pun tidak malah dia berlalu dari situ membiarkan Raid seorang diri di ruang tamu. Biarlah Raid cari ketenangannya sendiri.

🦄

Seperti yang diberitahu pihak hospital, hari ini Aisha dah boleh keluar dari hospital. Dia pun semakin sihat dan cergas seperti dulu cuma doktor berpesan supaya dia lebih berhati-hati selepas ini. Pantang pun akan diuruskan oleh Puan Sri Azalea nanti.

Dari tadi dia perasan yang Raid diam sahaja. Sejak dari hospital suaminya sekadar diam dan hanya bersuara ketika Aisha bertanya sahaja.

"Semalam kenapa abang tak datang hospital?" Tanya Aisha memecahkan kesunyian di dalam kereta. Tak sukalah dia macam ni. Suaminya senyap sahaja seakan berjauh hati.

"Abang sibuk." Hanya itu yang dijawab Raid. Aisha terus tak bersuara lagi sampailah mereka tiba di rumah.

Dari muka pintu, Puan Sri Azalea sudah menunggu. Keruh sahaja wajah ibu mertuanya. Terus Aisha bersalaman dan menarik tubuh Puan Sri Azalea ke dalam pelukan.

"Aisha rehat lepas ni. Umi dah kemaskan bilik tetamu untuk Aisha."

Terhenti langkah Aisha dengan kata-kata Puan Sri Azalea. Berkerut dahinya memandang Puan Sri Azalea yang turut sama menghentikan kakinya.

"Kenapa bilik tetamu pulak umi?" Tanya Aisha. Raid yang mendengar turut sama tertanya-tanya.

"Aisha kan nak kena pantang. Jadi biarlah umi yang jaga Aisha masa pantang nanti. Aisha duduk bilik tetamu, senang sikit umi nak tengok-tengokkan. Umi mana larat nak naik sampai ke tingkat tiga." Jelas Puan Sri Azalea dan Aisha terus mengangguk faham.

Dia mengikut Puan Sri Azalea masuk ke dalam bilik tetamu yang pernah dihuninya dulu.

"Aisha rehat dulu. Umi pergi dapur jap." Ucap Puan Sri Azalea lalu berlalu keluar dari bilik.

Di luar, Raid rupanya sedang menunggu uminya di luar bilik. Ada yang ingin ditanya.

"Kenapa umi suruh Aisha duduk bilik tetamu tu pulak? Habis along macam mana?"

"Along tak dengar ke apa yang umi cakap tadi? Aisha kena pantang dalam dua minggu. Biarlah Aisha duduk dalam bilik tetamu tu dulu sementara dia berpantang ni. Tak larilah Aisha tu dari along," selamba sahaja Puan Sri Azalea memerli.

Dia mengambil gelas kaca lalu mengisi air suam dan diletakkan di atas dulang untuk dibawa kepada Aisha. Tapi Raid sekali lagi bersuara.

"Umi masih tak maafkan along ke?"

Puan Sri Azalea diam tidak menjawab. Dia membiarkan soalan Raid berlalu bagai angin lalu.

"Nanti along pergi ambil Abby dekat taska." Itu sahaja yang dikata Puan Sri Azalea sebelum dia berlalu meninggalkan Raid yang termangu seorang diri di dapur.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now