42;

13.4K 506 26
                                    

Raid berdiri di luar bilik tidurnya. Kelihatan Aisha menyusun barang-barang mereka tadi. Dia tak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Segala yang jadi tadi seakan 'wake up call' buatnya. Seakan menyedarkan Raid akan sesuatu kenyataan dan kebenaran.

Ah, Raid... come on! Kau pun dah jatuh cinta dekat isteri kau sendiri. So, it's not a big problem pun kan? Benda macam tu kau boleh buang je dari hidup kau. Tak payah fikir lagi. Habis cerita.

Raid sedapkan hati. Entahlah... sukar untuk dia buang rasa salahnya dia kepada Aisha. Kebenaran di mana dia mengheret Aisha ke dalam masalahnya. Menjadikan Aisha sebagai pemuas hatinya yang menunjukkan dia berjaya 'memenangi' cabaran daripada Maira. Sekadar untuk menunjukkan kepada Maira bahawa dia boleh lakukan dan boleh berhenti cintakan Maira. Tapi tu mula-mula sebab sekarang dia memang cintakan Aisha. Jujur dari dasar hati memang Aisha yang terpahat namanya. Bukan Maira.

"Abang!" Panggilan Aisha menyentakkan Raid yang tersandar lemah di depan bilik mereka.

Entah bila masa Aisha sudah berdiri di sebelahnya. Raid terus hamparkan senyuman hambar.

"Kenapa berdiri sini?" Soal Aisha pelik.

"Penat..." Raid sandarkan kepalanya pada dinding. Penat satu hal. Dahlah mereka baru balik dari Maldives tapi boleh pulak dia dikejutkan dengan kehadiran Maira dan keluarganya.

Oh ya! Lebih mengejutkan Raid bila Maira akan bekerja di Malaysia. Di sini! Bermakna Maira akan berdekatan dengan dia. Sudah tentu ini bukanlah sesuatu yang baik dan positif untuk dilihat. Dah elok-elok kerja dekat Rusia sana, tiba-tiba nak balik Malaysia. Pelik kan?

"Abang!" Aisha tampar lengan Raid lembut untuk menyedarkan Raid yang tiba-tiba sahaja mengelamun jauh.

"Hah? Apa dia?"

"Abang tu kenapa tiba-tiba mengelamun pulak? Lebih baik abang rehat, abang penatkan?" Aisha senyum sambil tangan mengusap pipi Raid.

Raid terus dakap tubuh Aisha ke dalam pelukannya. Erat dan seakan tak mahu dilepaskan pelukan itu. Aisha pelik pada awalnya namun dia terus saja membalas pelukan Raid.

"Abang okay?" Soal Aisha risau yang masih dalam pelukan Raid.

"Okay. Cuma penat sikit." Jawab Raid. Dilepaskan pelukan namun dia masih memaut bahu isterinya.

"Sayang,"

"Ya?"

Raid lepaskan keluhan perlahan. Dia cuba untuk bertentang mata dengan Aisha tapi entah kenapa saat ini seolah dia tak punya kekuatan untuk menatap mata redup Aisha.

"Tak ada apalah. Rania mana?" Raid terus ubah topik. Kepalanya terus dijengukkan ke dalam bilik. Padahal dia dah nampak yang Aisha memang seorang diri dari tadi.

"Rania dalam bilik dia rasanya." Jawab Aisha. Dalam fikirannya terdetik pelbagai soalan bila melihat Raid yang kelihatan sangat lain itu.

"Oh... ni Aisha nak pergi mana?" Soal Raid lagi.

"Nak jumpa Abby. Dia tunggu dalam bilik dia. Rindu sangat dekat Abby." Aisha pamerkan sengihannya.

Raid turut sama tersenyum.

"Abang ikut."

"Eh, tak payahlah. Abang rehat dulu, lepaskan penat."

"Sayang tu tak penat ke?" Tanya Raid sambil keningnya dinaikkan beberapa kali.

"Tak pun. Dah siap mandi ni rasa segar dah. Abang pergi mandi, pastu rehat dulu." Ucap Aisha sambil mengusap lengan Raid.

Raid akur dan mengangguk perlahan. Selepas itu, Aisha meminta diri untuk berlalu. Hilang saja Aisha dari pandangannya, Raid tersandar lemah sekali lagi pada dinding.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now