53;

12.6K 468 12
                                    

Dua hari berlalu, Aisha masih lagi ditahan wad. Kemungkinan dalam beberapa hari lagi Aisha akan didischarged.

Keadaan sudah berubah. Dah tak macam dulu. Tiada lagi rasa teruja menunggu kelahiran. Yang tinggal hanya rasa trauma dan kecewa yang masih lagi dirasai Aisha. Sukar untuk dia menerima kenyataan yang amat perit untuk ditelan dan dihadam.

Anak dia... anak dia dah tak ada...

Bayinya tak dapat diselamatkan. Pendarahan yang banyak ketika kejadian dan lambat bertindak menyebabkan Aisha kehilangan permata kesayangan.

Waktu ini, hanya ada Puan Sri Azalea yang menemani. Kesian ibu mertuanya. Terpaksa menjaga dia selama dua hari ini.

"Umi... Abang Raid tak datang ke harini?" Soal Aisha lemah sambil mata menatap wajah Puan Sri Azalea yang sedang melipat baju-bajunya di atas sofa.

"Dia datang lambat sikit. Tadi dia bagitahu umi yang dia ada benda nak selesaikan dulu." Puan Sri Azalea tersenyum. Aisha mengeluh perlahan.

Entahlah, dia perasan sejak dua hari dia berada di hospital, layanan Raid sangat lain. Dia banyak berdiam diri. Tak macam sebelum ini. Aisha sangat terkesan dengan perubahan Raid.

Demi nak menyedapkan hati, Aisha anggap bahawa Raid masih lagi terasa dengan kehilangan anak pertama mereka.

Rania dan Abby masuk ke dalam bilik Aisha dengan keadaan senyap. Tak mahu terlalu bising. Abby terus memanjat katil dan berbaring di sebelah Aisha. Pinggang Aisha dipeluk erat.

"Aisha okay?" Tanya Rania yang sudah melabuhkan duduk di atas kerusi di sebelah katil.

Aisha senyum seraya mengangguk. "Alhamdulillah, rasa okay sikit harini."

"Baguslah. Tapikan Aisha, kita memang tak puas hati sangat tau. Macam mana boleh jadi macam ni ea?" Soalan Rania mencetuskan sedikit teguran daripada Puan Sri Azalea.

"Adik ni... kenapa tanya macam tu kat Aisha? Aisha baru je nak baik." Puan Sri Azalea kurang senang dengan soalan Rania.

Rania terdiam serba-salah. Dia tak dapat nak kawal mulutnya dari tidak terus bertanya. Rasa ingin tahunya terlalu kuat.

Aisha senyum nipis. Dia tak terkesan pun dengan soalan Rania itu. "Benda dah jadi, Rania. Kita tak boleh buat apa."

Rania peluk tubuhnya. "Tapi yang pelik tu... Maira boleh cakap ni salah Abby."

"Adik! Tak faham ke apa umi cakap tadi?" Puan Sri Azalea sudah bangun dan menghampiri katil. Rania cebikkan bibirnya.

"Umi, adik tak puas hatilah dengan Maira. Sesuatu sangatlah dia tu." Ucap Rania tak puas hati.

Aisha berkerut dahi. Lama dia memandang ke arah Rania. "Kak Maira salahkan Abby?"

"Aish—"

"Aah. Dia cakap Abby tumpahkan air lepastu Aisha tergelincir jatuh. Seboleh-boleh dia salahkan Abby. Abby ni apa tahu? Kecil lagi. Along marah sangat kat Abby haritu."

Tak sempat Puan Sri Azalea nak menghalang Aisha dari terus bertanya apa-apa, Rania terlebih dahulu memintas dan menceritakan kejadian tempoh hari. Puan Sri Azalea kalau boleh tak mahu Aisha tahu pada waktu-waktu begini. Waktu yang tidak sesuai untuk Aisha tahu.

Terkedu Aisha dengan cerita Rania. Abby di sebelah dipeluk erat. Kesian Abby...

Tapi, Aisha pelik kenapa Maira sanggup menyalahkan Abby yang masih kecil? Kalau betullah Abby tumpahkan air, kenapa Maira tak beritahu Aisha?

Dan kenapa sewaktu Aisha terbaring meraung sakit, Maira seolah-olah cuba lari tidak mahu membantu? Aisha tak lupa. Aisha masih ingat kejadian haritu.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now