66;

15.6K 587 33
                                    

"Ya Allah, umi! Kenapa ni?" Kelam-kabut Rania masuk ke dalam rumah apabila melihat Puan Sri Azalea sedang memujuk Aisha yang terduduk menangis.

Keruh sahaja wajah Puan Sri Azalea memandang Rania. Tak mampu untuk memberitahu apa yang terjadi kerana apa yang lebih penting ialah Aisha dan Raid.

"Mana along?" Tanya Rania lagi. Dia memandang wajah uminya dan Aisha silih ganti. Rasa tak sedap hati mula muncul.

"Adik tolong tengokkan Abby. Dia dekat dapur tu sorang-sorang. Umi nak bawak Aisha masuk bilik."

Nak tak nak, Rania akur walau dalam kepala bermacam persoalan bermain. Dia pasti ianya ada kena-mengena dengan Raid. Kalau tak, kenapa alongnya tak ada?

Tadi sebelum dia gerak pergi jogging, elok je alongnya di rumah. Melihatkan Aisha yang lemah berjalan sambil dipapah Puan Sri Azalea, sangat meruntun hatinya.

Rania terus masuk ke ruang makan. Sampai dapur, makin luluh hatinya melihat Abby yang terkial-kial menyuap nasi ke dalam mulut.

"Abby..." terus dilabuhkan duduknya di sebelah Abby. Pinggan dan sudu diambil dari Abby. Terkebil-kebil Abby melihat Maksunya.

"Meh Maksu suap," anggukkan dari Abby membuatkan Rania tersenyum. Tak apalah, biar dia yang menemani Abby. Kesian Abby.

🦄

Raid sampai di parking lot di hospital tempat Maira bekerja. Dia pergi rumah tapi Maira tak ada. Kemungkinan, Maira sudah sampai di hospital.

Lama matanya memandang ruang hospital dari dalam kereta. Tangannya dikepal geram. Dia tak faham apa lagi yang Maira mahukan dengan dia? Masih tak faham lagi ke wanita itu?

Tak boleh tunggu lagi, Raid keluar dari perut kereta. Laju langkahnya melangkah memasuki lobi hospital. Meliar matanya mencari Maira.

"Maaf, tumpang tanya. Dr. Maira dah sampai hospital?" Raid menahan seorang jururawat yang kebetulan lalu di hadapannya.

"Dah, dia pergi kafe tadi. Cuba encik cari dia dekat sana."

Raid angguk lantas mengucapkan terima kasih. Kaki kemudian dilencongkan ke kafe hospital. Dari jauh, dia sudah nampak Maira yang duduk di satu sudut sambil menghirup teh tarik. Telefon menjadi peneman wanita itu. Entah kenapa, wajah selamba Maira semakin membuatkan Raid panas hati.

Gigi diketap kuat. Cuba menahan rasa amarah di hati. Raid berjalan mendekati Maira dan terus duduk di hadapan Maira.

Perlahan-lahan Maira mengangkat wajahnya dari terus menghadap telefon. Sedikit membuntang matanya tatkala melihat Raid di depan matanya.

"Raid... hai?" Terus telefon diletakkan di atas meja. Senyuman manis dipamerkan setelah melihat lelaki yang menjadi igauannya berada di hadapan matanya.

Namun, melihatkan pandangan tajam Raid terhadapnya, serta-merta senyuman Maira mati. Liur ditelan perlahan.

"Puas hati you?" Ayat pertama yang keluar dari bibir Raid terus menyentakkan Maira.

"Ap— apa maksud you?"

Raid senyum sinis. Muka innocent Maira sangat menyakitkan hati.

"Apa yang you dah cakap dekat isteri I? You cuba nak rosakkan rumah tangga I ke apa?" Sedikit kuat suara Raid sehingga menggamit beberapa orang yang ada di kafe untuk memandang ke arah mereka.

Maira mula terasa malu. Matanya melihat sekeliling dan jelas ada yang mula berbisik sesama sendiri.

"Raid, please. Jangan cakap kuat-kuat."

"Kenapa? Malu?" Sarkastik bicara Raid terhadapnya.

Maira telan liur yang terasa kesat. Dia menunduk kerana tak sanggup melihat wajah Raid yang terang-terangan mempamerkan kebencian.

"Kenapa, Maira? Kenapa you buat macam ni?" Raid hampir merayu. Dia melihat wajah Maira yang seakan menahan tangis.

"Seb— sebab... Sebab I masih cintakan you, Raid. I nak you balik pada I. I tak suka tengok you dengan Aisha. I sayangkan you..."

Raid ketap rahang. Pedih telinga mendengar apa yang Maira katakan.

"You cakap macam ni dekat Aisha ke Maira? You cakap apa lagi dekat dia, hah?"

Maira dah tak mampu menanggung. Air mata yang sudah gugur satu persatu, dibiarkan membasahi pipinya.

"I bagitahu sebab you kahwin dengan dia. I bagitahu benda betul, Raid. I tak tipu dia. You yang tipu Aisha. You tak ikhlas kahwin dengan dia—"

PPPAAPP!

Kuat tepukan pada meja yang cukup memeranjatkan Maira. Menggigil bibirnya melihat merahnya muka Raid terhadapnya. Orang yang ada di dalam kafe, semakin memberi perhatian ke atas mereka.

"You melampau Maira. You dah rosakkan semuanya. Kenapa you masih tak sedar lagi yang I tak cintakan you? I cuma cintakan Aisha. Cuma Aisha. You, I dah buang jauh dalam hidup I. Susah sangat ke you nak faham? Apa lagi yang I kena buat untuk bagi you faham yang I dah tak suka you. I tak suka you ada dalam hidup I, hidup Aisha." Pedih. Sangat pedih menghiris hati Maira.

"You buatlah apa sahaja, I tetap pilih Aisha. I mengaku salah I pada Aisha, tapi I akan tebus salah I pada dia. You kena ingat Maira, I, Aisha dengan you sepupu. You dah rosakkan hubungan rumah tangga I and now you rosakkan pula hubungan sepupu antara kita pulak. You perempuan jenis apa hah?"

Semakin tercarik hati Maira mendengar kata-kata Raid. Air mata yang sudah deras mengalir membasahi tepi tudungnya masih tak dihiraukan.

"I nak you mintak maaf pada Aisha. Mintak maaf seikhlas hati you dengan apa yang you dah buat pada Aisha. Sama ada benda tu I tahu atau tak."

Mendengar ayat terakhir Raid, Maira mendongak memandang Raid yang sudah memandang ke arah lain.

"Raid, satu lagi I nak mengaku. I punca Ai—"

"Jangan cakap lagi, Maira. Apa yang akan you cakap, akan buat I makin sakit hati, makin benci pada you. You mintak maaf pada Aisha apa yang you dah buat pada dia. I harap you faham dan tak ganggu hidup I dengan Aisha lagi. Please, Maira. I tak nak panjangkan benda ni. I cuba untuk tahan dari terus marah you. Kalau ikutkan hati I, mungkin lebih dari ni I akan buat pada you." Dihujung ayatnya, Raid sangat memaksudkan.

Kerana dia dapat agak apa yang Maira dah buat pada Aisha sehingga Aisha...

Raid tak sanggup untuk mengingat semula. Baginya, apa yang terjadi adalah satu ujian dalam hubungannya dengan Aisha. Dan Raid sudah redha akan hal itu.

Raid segera bangun meninggalkan Maira yang terkedu di situ. Biarlah perempuan itu menyesali segala perbuatannya. Kerana apa yang Maira dah buat, tak setaraf dengan penampilan seorang Dr. Maira Safira.

🦄

Heyyo! Sorry sebab lama menunggu.

Btw, tolonglah stay kat rumah masing-masing. Jaga diri dan jangan pentingkan diri sendiri. 2 minggu je guys bukan 2 bulan atau 2 tahun. Semoga Virus Covid-19 terhapus dari dunia. In Shaa Allah, Aamiin.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now