23;

14.5K 629 11
                                    

Media;
Aisha 😬

Aisha memerhati dari dalam kereta keadaan rumah Farid. Perasaannya sekarang ini sangat gementar. Rasa sedih ditahan supaya Raid tak perasan.

"Tak nak turun?" Soal Raid menyedarkan Aisha dari terus dibawa perasaan.

Aisha senyum nipis. Dia tahu Farid ada di dalam kerana keretanya ada di garaj.

"Saya takut saya tak kuat nak jumpa diorang." Ucap Aisha sambil menghelakan nafas yang seakan memberat itu.

Raid pandang sekejap ke arah rumah Farid, kemudian dia memandang Aisha dengan senyuman.

"Saya kan ada. Nak takut apa?"

Aisha menunduk. Berdebar-debar detak jantungnya mendengarkan ayat Raid. Haih, bakal suami saya ni. Eh?

Akhirnya, dia beranikan diri untuk keluar dari perut kereta, diikuti Raid yang berjalan dan berdiri di sebelahnya.

"Jom," ajak Raid yang terlebih dahulu berjalan menghampiri pintu pagar yang tertutup rapat itu.

Dipandang Aisha di belakang dan meminta Aisha untuk berdiri bersamanya.

"Assalamualaikum!" Laung Raid sederhana kuat. Dia pun sebenarnya goyah juga nak berhadapan dengan keluarga Aisha.

Apatah lagi dengan rancangan terburu-burunya yang mengajak Aisha kahwin. Dia sendiri buntu dan tak tahu kenapa mesti Aisha yang perlu ada dalam rancangannya.

"Walaikumsalam."

Semakin berdebar jantung Aisha bila melihat Farid di muka pintu. Wajah Farid langsung tidak mempamerkan riak suka akan kehadirannya. Namun, bila melihat Farid berjalan keluar menghampiri mereka yang masih lagi berdiri di luar pagar, automatik Aisha berundur beberapa tapak ke belakang.

"Ada apa datang sini?" Senada sahaja soalan daripada Farid. Langsung tak dipandang wajah Aisha.

Raid pamerkan senyuman buat lelaki itu.

"Saya minta maaf kalau saya mengganggu waktu abang. Saya datang sini sebab saya ada benda nak bagitahu." Ujar Raid, tenang.

Terlepas senyuman sinis dari bibir Farid. "Kalau kau datang sini nak pulangkan budak perempuan ni, baik tak payahlah. Kau simpanlah dia. Aku tak ada keluarga macam dia."

Rasa sedih yang ditahan sedari tadi, akhirnya terlepas jua saat air matanya mengalir perlahan mendengar keangkuhan kata-kata Farid.

Raid hela nafas perlahan.

"Sebab tu saya datang sini. Saya nak mintak izin dan restu abang untuk jadikan Aisha isteri saya. Kalau abang tak boleh jaga dia, saya akan jaga dia." Kata Raid yang masih lagi tenang memandang wajah tak berperasaan Farid.

Farid pandang Raid lama namun akhirnya dia tersenyum sinis sekali lagi.

"Kau nak kahwin dengan dia ke apa ke, suka hati kaulah. Bukan masalah aku pun." Jawab Farid yang sudah berpusing ke belakang untuk masuk ke dalam rumah.

"Abang!" Terlepas panggilan Aisha dan automatik langkah Farid terhenti.

Raid pandang Aisha dengan persoalan. Aisha hela nafas perlahan sebelum mendekati pagar besi itu.

"Abang Farid, Aisha minta maaf kalau Aisha susahkan abang selama ni. Aisha tahu yang Aisha dah banyak lukakan hati abang, tapi tolonglah jangan buang Aisha dari hidup abang. Abanglah satu-satunya keluarga yang Aisha ada, siapa lagi yang boleh jadi tempat Aisha luahkan perasaan kalau bukan abang..." Teresak-esak Aisha meluahkan segala rasa yang terbuku sejak tadi. Dia berharap sangat yang Farid akan berlembut hati kali ini.

Aisha masih lagi menunggu respon Farid namun tiba-tiba Suria datang dari dalam sambil membawa sebuah beg sederhana besar. Aisha melihat tingkah laku Suria yang membuka pintu pagar kemudian melemparkan beg itu betul-betul di hadapan kaki Aisha.

"Kak— Kak Su..."

"Kau ambil baju-baju kau ni, kau berambus dari sini. Jangan kau datang sini lagi sebab kau bukan keluarga kami lagi. Ingat!" Jerit Suria sebelum menarik lengan Farid dan diheret masuk ke dalam rumah mereka sekaligus mengunci pintu.

"Kak Su! Abang Farid!" Laungan Aisha langsung tidak dihiraukan mereka. Bergegar pagar rumah mereka saat Aisha melaung nama mereka berserta esak tangis yang seakan memohon supaya dia diberi peluang dan tidak dibuang.

"Aisha! Aisha!" Pantas Raid mencapai tubuh Aisha yang hampir melorot jatuh.

"Aisha, jangan macam ni. Jangan lemah. Kuatkan semangat awak tu!" Dipaut tubuh Aisha lalu dibawa masuk ke dalam kereta. Beg baju Aisha diambil dan diletakkan di tempat duduk belakang. 

"Tsst— tstt— ap— apa salah ss— saya? Kenapa ab— abang bb— buang saya? Tsst—" ucap Aisha dalam esakan yang semakin kuat.

Raid tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Dia tak reti nak memujuk namun bila melihatkan Aisha yang tertunduk-tunduk menangis, luluh juga hatinya.

Lalu, dibawa tubuh Aisha ke dalam pelukan. Hanya untuk menenangkan gadis itu dari terus dibawa perasaan yang hiba.

"Aisha... saya tak pandai nak pujuk, tapi percayalah yang awak masih ada saya dan keluarga saya." Itu sahaja yang mampu Raid ucapkan untuk memujuk Aisha dari terus menangis.

Tangisan Aisha mulai reda. Tiba-tiba timbul pula perasaan malu kerana menumpang di dada Raid tadi. Habis basah baju lelaki itu kerana air matanya. Perlahan Aisha melepaskan dirinya dari terus dipeluk Raid.

"Saya minta maaf... habis baju awak basah," ucap Aisha perlahan namun sempat ditangkap oleh telinga Raid.

"Tak apa. Saya tak kisah." Balas Raid yang sudah mula malu sendiri.

Mana taknya, suka-suka je peluk anak dara orang. Nasib baik tak ada orang yang nampak, kalau tidak tak pasal-pasal kena kahwin free nanti.

"Kita balik rumah saya. Kita bincang dengan umi pasal kita." Terus sahaja diubah topik. Sekadar mahu Aisha tidak terus memikirkan soal apa yang jadi tadi.

Aisha sekadar mengangguk.

🦄

Sorry kalau bosan 🙏🏻

And korang rasa Raid ni ada 'sesuatu' ke yang dia sembunyikan?

Vote and comment okay!

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now