33;

14.9K 701 14
                                    

Kepada readers saya sekalian, terima kasih sudi baca cerita merepek saya ni 😹

Kepada silent readers sekalian, terima kasih sudi singgah di sini ☺️

Apapun, happy 9k readsssss! 💕

🦄

Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam. Selesai makan malam tadi, Aisha dan Puan Sri Azalea duduk meluangkan masa di meja batu di tepi kolam. Raid pula sedang meluangkan masa dengan Abby.

"Nak hujan malam ni agaknya." Suara Puan Sri Azalea kedengaran sambil matanya menatap dada langit.

"Agaknya kot. Sebab tu sejuk semacam je ni." Aisha turut sama melemparkan pandangan ke dada langit yang tidak penuh dengan bintang-bintang seperti sebelum ini.

"Aisha bahagia?"

Soalan Puan Sri Azalea menyebabkan Aisha mengalihkan pandangannya buat ibu mertua. Aisha senyum walau pelik dengan soalan itu.

"Alhamdulillah, Aisha bahagia sangat. Ada umi, ada Abby..."

"Ada Raid..." usik Puan Sri Azalea dengan senyuman. Tertunduk Aisha bila diusik begitu.

"Semua orang buat Aisha happy. Terima kasih umi sebab sudi terima Aisha dalam keluarga umi. Aisha ni dahlah bukan siapa-siapa."

"Siapa kata Aisha bukan siapa-siapa. Aisha kan menantu umi, isteri Raid. Semestinya Aisha ahli keluarga umi. Jangan cakap macam tu lagi. Kalau Raid dengar, marah dia." Perlahan saja suara Puan Sri Azalea sambil melihat ke dalam. Mujurlah Raid sibuk melayan kerenah Abby.

Aisha ketawa kecil.

Puan Sri Azalea menatap Aisha dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Tanda tanya yang terlalu ingin ditanya buat Aisha. Mana tahu, apa yang dia fikirkan selama ini ialah betul. Jadi mungkin keluarganya boleh bersatu semula.

"Aisha..." panggil Puan Sri Azalea.

"Ya, umi?"

Puan Sri Azalea senyum. Tangan Aisha diambil lalu digenggam.

"Boleh umi tahu, siapa nama abang angkat Aisha?"

Aisha tidak curiga. Malah dia berfikir yang mungkin umi sekadar ingin mengambil tahu.

"Farid, umi." Bila menyebut nama Farid, hati Aisha diserang rasa sebak namun segera diusir jauh. Tak mahu umi perasan perubahannya itu.

"Nama mak ayah angkat Aisha?" Soal Puan Sri Azalea lagi. Entah kenapa dia berdebar-debar menantikan jawapan Aisha.

"Farida dengan Ahmad."

Nama yang sangat familiar.

Puan Sri Azalea sedikit terkebelakang tubuhnya. Postur tubuhnya ditegakkan. Dia melihat ke dalam, sekadar ingin memastikan yang Raid masih bersama-sama Abby.

"Aisha, maaf kalau umi tanya lebih-lebih. Aisha masih ingat nama mak ayah kandung Aisha?"

Debaran semakin menghimpit rasa. Dia takut untuk mendengar jawapan Aisha tapi dalam masa yang sama dia berharap. Berharap atas sesuatu yang dia sendiri tak pasti.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now