13;

15.5K 831 22
                                    

Media;
Aisha 🥰

Seperti yang dijanjikan, lebih kurang jam 12:30 tengah hari, Raid sampai di rumahnya. Aisha, Puan Sri Azalea dan Abby sudah pun menunggu di depan pintu rumah. Kata Raid, bila dia sampai nanti, dia nak bawa terus Aisha dan Abby ke Tesco.

"Lepas balik Tesco ni along ke pejabat semula ke?" Soal Puan Sri Azalea apabila Raid sudah pun keluar dari perut kereta.

"Aah, umi. Ada lagi kerja yang along kena settlekan."

"Ni kami tak menyusahkan along ke?"

Raid terus menggeleng seraya tersenyum. "Taklah, umi. Harini along bukannya sibuk mana pun."

Tersenyum Puan Sri Azalea. "Yelah. Hati-hati bawak kereta. Umi masuk dulu." Pamit Puan Sri Azalea. Sebenarnya dia nak mengemas barang-barang untuk Aisha dan Abby membuat biskut coklat tu nanti. Tu yang dia nak cari oven dan sebagainya di dalam stor. Maklumlah, dah berapa lama dia simpan barang tu semua. Guna bila tiba hari raya je.

"Okay, jom gerak." Ajak Raid yang sudah membukakan pintu sebelah pemandu.

Aisha terus menolak perlahan badan Abby untuk dibawa duduk di sebelah Raid namun si kecil itu malah meronta perlahan tanda dia tak mahu duduk di depan. Aisha mulai pelik.

"Abby tak suka duduk depan. Dia lebih suka duduk belakang." Kata Raid dengan senyuman. Semakin pelik Aisha dibuatnya.

Habistu, kalau Abby tak suka duduk depan, Raid bukakan pintu untuk siapa pula? Bukannya kereta Range Rover lelaki ini tak punya pintu belakang.

Melihatkan yang Aisha seakan bingung, terus Raid bukakan pintu belakang untuk Abby. Abby pun laju sahaja masuk ke dalam kereta dan Raid pun laju sahaja menutup pintu itu sebelum Aisha sempat masuk.

"Eh, habistu saya duduk mana?" Soal Aisha.

"Awak duduk depanlah sebelah saya." Selamba sahaja jawapan Raid. Terbuntang mata Aisha dibuatnya.

Aku duduk sebelah dia? Seriuslah?!

"Eh, saya duduk belakang jelah sebelah Abby. Senang saya nak pantau Abby." Aisha mula mencipta alasan. Raid yang sudah berada di bahagian pintu pemandu tertawa kecil.

"Abby lebih suka duduk sorang-sorang kat belakang tu. Dia tak suka ada orang lain duduk dengan dia."

Pulak?

"Kenapa? Awak tak sudi duduk sebelah saya?" Sambung Raid. Aisha terus memandang Raid dan laju sahaja dia menggeleng kepalanya.

"Mana ada. Saya okay je." Terus dia masuk ke dalam perut kereta meninggalkan Raid yang masih berdiri di luar.

Dia bukan tak sudi cuma dia tak kuat bila duduk bersebelahan Raid. Sebenarnya hati dia yang tak kuat~

Sepanjang perjalanan, hanya radio dan suara Abby sahaja yang kedengaran riuh. Aisha memang dari tadi diam sahaja. Sampailah mereka tiba di pasar raya Tesco.

Aisha terus memimpin Abby sementara Raid berjalan di belakang mereka. Melihatkan Abby dan Aisha yang bergelak ketawa membuatkan dia tersenyum simpul. Suka dia melihat Abby tertawa gembira seperti sekarang. Kuat betul daya tarikan Aisha kepada Abby.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now