9;

15.7K 787 8
                                    

Media;
Raid Haris.

Aisha duduk menunggu grab yang sudah dipesan di bustop taman perumahan. Semalam, dia nekad untuk menghubungi Raid demi menanyakan tentang tawaran kerja yang diberi lelaki itu beberapa minggu yang lepas.

Dan peluangnya semakin cerah apabila Raid memintanya untuk bertemu di sebuah kafe di bandar. Katanya, ada benda yang perlu dibincang sebelum dia memulakan kerjanya.

Ini semua kerana Suria. Disebabkan Suria pandai-pandai mahu dia bekerja di bawah syarikat kawannya, terpaksa Aisha memberitahu yang dia sudah mendapat kerja.

Padahal satu kerja pun dia tak ada lagi.

Bunyi hon mematikan lamunan Aisha. Sebuah kereta Alza berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Tingkap sebelah kiri terbuka.

"Aisha, jom naik."

Tanpa ragu-ragu, Aisha terus masuk ke dalam perut kereta. Dia menyalami tangan pemandu grab tersebut tanda hormat.

"Akak minta maaf lambat. Akak pergi isi minyak tadi. Lama ke Aisha tunggu akak?" Soal Zafirah.

Aisha geleng sambil senyum. Zafirah, kakak grab yang dia kenal lebih sebulan yang lalu. Tak sangka hubungan mereka semakin akrab. Itu juga memudahkan Aisha untuk menggunakan perkhidmatan grab Zafirah.

"Tak lama pun, kak."

"Ni Aisha nak pergi Coffee White Cafe tu nak jumpa siapa?" Soal Zafirah sambil tenang memandu.

Lagu Teguh Setia daripada Muna Shahirah perlahan sahaja berkumandang di corong radio.

"Aisha ada interview kat sana kak."

"Aisha dapat kerja dekat kafe tu ke?"

Aisha gelengkan kepalanya. "Taklah. Orang tu yang nak jumpa Aisha dekat sana."

Zafirah mengangguk meng'oh'kan. "Aisha dapat kerja apa?"

Walaupun banyak soalan yang ditanya Zafirah, Aisha langsung tak rimas. Dia sudah menganggap Zafirah seperti kakaknya sendiri.

"Akak ingat tak yang Aisha cerita pasal Aisha tolong sorang budak yang hilang jejak family dia masa kat mall haritu?"

Zafirah lambat-lambat mengangguk sambil mengiyakan.

"Ayah budak tu tawarkan Aisha jadi babysitter untuk anak dia. Takkan Aisha nak tolak macam tu kan? Lagipun Aisha memang perlukan kerja sekarang ni." Ujar Aisha.

Terangguk-angguk kepala Zafirah seperti burung belatuk pula.

"Baguslah, Aisha. Yang penting kerja tu halal. Memanglah nak jaga anak orang ni susah, tapi bila kita ikhlaskan diri, In Shaa Allah semuanya akan dipermudahkan." Tersenyum Zafirah sambil memandang Aisha di sebelahnya.

"Betul, kak."

Destinasi yang dituju akhirnya tiba. Seperti biasa, Aisha menghulurkan sekeping not 20 kepada Zafirah namun kali ini, ditolak lembut oleh Zafirah. Berkerut dahi Aisha dibuatnya.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now