62;

14.6K 513 19
                                    

Dah seminggu selepas kejadian Farid menceraikan Suria. Farid turut mengambil keputusan untuk berpindah dan tak mahu lagi duduk di rumah lamanya itu.

Hal perpindahan sekolah Dayyan turut selesai atas bantuan Aisha dan Zafirah. Sekarang, Farid lebih selesa untuk duduk di kampung halamannya di mana tempat dia membesar. Soal kerja, Farid akan cuba untuk mencari pekerjaan lain selain menjadi cikgu.

"Aisha nak pergi rumah Abang Farid ke?" Soal Raid sebaik sahaja dia selesai memakai kemeja biru gelap.

Aisha yang sedang melilit selendang di kepala telah menimbulkan sedikit kerutan pada dahi Raid. Diperhati Aisha dari pantulan cermin.

"Aah, bang."

Aisha masih lagi tak sedar bahawa Raid masih lagi statik memandangnya. Namun disebabkan tiada balasan daripada suaminya, terus Aisha berpaling ke belakang. Ternaik kedua-dua keningnya memandang Raid.

"Abang okay tak?"

"Abang okay... Aisha tu..."

Berkerut dahi Aisha. "Kenapa dengan Aisha?"

Raid senyum sedikit sambil kaki melangkah mendekati Aisha. Tangannya naik membetulkan selendang berwarna cream yang sudah siap dipakai Aisha.

"Cantik." Ucap Raid lunak.

Aisha terpegun. Pipinya mula merona merah. Terasa seperti ada rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya.

"Kalau boleh, abang nak Aisha kekalkan macam ni. Abang suka. Aisha nampak cantik sangat." Kata Raid ikhlas seraya memusingkan badan Aisha mengadap cermin semula.

Kini, mereka bertatapan melalui pantulan cermin. Tangan Raid berehat di atas bahu Aisha. Lama mata mereka bersatu melalui cermin.

"In Shaa Allah, doakan Aisha ya abang." Diusap pipi Raid dengan manja.

Aisha sendiri berasa amat bersyukur apabila diberikan hidayah untuk dia menutup aurat dengan sempurna. Semuanya bermula daripada Zafirah.

Kerana Zafirah mengajak Aisha menemaninya membeli tudung hari itu, mungkin waktu itu hati Aisha terdetik untuk bertudung. Lebih-lebih lagi apabila Zafirah menghadiahkan Aisha selendang yang dipakainya sekarang.

Syukur. Semoga dia tetap istiqamah dalam menjadi wanita sempurna dalam berhijab.

Mereka sama-sama menuju ke ruang makan untuk bersarapan. Sebelum siap tadi, sempat Aisha dan Puan Sri Azalea menyediakan sarapan sebelum yang selebihnya Puan Sri Azalea yang selesaikan bagi memberi ruang untuk Aisha bersiap.

"Mama Long!" Jeritan Abby mengejutkan Aisha. Terus Aisha labuhkan ciuman di pipi montel Abby.

"Mama Long cantik... Abby suka!"

Tertawa Aisha dibuatnya. Dicubit perlahan pipi Abby dengan geram. Puan Sri Azalea yang turut terkejut melihat perubahan Aisha mula tersenyum.

"Terima kasih sayang."

Aisha terus labuhkan duduk di sebelah Abby sementara Raid duduk di sebelah kirinya. Selesai menyendukkan nasi goreng di atas pinggan Raid, Aisha menyuap Abby pula.

Kecoh sedikit meja makan dengan celoteh Abby yang tak pernah lupa untuk menceritakan tentang sekolah dan juga kawan-kawannya.

Selesai bersarapan, Aisha terlebih dahulu meminta diri untuk menghantar Abby ke taska dan barulah dia terus ke rumah Farid.

"Nanti kirim salam dekat Abang Farid tau. Kalau sempat, abang datang petang nanti." Pesan Raid sewaktu mereka berada di garaj kereta.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now