30;

16.2K 637 10
                                    

Aisha duduk di dalam bilik tidurnya sambil Abby menonton Didi & Friends. Dia sebenarnya rasa resah gelisah. Tak tahu nak buat apa sekarang. Kalau boleh dia tak nak keluar dari bilik tidurnya.

Bunyi tombol pintu seakan ada yang membuka dari luar mengejutkan Aisha. Semakin berdebar dadanya menantikan siapa yang membuka pintu itu.

"Oit!"

Fuhh, Rania rupanya. Barulah Aisha mampu tersenyum.

"Tak tukar baju lagi ke?" Soal Rania sambil selamba membaringkan tubuhnya di sebelah Abby.

"Belum. Em, umi mana?"

"Kat luar lagi. Diorang baru siap kemas. Umi tu kalau kita suruh rehat, takde maknanya dia nak rehat."

Aisha sengih saja. Dia melirikkan matanya ke arah jam dinding. Sudah hampir pukul 12 malam dan Aisha masih lagi lengkap berbaju pengantin.

"Kenapa Aisha nampak resah je ni? Nak kita panggil along ke?" Rania sudah berura-ura mahu bangun namun terus ditegah Aisha.

"Eh, jangan-jangan! Saya okay jelah. Mana ada resah tu semua."

"Yelah tu. Habis tu Aisha macam tak senang duduk je. Pergilah salin baju. Majlis dah habis dah pun." Berkerut-kerut dahi Rania memandang Aisha yang tersengih saja bibirnya.

"Boleh ke salin sekarang?"

"Hahaha! Bolehlah. Majlis dah habis dah pun. Tak rimas ke dia ni?" Pecah tawa Rania. Haih, comel pulak kakak ipar aku ni.

Aisha tersengih lagi. Dia terus bangun dan membuka pin selendang sambil meminta Rania membukakan zip belakang bajunya.

"Sepatutnya along yang bukak zip baju ni. Baru romantik." Kata Rania lalu dilepaskan tawa mengusiknya.

Aisha terkedu. Dia terus mencapai tuala serta mengambil t-shirt hitam berlengan panjang dan berdesup masuk ke dalam bilik air.

Penat sangat dah ni badannya. Satu hari dua majlisnya dijalankan serentak. Memang lepaklah badan. Kalau ikutkan, malas nak mandi. Tapi kalau tak mandi, tak segar pula badan ni nanti.

Selesai mandi, Aisha keluar dari bilik air. Namun langkahnya mati di hadapan pintu bilik air saat yang ada di atas katil bukanlah Rania tetapi Raid yang sudah lengkap berbaju t-shirt biasa dan berseluar jogger.

Cepat-cepat Aisha masuk semula ke dalam bilik air sambil tertutup pintu dengan kuat. Terhinjut bahu Raid.

"Aisha? Aisha okay ke?" Raid bangun dan menghampiri pintu bilik air lalu diketuk perlahan.

Laju detak jantung Aisha berjalan. Aduhai, aku dahlah tak bawa seluar sekali. Macam mana nak keluar ni?

"Aisha?"

"Ya, Raid. Err, kejap-kejap." Aduh, macam mana ni? Malulah nak keluar bertuala macam ni. Nasib baik dia bawa baju dia sekali tadi.

"Dah siap mandi ke belum?" Soal Raid lagi di luar.

"Belum eh... dah."

"Cepat sikit. Dalam bilik air tu ada kepala."

Hah? Kepala?!

"Awak nak cakap kepala paip kan? Tak payah nak kenakan sayalah." Aisha masih lagi bersandar pada pintu bilik air.

"Bukan. Kepala tu nanti dia keluar dari lubang jamban. Baik awak keluar cepat."

Cis! Dia ingat Aisha percaya agaknya.

Aisha tarik nafas kemudian hembus perlahan. Diulang perbuatan itu 3 kali. Bila rasa sudah lega sedikit barulah dipulas tombol pintu perlahan-lahan. Dijengulkan sedikit kepalanya untuk mengintai sama ada Raid masih ada di depan pintu.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now