11;

15.2K 680 19
                                    

Media;
Abby ❤️

Hari pertama menjadi pengasuh Abby taklah memenatkan. Abby sangatlah good girl. Tak banyak ragam untuk kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun lebih itu.

Tapi yang lebih merunsingkan Aisha bila Raid sentiasa mengawasi pergerakkannya. Ingatkan bila Aisha dah mula kerja, Raid pun akan mula kerjanya juga. Rupanya tak. Ada sahaja lelaki itu mahu memerhatikannya.

Takut sangat dia tak jaga Abby betul-betul!

"Abby nak colour-colour, boleh?"

"Boleh, Abby. Mana buku colour Abby?"

"Papa Long yang simpan. Kakak mintakkan dekat papa boleh?" Abby bersuara manja.

Aisha senyum manis. Dicubit geram pipi gebu Abby. "Boleh, sayang..."

Aisha bangun dari duduknya meninggalkan Abby di ruang tamu yang mula mengemas mainan masak-masaknya itu. Langkah Aisha diatur ke ruang dapur. Tadi dia nampak macam Raid pergi dapur.

Namun, sebaik tiba di dapur, batang hidung Raid pun dia tak nampak.

"Mana pulak dia ni?"

"Awak cari apa?"

"Mak kau!"

Terkejut beruk Aisha bila tiba-tiba sahaja disergah Raid dari belakang. Terus diurut dadanya akibat terkejut yang taklah hebat mana. Tapi mampu menghidupkan kelajuan detak jantungnya itu.

Terdengar ketawa kecil dari Raid. Lucu pula melihat wajah terkejut Aisha.

"Dahsyat betul awak terkejut."

Aisha garu kepala yang tidak gatal. Malu pula dengan diri sendiri.

"Awak cari apa? Cari saya ke?" Raid tanya lagi. Dia berdiri di hadapan Aisha sambil memeluk tubuh. Siap diangkat-angkat lagi keningnya itu.

"Aah. Abby mintak buku warna dia. Dia yang suruh saya mintakkan dekat encik."

"Aisha... tak payah panggil saya encik. Nampak macam awkward pulak." Raid berkata sambil bibirnya mengherot senyuman.

"Habistu nak panggil apa?" Aduhai, polosnya Aisha...

Raid senyum penuh makna. Dengan masih lagi memeluk tubuh, menampakkan musclenya yang kacak itu.

"Tak kisah. Yang penting bukan encik. Awak nak panggil saya abang pun boleh."

Terbuntang biji mata Aisha dibuatnya. Abang?!

"Tak apalah, saya panggil 'awak' je." Aisha senyum janggal. Bila perasan yang dia sedang direnung Raid, cepat-cepat Aisha berdehem.

"Buku colour Abby?"

"Oh, ya! Lupa. Jom," Haih, ralit sangat merenung anak dara orang. Raid sudah mahu melangkah namun ditahan dengan suara Aisha.

"Jom... pergi mana?"

Raid lepaskan ketawa lucu. Aisha pula yang semakin blur. Kelakar sangat ke soalan dia tadi?

"Pergi dating." Senyum Raid.

"Hah?!"

"Haha... jom pergi ambil buku Abbylah. Saya tunjukkan sekali tempat barang-barang Abby." Terus Raid betulkan ayatnya. Suka pula dia usik Aisha.

"Oh," itu sahaja yang Aisha mampu balas. Kakinya terus mengikut langkah Raid yang sedang mendaki tangga ke tingkat atas rumah itu.

Sampai di hadapan sebuah bilik, Raid menghentikan langkah.

"Sebelah ni, bilik tidur Abby. Bilik yang kita nak masuk ni bilik untuk simpan barang-barang Abby. Saya tak suka letak barang Abby dalam bilik tidur dia sebab bilik tidur is bilik tidur."

Aisha mengangguk-anggukkan kepalanya. Sempat matanya meliar di sekeliling tingkat itu. Tak terlalu luas. Cuma ada 4 bilik di aras ini. Rumah ini ada 3 tingkat. Dan pasti ada lagi bilik di tingkat 3 rumah banglo ini.

"Awak tak nak masuk ke?" Tegur Raid.

"Eh," Aisha terus tersengih dan laju dia melangkah masuk.

Di dalam bilik ini, semuanya tersusun rapi. Barang mainan Abby di belah kiri. Manakala, buku-buku mewarna dan melukis milik Abby pula berada di sebelah kanan. Di tengah-tengah ruang pula tersedia meja kecil.

Untung jadi anak orang kaya. Semuanya tersedia.

"So, saya dah tunjuk bilik barang-barang Abby. Nanti kalau dia mintak apa-apa, awak pergi bilik ni jelah." Kata Raid.

Aisha mengangguk sahaja. Seakan masih lagi terpegun dengan keadaan bilik ini.

"Oh, ya! Ni buku warna Abby dengan pensil colour. Bila Abby dah siap mewarna, awak simpan balik dekat sini ya." Raid menghulurkan buku warna dan sekotak pensil warna kepada Aisha.

"Okay. Kalau macam tu, saya keluar dulu." Sempat Aisha pamerkan senyuman sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

Kalau lama-lama, mahu sesak nafasnya bila asyik terpandangkan wajah dan senyuman Raid.

Sebaik sahaja tiba di bawah, Abby sudah muncung sedepa. Bila Aisha semakin mendekat, terus dipaling wajahnya ke tepi. Siap memeluk tubuh lagi. Merajuk!

"Eh, Abby kenapa ni?" Soal Aisha risau.

"Lambat sangat. Abby dah mengantuk." Jawab Abby dengan nada sedikit marah.

Aisha terus tersenyum. Dia duduk bersimpuh di sebelah Abby. Dipaut bahu Abby untuk memujuk.

"Alolo, Abby merajuk ya. Sorrylah, Kak Aisha tak tahu buku Abby dekat mana. Tu yang Papa Long tunjukkan dekat akak. Abby jangan merajuk lagi tau. Tak comel dah."

Perlahan-lahan Abby memandang semula wajah Aisha. Muncungnya masih sedepa.

"Eiii, tak comellah muncung macam ni. Cuba senyum sikit." Dicuit hidung mancung Abby.

Terlorek juga senyuman Abby. Terus dipeluk Aisha dengan erat.

🦄

Sorry lama tak update!
And sorry kalau tak best! 🙏🏻

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now