41;

13.7K 559 13
                                    

Lebih kurang jam 5 petang, Aisha dan Raid tiba di rumah mereka. Cukuplah tiga hari dua malam mereka menghabiskan masa bersama-sama, berkongsi rasa yang sama dan menyelami rasa cinta yang manis-manis.

Raid mengangkat beg baju mereka manakala Aisha membawa cenderahati daripada Maldives. Sebenarnya, keluarga mereka tak tahu yang mereka dah sampai di Malaysia. Puan Sri Azalea dan Rania hanya tahu yang mereka pulang harini.

Jadi, kepulangan mereka sekarang merupakan satu kejutan.

Pintu rumah yang terbiar terbuka itu memudahkan Aisha dan Raid masuk ke dalam. Suara orang berbual dari arah dapur menguatkan lagi bahawa Puan Sri Azalea dan Rania berada di dapur.

Beg dan cenderahati ditinggalkan di ruang tamu. Mereka sama-sama ke ruang makan. Masing-masing tersenyum kerana ingin membuat kejutan.

"Assalamualaikum!" Sapa Raid kuat berserta senyuman. Aisha turut tersenyum suka namun senyuman mereka automatik mati.

Suara-suara yang rancak berbual tadi terhenti dan keadaan menjadi senyap. Mata Raid jatuh pada wajah seseorang yang duduk bersebelahan Puan Sri Azalea. Mata itu turut memandangnya. Pandangan yang penuh dengan maksud tersirat.

"Walaikumsalam, Raid! Kenapa tercegat situ?" Suara Encik Azman memecahkan kesunyian dan kejanggalan yang ada di situ.

Raid cepat-cepat tersedar. Tangannya naik memeluk pinggang Aisha sekaligus menghadiahkan senyuman buat mereka yang ada di situ.

"Uncle, aunty... bila sampai?" Soal Raid sambil menarik Aisha menghampiri mereka semua.

"Semalam. Ingatkan Raid ada dekat rumah rupanya pergi honeymoon." Tersenyum-senyum Encik Azman sehinggakan Raid dan Aisha tersenyum malu.

"Ehem, ehem..." tiba-tiba Puan Karina berdehem dan menyedarkan Raid sekali lagi.

"Eh, aunty. Apa khabar?"

"Sihat je macam apa yang Raid tengok sekarang ni." Balas Puan Karina. Nadanya seakan memerli tapi Raid lebih memilih untuk mendengar dari sudut positif.

"Oh, ya. Haritu aunty tak datang majlis Raid kan, ni Raid nak kenalkan isteri Raid... Aisha." Raid tarik perlahan tangan isterinya.

Aisha yang faham terus menghulurkan tangan mahu menyalam Puan Karina. Hulurannya disambut Puan Karina lalu tubuhnya diraih ke dalam pelukan. Aisha sedikit terkesima.

"Anak Is. Tak sangka anak Is rupanya masih hidup." Katanya sambil melepaskan pelukan lalu kedua-dua tangannya melekap pada pipi Aisha.

Aisha cuba untuk senyum. Di depannya sekarang ialah Puan Karina, Mak Ciknya. Mak Cik yang mungkin menjadi penyebab runtuhnya hubungan arwah ibu dan ayahnya.

"Tak sangkakan yang Raid akan kahwin dengan sepupu sendiri. Tak ada beza manapun kalau nak dibandingkan kahwin dengan sepupu yang lain..." Kata Puan Karina yang kembali duduk itu.

"Karin..." teguran perlahan daripada Encik Azman sekadar dibiarkan seperti angin lalu.

Puan Sri Azalea diam dari tadi. Dia cuba memujuk hatinya untuk bersabar dengan perangai adik perempuannya itu. Dan dia tak mahu merosakkan suasana saat semua keluarganya bersatu.

"Raid pun tak sangka yang Aisha ni sepupu Raid tapi apapun, Raid bersyukur sebenarnya. Jodoh Raid dengan sepupu sendiri." Jawab Raid sambil matanya redup memandang Aisha dengan penuh cinta.

"Hemmm..." Puan Karina menggumam perlahan dengan sinis.

Maira tundukkan kepalanya. Sakit hati melihat kemesraan Raid dan Aisha. Cemburu? Ya kerana hatinya sakit dan tak suka melihat Aisha dipeluk Raid seperti itu.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now