44;

12.5K 486 29
                                    

"Encik Raid, ada orang nak jumpa dengan encik."

Terhenti kerja Raid saat pembantu peribadinya masuk ke biliknya. Raid kerutkan dahi memandang Azean.

"Siapa? Dia ada buat appointment ke?"

"Tak ada tapi dia kata dia sepupu encik. Nak saya panggil dia masuk?" Tanya Azean dan Raid teragak-agak mengangguk.

Sepupu? Maira ke?

Azean keluar semula dari bilik untuk memanggil 'sepupu' itu. Saat terasa seperti ada yang menapak masuk ke dalam pejabatnya, terus Raid angkat kepalanya.

"Maira..." Maira sekadar tersenyum saat namanya meniti di bibir Raid.

"Azi, awak boleh keluar dulu. Terima kasih ya." Ucap Raid.

"Sama-sama encik." Balas Azean sambil menundukkan kepalanya sedikit sebelum keluar menutup pintu.

Raid pandang Maira yang masih tercegat di depannya. "Duduklah."

Maira labuhkan punggungnya di depan Raid bersama dengan senyuman. Tudungnya dibetulkan sedikit.

"Ada apa you datang sini?" Soal Raid terus tanpa berbasa-basi. Tak pasti dengan kunjungan Maira ke sini. Jangan dia buat kecoh lagi sudah macam haritu.

"I nak ajak you lunch dengan I. Please..." kata Maira lembut.

"I banyak kerjalah Maira. You pergi jelah lunch sorang-sorang." Raid jawab acuh tak acuh. Memang dia tengah banyak kerja sekarang ni. Ada projek baru yang perlu diberi keutamaan.

Maira mengeluh perlahan. "Please, Raid. Jauh-jauh I datang dari hospital ke office you tau. Teman I lunch lah kejap. I janji tak lama." Maira masih lagi mencuba. Bersungguh dia mahu mengajak Raid keluar makan tengah hari.

Raid pandang Maira dengan riak seperti malas mahu melayan. "I tak suruh pun you datang office I. Dah tahu jauh buat apa datang." Perli Raid lantas menyambung semula kerjanya tanpa memandang Maira yang sudah bertukar riak.

Maira sedikit tersentap dengan kata-kata Raid. Rasa sebak pula tiba-tiba. Tak pernah Raid cakap macam tu dekat dia melainkan waktu haritu ketika mereka bergaduh.

"You memang dah bencikan I kan Raid?" Suara yang sedikit bergetar itu menarik perhatian Raid. Maira palingkan wajahnya ke tempat lain. Air matanya sudah bergenang, hanya tunggu masa untuk jatuh sahaja.

"Apa you merepek ni Maira? I tak pernah bencikan you pun." Jawab Raid bersama kerutan pada wajahnya. Dia tahu yang Maira sedang menahan daripada menangis.

"I memang betul-betul busy sekarang ni. Kalau I tak busy, memang I akan teman you pergi lunch." Sambung Raid. Maira angguk perlahan.

"Tak apa. I faham. Lagipun I bukan siapa-siapa pun dalam hidup you. Not even a friend pun kan." Kata Maira dengan senyuman kelat. Dia terasa. Memang terasa. Sejujurnya, niat sebenar dia mengajak Raid untuk makan tengah hari ialah dia hanya mahu menjernihkan keadaan.

Raid terdiam sambil keluhan berat dilepaskan. Dia bersandar pada kerusinya sambil mata memandang Maira di depan.

"Kalau macam tu, I keluar jelah. Sorry sebab I dah mengganggu you." Maira bangun dari duduknya. Sempat dia melirikkan matanya ke arah Raid yang masih terdiam itu.

"Maira!" Saat Maira mahu membuka pintu, suara Raid memanggilnya dari belakang. Perlahan Maira berpusing semula ke belakang.

"Ada apa?" Soal Maira dan Raid sudah bangun dari duduknya mendekati Maira.

"Kita lunch okay." Kata Raid sambil mengambil alih membuka pintu pejabat. Ternaik kening Maira seolah-olah pelik dengan tingkah Raid yang tiba-tiba itu.

"You kata you busy..."

Raid menoleh ke arah Maira dengan satu senyuman terlakar di bibirnya. "I tak kejam untuk biarkan you balik dan lunch sorang-sorang."

Serta-merta tersungging senyuman di bibir Maira. Akhirnya dia dan Raid berjalan beriringan keluar dari pejabat.

Sampai di kafe berdekatan pejabat Raid, Maira hanya memesan roti bakar memandangkan dia sekadar mahu mengalas perut. Raid pula lebih memilih untuk minum kopi sambil menemani Maira.

"I minta maaf sangat kalau you rasa terpaksa untuk teman I." Ujar Maira sambil mata melirik ke arah Raid.

Raid senyum sedikit. "Tak apa, Maira. Macam yang I cakap kat you tadi, kalau I tak busy mesti I akan teman you lunch."

"Tapikan you busy tadi. Nanti tertangguh pulak kerja you semata-mata nak teman I."

"I kata tak apa. Dah makan." Maira senyum sambil menyuap roti bakar ke dalam mulut.

"Raid..." panggilnya saat Raid sedang mengadap telefon. Mungkin bosan menunggu dia makan.

"Yup?" Balas Raid tapi matanya masih melekat pada telefon di tangan.

"I ada benda nak cakap dan sangat penting untuk you tahu." Ujar Maira. Raid yang mendengar terus letakkan telefonnya di atas meja. Sekarang tumpuannya lebih tertumpu buat Maira.

"Apa dia? Serius je bunyinya."

Maira hembus nafas perlahan lalu melorekkan senyuman nipis.

"First of all, I nak minta maaf pasal haritu. I tahu I tak sepatutnya berkelakuan macam tu kat you. Sepatutnya I kena terima dengan hati yang terbuka yang you dah kahwin dan I tahu yang semua ni memang salah I. I tak salahkan you pun." Maira pegun menantikan reaksi wajah Raid.

Tapi Raid sekadar senyum, meminta Maira menyambung ayatnya.

"Raid, I nak you dengar apa yang I nak bagitahu you."
Maira tarik nafas kemudian dihembus perlahan.

"Mula-mula memang susah untuk I terima kenyataan yang you dah kahwin dengan Aisha tapi bila I fikir balik... ni semua dah tertulis yang you bukan jodoh I. Tapi I harap yang you tak buang I dari hidup you as a friend and sepupu rapat you. I tak nak sebabkan hal ni, hubungan kita jadi renggang. I harap you masih sudi nak berkawan dengan I." Maira tahan sebak di hati.

Berhari-hari dia ambil masa untuk berfikir tentang ini. Tentang melepaskan seseorang yang amat dia sayang kepada orang lain. Dia tahu yang dia akan jadi jahat jika dia cuba merosakkan rumah tangga Raid dan Aisha. Dia bukanlah macam tu. Bila difikir balik, tak sepatutnya dia terlalu mengikut perasaan dan juga kata-kata mummynya untuk merebut semula hati Raid. Tak ada gunanya kerana hati Raid sudah pun menjadi hak milik mutlak Aisha. Dia hanyalah masa lalu Raid. Biarlah dia simpan rasa sayangnya buat Raid kerana akhirnya perasaan itu akan hilang sendiri.

Raid terkesima dengan kata-kata Maira. Tak percaya dengan apa yang dia dengari tapi dia percaya dengan kata-kata Maira sebab dia tahu Maira macam mana.

"Maira, I percaya yang you bukanlah seorang yang suka jatuhkan orang lain. You jangan risau, walau I dah kahwin sekalipun, you tetap jadi kawan dan sepupu terbaik I." Balas Raid dengan senyuman ikhlas buat Maira.

"Terima kasih Raid sebab masih anggap I wujud dalam hidup you."

"Sama-sama, oh by the way, kalau you bosan duduk rumah you tu sorang-sorang, datang jelah rumah I jumpa umi. Dia mesti suka kalau you selalu datang rumah. Dekat sini pun you bukannya ada family lain selain kitorang." Kata Raid dengan sengihan.

Maira ketawa kecil. Seronok pula bila dengar Raid berkata begitu.

"I okay je tapi... Aisha okay ke kalau I ada dekat sana?" Soal Maira ragu-ragu.

"Mestilah okay. Dia mesti suka bila dia ada kawan. Yelah, Rania pun bukannya selalu ada dekat rumah. Abby pula dah sekolah. Umi pun kadang-kadang kena pergi mesyuarat dia tu. Bolehlah you teman dia nanti." Balas Raid.

"Okay. Good to hear that." Maira senyum ikhlas.

Setelah hampir satu jam meluangkan masa, akhirnya masing-masing meminta diri untuk kembali ke tempat kerja memandangkan waktu makan tengah hari sudah pun tamat.

🦄

Sorry lama tak update!

Btw, Maira baik tau sebenarnya hehe

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now