5;

16.6K 660 14
                                    

Raid melangkah masuk ke dalam Mcdonalds bersama dengan Rania dan Abby. Disebabkan hari ini dia cuti, jadi si kecil Abby mulalah ajak dia keluar jalan-jalan. Kebetulan Rania pun tengah cuti semester.

Sementara menunggu Rania membuat pesanan, Raid dan Abby bergerak ke tempat duduk di sebelah cermin besar yang boleh melihat kawasan luar Mcdonalds.

Tak sampai 10 minit, Rania sampai sambil menatang dulang. Raid sekadar memesan Mcflurry Oreo sahaja memandangkan dia tidak berapa minat dengan makanan seperti ini.

Sedang asyik mereka menjamu selera, tiba-tiba Abby bangun secara mendadak. Matanya tertumpu pada sesusuk tubuh yang masih dia ingati sehingga hari ini yang berada di luar Mcdonalds.

"Maksu! Maksu!" Jerit Abby dengan suaranya yang tidaklah berapa kuat. Digoyang-goyangkan lengan Rania yang berada di sebelahnya.

"Ya Allah, Abby. Kenapa ni?" Soal Rania kalut. Raid juga pelik dengan sikap Abby yang tiba-tiba itu.

Jari telunjuknya menunding ke arah seseorang yang berdiri tidak jauh dari kawasan Mcdonalds. Abby terlompat-lompat kecil kerana rasa teruja yang teramat.

Sejujurnya, Raid tak pernah melihat Abby macam tu.

Rania yang masih tak faham dengan kelakuan Abby semakin kalut apabila Abby terus berlari keluar dari Mcdonalds.

"Abby!"

Mujurlah perlakuan mereka tidak disaksikan orang. Melihat Abby yang sudah keluar, Rania dan Raid turut sama mengejar Abby.

"Kakak!" Terus Abby memeluk sepasang kaki milik Aisha.

Waktu itu, Aisha sedang mencari nombor telefon Farid. Dia baru sahaja ingin memaklumkan Farid yang dia tak jadi untuk makan tengah hari bersama Farid sekeluarga.

"Eh?" Aisha memaut bahu Abby lalu dia melutut menyamai paras tingginya dengan Abby.

"Eh, Abby!" Terus tubuh kecil itu dipeluk. Abby tersenyum senang.

"Abby ingat akak lagi?" Soal Aisha teruja. Masakan tidak, sudah seminggu lepas kejadian dia membantu Abby. Dan Abby masih lagi ingatkan dia.

Dan baru sahaja dia berdoa supaya dipertemukan dengan Abby sekali lagi.

Abby mengangguk laju tanda yang dia masih ingat wajah Aisha. Senyumannya terlakar di bibir comelnya. Aisha turut tersenyum. Rasa gembira kerana dapat jumpa dengan Abby.

"Abby!" Panggilan daripada Rania menyentakkan Abby dan Aisha. Terus Aisha berdiri.

Abby terus mendapatkan tangan Rania lalu ditarik mendekati Aisha. "Kakak.." sebutnya dengan senyuman.

Rania seakan ingat-ingat lupa akan wajah Aisha. Wajah Aisha seakan familiar pada pandangan matanya.

"Err, Aisha, right?" Soalnya teragak-agak.

Aisha mengangguk mengiyakan.

"Oh my god! Tak sangka kita jumpa lagi. Patutlah Abby excited bila jumpa awak. Kuat betul ingatan Abby ni." Digosok-gosok kepala Abby yang berada di sebelahnya.

"Tulah. Saya pun terkejut bila Abby tiba-tiba datang dekat saya. Tak sangka Abby ingat saya lagi." Balas Aisha.

"What's going on right now?" Seakan terlupa yang abangnya masih bersama dengannya, terus Rania berpusing ke belakang.

Tersengih dia memandang wajah Raid yang penuh dengan tanda tanya.

"Along, this is Aisha. Dia yang selamatkan Abby minggu lepas." Kata Rania.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now