7;

15.9K 675 8
                                    

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Biasanya waktu begini Farid sudah keluar dari perkarangan sekolah. Sengaja Aisha menunggu di bustop sementara menunggu Farid.

Kalau di rumah, dia tidak punyai ruang untuk berbincang kerana Suria. Kalau boleh, apa sahaja yang ingin dia beritahu pada Farid, Suria tak boleh tahu.

Tadi dia dah bagitahu pada Farid yang dia menunggu di bustop. Sekejap lagi mungkin Farid keluar.

Selang beberapa minit, kereta Farid berhenti di hadapan bustop. Tak menunggu lama, terus Aisha meloloskan dirinya ke dalam perut kereta.

"Kita pergi singgah makan dululah. Abang lapar. Kak Su bagitahu dia tak masak harini."

"Oh, okay je."

Kereta dipandu ke restoran mamak berdekatan dengan sekolah. Tempat kebiasaan Farid melepak.

"Aisha nak makan apa?" Soal Farid sementara pekerja restoran itu masih menunggu pesanan mereka.

"Aisha dah kenyang. Aisha nak milo ais je,"

Farid sekadar mengangguk. Usai membuat pesanan, fokus Farid terus terarah kepada adik kesayangannya. Wajah Aisha memang nampak runsing. Entah apalah yang difikirkan Aisha.

"Aisha nak bincang apa dengan abang?" Tanya Farid terus.

Aisha tarik nafas kemudian hembus perlahan-lahan. Dia tahu kalau dia bagitahu hajatnya yang satu itu, pasti Farid tak bagi.

"Aisha nak pindah. Aisha nak duduk rumah lain." Ucap Aisha dengan satu nafas.

Wajah Farid masih tenang. Langsung tidak menunjukkan riak terkejut.

"Kenapa?" Soal Farid, lembut.

Aisha bermain dengan jari-jemarinya. Dia perlu beri alasan yang kukuh.

"Sebab Aisha memang nak duduk sendiri. Aisha dah tak nak bebankan abang lagi."

"Bukan sebab Kak Su?" Farid serkap jarang.

Aisha kelu. Memang itupun yang membuatnya mahu berpindah. Lalu, laju sahaja Aisha menggeleng, menidakkan.

"Ttt— tak. Bukan. Bukan sebab Kak Su atau sesiapapun. Dah lama dah Aisha nak pindah."

Farid mengeluh perlahan. Makanan yang dipesan sudah sampai namun masih tak bercuit.

"Aisha nak duduk dengan siapa? Habis tu siapa yang nak tengok-tengokkan Aisha nanti?" Soal Farid.

Kadang-kadang, rasa nak maki abangnya ni pun ada jugak. Masih tak faham-faham. Haih, nasib baiklah Farid tu abang dia.

"Kan Aisha dah kata yang Aisha dah besar. Aisha dah boleh survive sendiri. Abang tak payah risaukan Aisha lagi. Bukannya Aisha pindah tu, Aisha terus lupakan abang." Aisha cuba menerangkan dengan lebih jelas.

Geram betul!

"Ya, abang tahu. Hmm, nanti abang fikirkan dulu. Abang bincang dengan Kak Su."

"Eh, buat apa nak bincang dengan Kak Su?" Kalut suara Aisha. Terus tegak badannya.

Farid pula yang mula pelik dengan sikap tiba-tiba Aisha itu.

"Yelah, manalah tahu Kak Su tak setuju. Nanti mesti Kak Su tak ada kawan kalau Aisha dah tak duduk dengan kitorang." Terang Farid.

Dan Aisha mula tepuk dahi. Hish, abang ni! Dah jadi cikgu pun bengap jugak!

Farid ketawa tiba-tiba. Aisha kerut dahi. "Abang saja jelah. Nantilah abang fikirkan dulu. Ni semua demi masa depan Aisha."

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now