25;

14.8K 581 7
                                    

"Along nak kahwin dengan Aisha?" Terkejut Rania saat Puan Sri Azalea memberitahu tentang Raid.

Terduduk dia di atas katil di dalam bilik hostelnya. Tangan naik memicit pelipis dahi. Migrain dia jadinya. Nasib baiklah dia seorang diri sekarang ni.

"Habis tu umi setuju?"

"Mestilah umi setuju. Along nak kahwinkan,"

"Aik, Kak Maira tu apa cerita? Bukan ke kecoh yang along dengan Kak Maira tu bercinta sampaikan dengan kita pun nak berahsia pasal hubungan diorang tu." Rania rasa macam menggelegak saja hatinya. Rasa nak marah dekat along dia.

Tiba-tiba je nak kahwin dengan Aisha. Mana nak dicampaknya Dr. Maira tu? Dia dapat rasakan yang alongnya ada sesuatu yang disembunyikan.

"Diorang tu tak pernah pun mengaku bercinta tapi kalau betul bercinta pun, umi dengan keluarga Kak Maira setuju je. Tapi kan along pilih Aisha, bermakna along sayangkan Aisha." Balas Puan Sri Azalea tanpa ragu-ragu.

Sayangkan Aisha? Haish, Rania sukar nak percaya. Tiba-tiba je along ni!

"Hm, adik macam tak percaya pulak. Bila majlisnya?"

"Belum bincang lagi. Umi tunggu along je."

"Oh... okaylah, umi. Apa-apa nanti umi inform adik tau. Assalamualaikum, umi."

Usai Puan Sri Azalea menjawab salamnya, terus dimatikan panggilan.

Rania masih tertanya-tanya dan masih lagi pelik dengan Raid. Tak mungkin yang Raid boleh lupakan Maira macam tu je. Hello, Rania tahulah 'hubungan' along dengan Kak Maira tu macam mana. Dengan parents bolehlah sorok, tapi dengan Rania jangan haraplah.

Rania akan korek sampai ke lubang cacing.

Dia bukan apa. Dia cuma takut kalau along ada niat nak mempermainkan hati Aisha. Aisha tu dahlah baik. Bila dapat tahu yang along akan pilih Aisha sebagai isteri, lagilah menguatkan tanggapan Rania bahawa along ada sesuatu yang disorok.

Ke ada sesuatu berlaku semasa Rania tak ada dekat rumah? Kena siasat ni!

🦄

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam dan Aisha masih lagi menemani Abby yang baru sahaja terlelap. Aisha memang tak boleh nak bergerak langsung bila dipeluk tak lepas oleh Abby.

Telefonnya menyala kerana Aisha membuka bacaan zikir supaya Abby tenang dan nyenyak tidur. Baru Aisha nak lelapkan matanya sekejap, notifikasi Whatsappnya berbunyi. Terus dicapai telefon bimbitnya.

; Raid.
+ Dah tidur ke?
+ Abby dah tidur?

Berkerut dahi Aisha tatkala menerima mesej daripada Raid. Tak menunggu lama, terus dibalas mesej lelaki itu.

; Aisha.
- Abby dah tidur dah, saya je belum nak tidur.
- kenape?

; Raid.
+ turun bawah jap. Ada benda nak bgtahu.

Ternaik kening Aisha. Benda apalah yang nak diberitahu Raid ni? Aisha tak membalas mesej terakhir Raid. Telefon diletakkan semula di tepi bantal Abby dan dibuka semula zikir tadi.

Lebih kurang 10 minit dia menantikan yang Abby sudah betul-betul tidur. Bila si kecil itu sudah nyenyak tidurnya, barulah Aisha berani bergerak.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now