56;

13.5K 496 4
                                    

Raid menapak masuk ke dalam bilik tetamu di mana ianya sudah menjadi bilik tidur Aisha selama seminggu. Jam sudah hampir pukul 1 pagi dan dia pasti yang Aisha sudah tidur.

Perlahan-lahan Raid naik atas katil. Lama dia menatap wajah Aisha. Walaupun dengan keadaan bilik yang gelap, cahaya yang dibantu oleh lampu dari luar bilik tetap berjaya mengubat rindunya terhadap Aisha.

Dia bukannya sengaja mendiamkan diri. Dia rasa sangat berdosa apabila teringatkan kejadian minggu lepas. Ianya ibarat dia telah curang terhadap Aisha walau hakikatnya tidak sama sekali.

"Aisha..." perlahan sahaja suaranya menyebut nama Aisha. Pipi Aisha diusap perlahan.

"Abang minta maaf. Abang tak ada niat nak buat Aisha macam ni... abang memang suami yang tak gunakan Aisha?"

Raid tersenyum sinis mengenangkan dirinya sendiri. Jahatnya dia bila buat Aisha macam ni. Terlalu besar salahnya terhadap Aisha. Aisha langsung tak bersalah malah Abby pun tidak bersalah.

Bodohkan dia?

"Abang..."

Raid terkesima lantas tangan cepat-cepat dialihkan. Rasanya dia dengar suara seseorang seperti suara Aisha. Takkanlah Aisha tak tidur lagi atau mungkin tidur Aisha terganggu?

"Ai— Aisha..."

"Abang, Aisha rindu abang..." ucap Aisha perlahan sambil tangannya memegang pipi Raid. Serentak itu, tangan Raid turut sama melekap di atas tangan Aisha.

"Aisha... Aisha tak tidur lagi?"

Aisha geleng perlahan. Dia mahu bangun tapi Raid menghalang. Terus Raid baringkan tubuhnya di sebelah Aisha. Mereka bertatapan sesama sendiri.

"Aisha belum tidur lagi abang."

"Jadi, Aisha dengarlah apa yang abang cakap tadi?"

Aisha angguk. "Dengar. Kenapa abang minta maaf dekat Aisha?"

Raid diam sekejap. Dia mengelus lembut pipi Aisha. Rindunya dia pada Aisha. Tak tertanggung rasanya.

"Abang minta maaf sebab... abang tahu yang abang dah buat salah dekat Aisha. Abang biarkan Aisha sorang-sorang macam ni. Abang tak layan Aisha. Abang jahat dekat Aisha..."

"Abang jangan cakap macam ni... Aisha sayang abang. Aisha tak ambil hati pun dekat abang. Aisha faham yang abang kecewa dengan kehilangan anak kita." Suara Aisha mulai bergetar. Sebak mula datang menghurung hatinya.

"Tapi rasa kecewa abang tak sama dengan apa yang Aisha rasa. Aisha lebih kecewakan?"

Aisha senyum pahit. "Aisha sedih tapi Aisha redha. Aisha percaya ni ujian buat Aisha, buat kita."

Tersentuh hati Raid bila melihat ketabahan isterinya. Sedangkan dia, cepat sahaja mengukum Aisha.

"Abang jangan tinggalkan Aisha ya. Aisha sayang abang." Ucap Aisha. Kepalanya direhatkan di atas dada Raid. Rasa tenang mendengar setiap degupan jantung Raid.

"Abang janji sayang... abang takkan tinggalkan Aisha dan Aisha pun kena janji pada abang yang Aisha takkan pernah tinggalkan abang walau apa pun yang terjadi."

Dipeluk tubuh Aisha rapat dengannya. Dicium ubun-ubun Aisha penuh kasih.

"Aisha janji." Dan malam itu, tidur Aisha lena ditemani Raid di sisi.

🦄

"Along dah bagitahu Aisha pasal keadaan dia?" Soalan Puan Sri Azalea membuatkan Raid hampir tersedak. Terus diletakkan gelas di atas meja semula.

Semalam baru dia dapat 'berbaik' dengan Aisha. Ingatnya, dia tak nak Aisha tahu sekarang kerana takut akan menjejaskan fikiran Aisha nanti.

"Belum lagi umi. Along nak tunggu masa yang sesuai untuk bagitahu Aisha pasal tu."

"Sampai bila along? Tak baik along buat Aisha macam tu. Dia berhak tahu apa yang jadi pada diri dia. Aisha yang alami semua tu, along tak boleh buat macam ni." Beristighfar Puan Sri Azalea dibuatnya.

Raid hela nafas perlahan. Keruh wajah uminya melihat dia. Dia tahu uminya risaukan Aisha dan juga dia. Dengan masalah yang bertimbun-timbun datang, betul-betul menguji dirinya.

"Nanti along bagitahu Aisha. Umi tak perlu risau."

Puan Sri Azalea tergeleng perlahan. Tak faham dengan sikap anak lelakinya ini.

"Pasal along dengan Maira, Aisha dah tahu?"

Raid terus pandang wajah Puan Sri Azalea. Itu satu lagi masalah. Sampai bila dia perlu sorok perkara ini dari pengetahuan Aisha? Silap hari bulan, Aisha akan tahu dari mulut orang lain.

Raid gelengkan kepalanya dan sudah tentu Puan Sri Azalea sekali lagi rasa kecewa dengan Raid. Agaknya Raid ingat perkara ini semua boleh dibuat main?

"Umi tak tahulah nak cakap apa lagi dekat along. Along tak kesian ke dekat Aisha?" Suara Puan Sri Azalea terserlah betapa kecewanya dia terhadap Raid.

"Umi..." Raid menapak mendekati uminya. "Along janji along akan bagitahu Aisha semuanya. Takkan tinggal satu pun tapi bagi along masa untuk bagitahu Aisha pasal ni. Aisha pun belum habis pantang. Along harap umi faham." Lembut suara Raid memujuk.

Hembusan nafas perlahan dilepaskan. Sejujurnya, Puan Sri Azalea bukan nak memaksa, tapi dia tak mahu keadaan menjadi lebih keruh.

"Maafkan umi kalau umi buat along tertekan. Umi cuma nak yang terbaik untuk along dan Aisha. Apapun, umi akan selalu ada dengan along." Dihadiahkan senyuman buat Raid.

Raid terus bawa tubuh uminya ke dalam pelukan. Meminta sedikit kekuatan untuk berdepan dengan ujian berumah tangga.

🦄

Sikit je untuk harini ☺️

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now