59;

13.3K 516 17
                                    

Hari kedua Aisha berada di hospital menemani Farid. Dayyan pun sudah bersekolah semula setelah banyak kali ponteng kerana masalah yang dihadapi. Mujur pihak sekolah memahami kedudukan masalah mereka.

Aisha menunggu lif berhenti di aras 3 sambil menjinjit sebuah plastik kecil berisi buah epal. Wad yang menempatkan Farid ialah Wad 3B. Setahu Aisha, HKL merupakan tempat kerja Maira tapi mungkin Maira berada di bangunan lain.

Dia keluar setelah lif berhenti tapi langkah Aisha mati serta-merta. Ada seorang wanita yang sedang duduk di kerusi menunggu menarik perhatiannya. Tekun sahaja wanita itu bermain telefon. Langkah diatur menuju ke arah wanita itu. Tegak dia berdiri beberapa langkah di hadapan wanita itu sambil menilik wajah yang sedikit terselindung dengan tudung.

Aisha pasti wanita ini merupakan wanita yang pernah rapat dengannya dulu. Perkenalan yang singkat cukup menjadikan mereka akrab dulu.

"Kak Zafirah?"

Zafirah mendongak saat namanya diseru perlahan. Tergamam dia saat melihat Aisha berdiri di depannya dengan riak tak percaya. Lantas Zafirah bangun berdiri, turut sama mempamerkan riak tidak percaya.

"Aisha?"

Aisha tersenyum lalu terus tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. Aisha turut sama membalas pelukan erat itu.

"Rindunya akak dengan Aisha. Lama tak jumpa."

"Aisha pun rindu akak jugak. Akak dengan siapa ni?" Soal Aisha sekadar ingin tahu.

"Sorang je. Mak akak masuk wad. Dah seminggu dah dia kat sini. Aisha pula?"

Aisha senyum nipis. Mereka berdua sama-sama duduk semula.

"Aisha jaga abang Aisha. Dia tak berapa sihat."

Zafirah sekadar meng'oh'kan. Tiba-tiba matanya tertancap pada cincin yang bertakhtakan permata putih yang tersarung cantik di jari manis Aisha.

"Aisha dah kahwin ke?" Soalnya terus tanpa berbasa-basi. Aisha langsung tak terkejut malah dia tersenyum manis.

"Aah, kak. Dah masuk 7 bulan. Minta maaflah Aisha tak jemput akak. Aisha buat majlis sederhana je." Ucap Aisha yang sedikit serba-salah.

Tangan Zafirah menepuk perlahan tangan Aisha yang berada di atas peha. "Tak apalah. Akak tak kisah pun. Akak dah jumpa Aisha pun akak dah bersyukur tau."

Aisha ukirkan senyuman. Lama juga mereka berbual dan bertukar cerita sebelum Aisha meminta diri untuk menjenguk Farid.

Sampai di wad Farid, abangnya itu sedang tertidur. Perlahan-lahan Aisha menapak masuk lalu meletakkan plastik buah di atas meja kecil di tepi katil. Nyenyak Farid tidur. Tak sampai hati pula untuk kejut abangnya itu.

Aisha labuhkan punggungnya di atas sofa. Telefon yang berada di dalam beg tangannya diambil. Terbuntang matanya saat melihat lima panggilan tak berjawab daripada Raid. Haih, macam manalah dia boleh tak dengar yang Raid telefon dia?

Macam mana dia nak jawab ni? Dahlah dia masih tak beritahu Raid tentang Farid. Bukan tak bagitahu, tapi dia terlupa. Semalam, sebaik sahaja dia pulang ke rumah, umi pun tak bertanyakan apa-apa.

Aisha berura-ura mahu menelefon Raid semula tapi agak-agak Raid marahkan dia tak? Tak nak terus diselubungi persoalan, Aisha terus menelefon nombor telefon suaminya itu.

"Assalamualaikum, abang." Sapa Aisha setelah panggilannya dijawab.

"Walaikumsalam. Nasib baik Aisha call balik. Abang baru nak telefon Aisha."

Aisha senyum nipis walau tiada Raid di depannya.

"Sorry, abang. Telefon dalam beg. Kenapa abang telefon Aisha?"

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now