16;

14.3K 603 15
                                    

Bunyi deruman kereta di luar rumah semakin mendebarkan Aisha. Semua benda sekarang ni dirasakan tak kena. Dia tak tahu kenapa dia nak kena rasa macam ni sekarang.

Abby dengan mulutnya yang pot-pet-pot-pet bermain dengan patung unicorn bersama-sama Rania pun tak mampu nak legakan debaran dalam hati Aisha.

"Hm, dah sampailah tu." Cebik Rania sambil mengerling ke arah pintu utama.

Puan Sri Azalea paling awal menanti di pintu untuk menyambut tetamu dari jauh. Lebar senyumannya.

"Assalamualaikum, umi." Dari luar sudah kedengaran suara memberi salam. Lembut sahaja suaranya tapi masih lagi Aisha tak nampak seraut wajah tetamu istimewa itu.

"Walaikumsalam, Maira! Rindunya umi dekat Maira. Maira sihat?" Soal Puan Sri Azalea sambil tangannya memimpin Maira masuk ke dalam rumah.

Dan saat itulah Aisha rasa terpegun dengan kecantikan yang dimiliki Dr. Maira Safira itu. Cantik! Sangat cantik! Memang padan dengan Raid yang sememangnya kacak.

"Sihat, umi. Umi ni... sihat ke tak? Rasanya nak dekat 5 bulan Maira tak balik Malaysia. Rindu sangat-sangat dekat umi." Teruja benar suara Maira. Mereka semakin menghampiri ruang tamu di mana Aisha, Rania dan Abby berada.

"Rindu sangat-sangat dekat umi," tak pasal-pasal, Rania mengejek kata-kata Maira perlahan dan automatik tangan Aisha naik memukul peha Rania.

"Eheee..." tertawa Abby dibuatnya.

"Jemput duduk, Maira. Rehatkan diri tu dulu. Umi tahu yang Maira mesti laparkan?"

"Umi ni tahu-tahu je yang Maira memang tengah lapar." Digosok perut kempisnya dengan memek mukanya yang manja.

Puan Sri Azalea tersenyum riang. "Duduk dulu. Umi pergi tengok Raid kejap. Apa dia buat dekat luar tu tak masuk-masuk dari tadi."

Setelah kelibat Puan Sri Azalea ke depan semula, Maira melabuhkan duduk di atas sofa. Dia tersenyum nipis memandang Rania dan Abby yang terang-terangan tak menghiraukan kehadirannya. Cuma, gadis yang berada di sebelah Abby sedikit membuatnya kehairanan.

Seakan rasa diperhatikan, Aisha angkat kepalanya memandang Maira. Mereka saling berbalas senyum. Rasa janggal pula tiba-tiba.

Cantik macam anak Cina!

"Rania cuti ke sekarang ni?" Maira cuba memulakan perbualan setelah keadaan semakin sunyi dan janggal.

Rania angkat kepalanya dan pamerkan senyuman palsu. "Aah, sebulan cuti. Baru habis examkan. Akak pula berapa lama dekat sini?... errr... maksud Rania, dekat Malaysia." Rania tersengih apabila dia hampir-hampir terlepas cakap.

Maira senyum sambil membetulkan duduknya. "Dalam seminggu macam tulah. Tak lama pun. Nasib baik ada doktor lain boleh gantikan tempat akak."

"Ohhh..." tak tanya pun. Rania sambung dalam hati yang selebihnya lalu dia senyum saja memandang Maira.

Sememangnya setiap kali Maira balik ke Malaysia, mesti dia akan menginap di rumah Puan Sri Azalea. Ini kerana keluarga Maira berada di Jepun. Kadang-kadang saja Maira akan pulang ke Jepun.

"Ha, semua. Jomlah kita makan tengah hari." Teguran dari Puan Sri Azalea mengejutkan mereka yang ada di ruang tamu. Raid sekadar mengikuti langkah uminya ke ruang makan.

"Jomlah, Aisha. Dari tadi perut kita berbunyi tau." Rania menunggu Aisha mengemas permainan Abby yang sudah lari mengikut Papa Longnya itu.

"Hehe, sekejap."

Usai mengemas, mereka berdua ke dapur untuk membantu umi menyediakan makanan. Dari luar dapur sudah kedengaran suara celoteh Puan Sri Azalea dan Maira.

"Umi!" Panggil Rania lalu memeluk uminya. Manja.

"Hish, budak ni. Malulah Kak Maira tengok tu. Dah besarkan? Ni, angkat nasi ni bawa ke meja makan, lepastu cedokkan sekali nasi tu."

Rania angguk saja sambil menyambut huluran nasi daripada Puan Sri Azalea. Dia berlalu ke ruang makan, meninggalkan Aisha yang janggal di situ.

"Aisha, Aisha tolong cedokkan lauk sambal udang tu, boleh? Umi nak hantar lauk sayur lemak ni dulu kat depan."

"Ha, ok— okay, umi."

Terus Aisha mengambil dua buah mangkuk kaca sederhana besar. Perlahan-lahan dia mencedok sambal udang dari dalam periuk dan diletakkan ke dalam mangkuk kaca tadi.

"So... awak siapa ea?" Soalan dari Maira menghentikan perbuatan Aisha. Aisha toleh sekejap memandang Maira yang masih mengacau air Sunquick itu.

"Saya Aisha, pengasuh Abby." Jawab Aisha, tenang bersama dengan senyuman.

Berkerut dahi Maira.

"Pengasuh? Wow, tak sangka pulak yang Raid nak ambil pengasuh untuk Abby. Setahu sayalah, Raid tu susah sangat nak lepaskan Abby dekat sesiapa, lebih-lebih lagi dekat stranger." Ucap Maira sambil meletakkan senduk ke dalam singki.

Aisha sekadar diam tidak menjawab. Diteruskan saja aktiviti mencedok sambal udang ke mangkuk kaca yang kedua.

Melihatkan yang Aisha diam saja, Maira sekadar mengangkatkan bahunya lalu mengelap tangan pada kain lap tangan pada kabinet.

"Okaylah. Saya pergi depan dulu. Cepat sikit ea sebab diorang tak suka menunggu sebenarnya. Tengok awak cedok lauk tu, macam lambat je." Sempat dipamerkan senyum seakan memerli itu.

Aisha mula smirk memandang belakang tubuh Maira.
"Takkanlah dia nak aku cedok laju-laju, sampai bersepai-sepai sana sini." Geram Aisha.

Sekarang ni, barulah dia faham kenapa Rania tak suka dengan Maira. Sombong!

Kata-kata Maira sebentar tadi kembali memutar dalam kepala Aisha. Sakitnya hati dengar ayat dia tadi!

 Sakitnya hati dengar ayat dia tadi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dr. Maira Safira.

🦄

Haa, acane? Hehe 😬

Jangan lupa vote and comments tau 😘

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now