47; (edited)

12.8K 519 4
                                    

Usia kandungan Aisha sudah memasuki sebulan tapi dia masih lagi belum berkesempatan untuk memberitahu tentang kehamilannya kepada Raid. Tak sempat dan dah dua minggu Raid selalu stay back dekat office.

Raid balik rumah pun dah lewat malam. Aisha pula dah tidur waktu itu. Pernah sekali, Aisha terserempak dengan Raid yang tidur di sofa. Dia sangat kesiankan keadaan Raid yang memang nampak penat dan runsing itu.

Bila dah sebulan mengandung ni, mulalah badannya terasa penat dan selalu tak sedap badan. Dengan nak melayan kerenah Abby lagi. Kemudian, hatinya sangatlah sensitif sejak akhir-akhir ini. Mungkin kesan daripada kehamilannya mungkin.

Kebetulan harini Raid cuti dan Aisha tiba-tiba sahaja tak ada mood. Langsung tak dilayan Raid dari tadi. Aisha lebih selesa duduk di dapur berbanding duduk dengan Raid di ruang tamu.

Pelik juga Raid bila Aisha tiba-tiba sahaja diam dari tadi. Bukan dari tadi, sebenarnya dari semalam dia dah perasan akan perubahan Aisha. Kenapa ya?

"Adik, kenapa dengan Aisha?" Soalnya perlahan ke arah Rania yang khusyuk bermain telefon.

Rania toleh ke arah Raid kemudian dijeling ke arah dapur. "Entah. Isteri along sendiri, takkan along tak tahu."

Terdiam Raid dengan kata-kata Rania. Dia mencuri pandang ke arah Aisha yang masih berada di dapur. Entah apalah yang dibuat isterinya itu.

"Risaulah along tengok isteri along tu. Dia merajuk dengan along ke?"

"Aisha penatlah kot sebab dia kan bawa budak." Selamba sahaja balasan Rania tanpa memandang ke arah Raid yang terkesima itu.

Raid cuba mencerna setiap kata-kata Rania. Dia kurang faham. "Bawa budak?" Soalnya, pelik.

Rania pandang Raid di hadapannya. Dia pula yang pelik memandang Raid yang seperti tak menangkap kata-katanya tadi.

"Lah... along tak tahu lagi ke?"

Semakin berkerut dahi dan kening Raid. Laju dia menggelengkan kepalanya. "Tahu apa ni?"

Rania lepaskan keluhan dan serta-merta bahunya jatuh.

"Aisha kan pregnant sebab tulah dia senyap je. Jiwa orang mengandung ni kan sensitif."

Bagaikan tak percaya dengan kata-kata Rania, serentak Raid terbangun dari duduknya. Besar anak matanya memandang Rania yang turut sama memandangnya.

"Ai— Aisha pregnant?!" Suara Raid sedikit kuat dan Rania takut-takut menganggukkan kepalanya.

Raid tak menunggu lama, terus sahaja dia berlari ke dapur dan mendapatkan Aisha yang sedang duduk mengopek buah mangga.

"Sayang!"

Terhinjut bahu Aisha apabila Raid tiba-tiba sahaja menerjah. Terus berkerut dahinya bila melihat Raid yang terus saja melabuhkan duduk di sebelahnya.

Raid pegang kedua-dua bahu Aisha dan membuatkan dia dan Aisha saling berhadapan. Terus tubuh kecil Aisha diraih ke dalam pelukan. Diusap rambut panjang Aisha perlahan-lahan.

Aisha senyap kerana tak mengerti dengan sikap Raid yang tiba-tiba itu. Demam ke suami dia ni?

"Sayang... kenapa tak bagitahu abang?" Sebak nada Raid bila mengetahui yang Aisha mengandung. Dah sebulan pula tu.

Tapi dalam masa yang sama dia ada sedikit rasa marah dan geram terhadap Aisha kerana tak memberitahunya tentang perkara penting seperti ini.

"Bagitahu apa? Aisha tak fahamlah abang." Aisha garu kepala yang tidak gatal.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now