21;

14.7K 613 6
                                    

"Raid,"

Raid menoleh saat namanya dipanggil Aisha. Terus ditutup pili air sambil berkerut dahi memandang Aisha.

"Kenapa Aisha?" Soalnya sambil mengelap tangannya yang basah pada kain pengelap yang diletakkan di atas bumbung kereta. Mujurlah dia sudah siap mencuci kereta.

"Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab awak sudi tolong saya semalam. Saya tak tahu apa yang akan jadi pada saya kalau awak tak ada semalam."

"Aisha, kan saya dah bagitahu yang awak tak perlu pun berterima kasih dengan saya. Banyak kali dah awak ucap benda yang sama." Balas Raid, mengeluh perlahan.

"Ya, saya tahu. Tapi saya terhutang budi dekat awak. Awak sanggup mengaku yang awak ni bakal suami saya demi nak selamatkan maruah saya. Padahal awak ni bos saya. Saya tak tahu... saya malu dengan awak..." Air mata yang sudah bergenang pada tubir mata ditahan supaya tidak jatuh menitis.

Haih, sejak akhir-akhir ni, Aisha jadi orang yang kuat nangis pulak ea.

Raid terkedu. Dia tak lupakan ayat yang dia ucap di hadapan Suria semalam dan sebenarnya dia mengharapkan Aisha akan lupakan hal itu.

Dan entah kenapa, timbul satu idea dari dalam kepalanya. Raid teragak-agak memandang Aisha sambil memandang ke arah pintu rumah bagi memastikan tiada siapa yang memerhatikan mereka.

"Aisha," Raid tarik tangan Aisha untuk berdiri di belakang kereta, tempat yang tersembunyi dari pandangan sesiapa pun.

Terkejut Aisha dengan tarikan Raid itu. Kaku seluruh badannya bila dia dan Raid berdiri sangat hampir. Terus terpamer riak wajah tertanya-tanya.

"Aisha... kk— kalau saya..." Raid larikan pandangannya dari terus menatap mata Aisha yang nyata sudah bergenang air matanya dari tadi.

Argh, Raid tak tahu nak mulakan dari mana!

"Kenapa Raid? Saya ada tersalah cakap ke? Saya minta maaf kalau saya—"

"Aisha, tak. Bukan tu maksud saya."

"Habis tu?" Tanya Aisha dengan kerutan di dahinya.

Raid tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Dia harap, perancangan last minute yang datang secara tiba-tiba ni akan berjalan lancar.

"Kalau saya maksudkan apa yang saya bagitahu dekat kakak ipar awak tu, macam mana?" Raid tunggu jawapan daripada Aisha.

Lama Aisha pandang Raid. Dia tak faham. Dia tak dapat tangkap apa yang Raid cuba sampaikan.

"Raid, saya— saya tak faham,"

Raid berdecit perlahan. Kusut dia jadinya namun cepat-cepat dikawal supaya tak terlalu nampak oleh Aisha.

"Err... tak ada apalah, Aisha." Balas Raid lalu terus dia kembali ke hadapan kereta mengemas segala peralatan yang digunakan untuk mencuci kereta tadi. Sempat ditoleh ke arah Aisha yang masih tercegat memandangnya sebelum dia berlalu masuk ke dalam rumah.

'Sorry, Aisha.'

🦄

Sudah masuk 6 kali dia cuba untuk menelefon Farid, namun masih tak diangkat. Kalau boleh, dia nak betulkan semula keadaan. Tapi bila diingat balik apa yang dikatakan Farid dan Suria tempoh hari, masih terasa lagi sakitnya.

Dah tiga hari dia menumpang teduh di rumah Raid. Dan lebih kurang dua hari Raid seakan dingin dengannya. Dia sendiri tak pasti kenapa. Tapi yang Aisha perasan, Raid berubah dingin sejak lelaki itu cuba menyatakan sesuatu pada petang sewaktu Raid selesai mencuci kereta.

Entah apa salah dia pun dia tak tahu. Kalau berterusan macam ni, macam mana Aisha nak teruskan hari-hari berikutnya? Sudahlah dia duduk di rumah Raid dan pastinya setiap hari akan bertemu lelaki itu.

Lebih baik dia balik semula ke rumah Farid. Dia dah malas dah nak fikir apa yang jadi nanti bila dia balik ke sana. Dia rela kalau betullah hidupnya akan berakhir dengan perkahwinan yang bakal diatur Suria nanti.

Lagi satu, tiga hari dia di sini, memang terpaksalah dia meminjam baju Rania. Nasib baiklah mereka berkongsi saiz baju yang sama.

Jam di telefon bimbitnya yang menunjukkan pukul 2 lebih petang menguatkan lagi hati Aisha untuk pulang saja ke rumah Farid.

Terus Aisha bangun dan menuju ke bilik tidur Puan Sri Azalea yang baru sahaja menyelesaikan solatnya.

"Assalamualaikum, umi." Disapa Puan Sri Azalea di muka pintu.

"Walaikumsalam, Aisha. Masuklah sini." Panggil Puan Sri Azalea dengan senyuman.

"Umi, Aisha nak minta izin. Aisha nak balik rumah Aisha, boleh?" Ucap Aisha.

"Boleh, Aisha. Tapi, Aisha dah 'kuat' dah nak balik rumah Aisha? Kenapa tak nak duduk sini je? Umi tak kisah pun berapa lama Aisha nak duduk sini." Jawab Puan Sri Azalea yang masih duduk di atas sejadah.

Aisha terus duduk bersimpuh di sebelah Puan Sri Azalea.

"In Shaa Allah, Aisha kuat. Cuma Aisha rasa terhutang budi sangat dekat umi dengan Raid sebab selama tiga hari ni sudi tumpangkan Aisha tinggal sini. Aisha tak tahu nak balas apa kebaikan umi dengan Raid."

Puan Sri Azalea tersenyum sebak. Diusap pipi mulus Aisha.

Entah kenapa, wajah serta anak mata Aisha mengingatkan dia dengan seseorang.

"Aisha nak tahu tak, sifat Aisha sama dengan arwah adik umi. Ismail nama dia." Semakin kabur mata Puan Sri Azalea bila teringatkan arwah adiknya itu.

"Ismail... sama nama macam ayah Aisha." Tersenyum Aisha.

"Iya? Kebetulan mungkin." Balas Puan Sri Azalea sambil menatap anak mata coklat milik Aisha.

"Umi, terima kasih banyak ya. In Shaa Allah, Aisha akan kuat. Esokkan Aisha datang lagi. Aisha kan pengasuh Abby." Tersengih Aisha sambil melarikan anak matanya ke arah Abby yang sedang nyenyak tidur di atas katil itu.

Diusap lembut kepala Aisha. "Yelah, Aisha. Umi doakan Aisha kuat. Ni... Aisha dah bagitahu Raid ke belum yang Aisha nak balik?"

Mati terus senyuman Aisha sebelum dia menggeleng perlahan.

"Tak apa, nanti Aisha bagitahu Raid." Balas Aisha, sekadar mahu menyedapkan hati Puan Sri Azalea.

Puan Sri Azalea menganggukkan kepalanya. Tangan Puan Sri Azalea dicapai lalu dicium kasih. Kemudian, dia ke arah Abby lalu dihadiahkan senyuman buat si kecil itu.

"Esok Kak Aisha datang tau." Sempat dia berbisik.

"Eh, Aisha tak nak minta Raid hantarkan ke?" Soal Puan Sri Azalea.

Laju saja Aisha menggeleng. "Tak apa, umi. Aisha naik grab je."

"Oh." Teragak-agak Puan Sri Azalea mengiyakan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi antara Aisha dan Raid.

"Hati-hati, Aisha. Nanti dah sampai, telefon umi ya."
Sempat dia berpesan pada Aisha yang sudah sampai di muka pintu bilik.

"Ya, umi. In Shaa Allah, Aisha balik dulu. Assalamualaikum."

"Walaikumsalam."

Laju kaki Aisha menuruni anak tangga. Namun, sewaktu sampai di penghujung tangga, tiba-tiba tangan kirinya ditarik mengakibatkan Aisha hilang pertimbangan dan...

"Argh!!!"

🦄

Woo woo! Kenapa dengan Aisha tu?

So, komen and vote okay kalau nak tahu siapa yang tarik Aisha tu 😂

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now