20;

15.6K 627 15
                                    

Raid dan Abby menapak masuk ke dalam bilik tamu yang menempatkan Aisha yang pengsan tadi. Syukur Alhamdulillah, Aisha sudah pun sedar cuma tadi gadis itu sedikit senyap, mungkin trauma akan kejadian tadi siang.

"Hai, Kak Aisha," sapa Abby terlebih dahulu yang sudah naik ke atas tilam memeluk Aisha.

"Hai, Abby sayang..." balas Aisha lalu dicubit manja pipi montel Abby.

Raid labuhkan punggungnya di atas sofa yang ada di dalam bilik itu sambil memerhatikan gelagat Aisha dan Abby. Tersenyum Raid dibuatnya.

"Macam mana keadaan awak sekarang? Okay dah?" Soal Raid, menarik perhatian Aisha.

Aisha senyum nipis sambil menganggukkan kepalanya. "Dah okay sikit. Erm, terima kasih sebab tolong saya. Saya... saya tak tahu nak berterima kasih macam mana lagi."

Raid lemparkan senyuman penenang hati buat Aisha. "It's okay, Aisha. Tak perlu berterima kasih, apalah sangat dengan pertolongan saya tu."

"Kejap lagi saya nak balik rumah. Terima kasih sekali lagi sebab sudi tumpangkan saya sekejap dekat sini." Ucap Aisha sambil menundukkan wajahnya.

Raid lepaskan keluhan. "Saya tak rasa yang awak akan selamat bila balik rumah. Saya takut apa-apa jadi dekat awak nanti."

"Maksud awak?" Berkerut dahi Aisha dengan kata-kata Raid itu.

"Awak nak ke dipaksa kahwin?"

Laju Aisha menggeleng. Herrr, trauma lah dia bila kena paksa kahwin dengan orang yang dia tak kenal. Lepastu kena maki dan hina macam-macam pulak tu.

"Hah, dah tu. Duduk je sini dulu. Anggap je rumah ni macam rumah awak. Kalau keadaan dah okay nanti, awak nak balik rumah awak semula, saya takkan paksa tapi buat masa sekarang, duduk sini dulu."

Aisha diam. Sebenarnya dia mahu menahan air matanya dari jatuh. Terus ditundukkan wajahnya sekali lagi.

"Terima kasih, Raid."

"Sama-sama. Awak rehatlah. Dah malam dah ni. Abby, jom keluar. Bagi Kak Aisha sleep."

"Tak nak... Abby nak tidur dengan Kak Aisha. Pleaseeee...."

Terlepas tawa Aisha manakala Raid sudah mempamerkan wajah garangnya.

"Abby,"

"Alah, tak apa. Saya okay jelah Abby tidur dengan saya." Ujar Aisha sambil mengusap kepala Abby yang sudah terlentok di dadanya.

"Betul ni? Tak susahkan awak ke?"

Aisha geleng dengan senyuman. "Tak langsung."

Akhirnya, Raid mengalah juga. Dia tersenyum sambil melangkah ke arah pintu bilik.

"Okaylah, good night and sweet dream." Ucap Raid lalu menutup lampu dan pintu bilik dengan rapat.

Aisha atau Abby tidak menjawab ucapan selamat malam daripada Raid kerana mereka tak pasti ucapan itu untuk siapa.

🦄

Pagi-pagi lagi mata Raid sudah melilau mencari kelibat Aisha dan Abby di ruang tamu. Dia menapak ke dapur melihat uminya yang sibuk menyediakan sarapan pagi buat mereka sekeluarga.

"Selamat pagi, umi. Mana Aisha? Abby pun tak nampak ni. Rasanya tadi macam dengar suara budak kecil tu, ni senyap pulak."

"Pagi, along. Aisha pergi mandikan Abby sekejap tu. Pergilah atas tengok diorang."

Lalu, laju saja kaki Raid bergerak ke atas semula. Tergeleng-geleng Puan Sri Azalea dengan tingkah Raid itu. Macam 'sesuatu' sangat.

Raid membuka pintu bilik tetamu yang menjadi tempat tidur Aisha semalam, diperiksa bilik mandi, tak ada pula mereka berdua. Lalu, Raid ke bilik tidur Abby. Dari luar bilik sudah terdengar suara riuh milik Abby. Tersenyum Raid dibuatnya.

Dan dengan selamba, terus diterjah bilik mandi sederhana kecil itu.

"Hah, buat apa tu?" Sergah Raid menyebabkan Abby menjerit nyaring dan terus bersembunyi di belakang Aisha.

"Apa ni Papa Long?! Malulah Abby." Jerit Abby dengan suara kecilnya itu. Raid pula terkekek dia ketawa.

"Eh, kenapa nak malu pulak? Dengan Papa Long je kot, bukan dengan orang lain." Selamba saja jawapan Raid sehingga menyebabkan Abby menghentakkan kakinya sambil merengek tanda tak suka.

"Keluarlah, Papa Long. Papa Long ni tak malu ke tengok Abby mandi? Kak Aisha pukullah Papa Long tu."

Aisha ketawa dengan kata-kata Abby. Habis basah bajunya bila dipeluk kuat oleh Abby dari belakang.

"Oh, dah pandai mengadu dekat Kak Aisha ea sekarang ni." Kata Raid sambil bercekak pinggang sambil mengacah-acah mahu menarik tangan Abby.

Abby yang meronta tak mahu itu turut menarik-narik badan Aisha lalu segera Aisha menahan Raid yang tersangatlah hampir dengannya saat ini.

"Raid, saya rasa lebih baik awak keluar. Lantai licin ni, kang tak pasal-pasal saya, awak dengan Abby jatuh pulak nanti." Kata Aisha dalam satu nafas berserta dengan debaran dadanya.

Raid kemudiannya menaikkan keningnya sambil menghadiahkan senyuman manis buat si gadis di hadapannya itu.

"Okaylah, saya keluar. Nanti kita sarapan sama-sama." Ucap Raid sebelum menghilang keluar dari bilik tidur Abby.

Hampir hilang nafas Aisha dibuatnya bila Raid senyum macam tu. Makin trauma dia dibuatnya.

🦄

Maaf atas kelewatan. Kita busy huhu 😭🙏🏻🙏🏻

Haa, sape nak Raid dengan Aisha kahwin? 😹😛

Nah sis belanja gambar Raid dengan lesung pipit dia tu hehe 😍😻

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nah sis belanja gambar Raid dengan lesung pipit dia tu hehe 😍😻

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now