MUNGKIN orang luar anggap aku macam anak orang kaya, sebab apa? Sebab aku anak Datuk Tarmizi. Salah seorang ahli perniagaan yang berjaya, dan jugak mempunyai dua buah syarikat yang maju. Tak lupa jugak, Datuk Tarmizi mempunyai sebuah cafe yang sering dikunjungi pelanggan.Antara syarikat yang papa aku miliki sekarang, adalah syarikat peninggalan atuk aku. TZ Holdings, yang bermaksud Tarmizi dan Zahid. Manakala sebuah lagi, Bintang Angkasa. Alhamdulillah kedua-duanya mempunyai peningkatan yang tinggi, sering jugak mendapat projek yang besar.
Aku? Aku tak ambil tahu pun semua pasal syarikat papa, aku sendiri pun kerja di syarikat orang lain. Ya, aku mungkin nampak pangkat yang tinggi di depan orang luar, tapi aku cuma lah seorang PA kepada lelaki yang bergelar 'Tuan Aydeen' aka Mamat entah apa-apa.
Keluarga aku sedikit berlainan. Mama dan papa aku bercerai sejak aku umur sepuluh tahun. Dalam umur aku sepuluh tahun, aku tinggal dengan papa aku. Ya mungkin sebab papa aku lebih banyak harta berbanding mama aku.
Tapi aku tak nak semua tu. Aku cuma mahukan kebahagiaan bersama keluarga aku sendiri. Dan yang paling aku sakit sampai sekarang, adalah bila papa aku sendiri kahwin dengan perempuan lain.
Dan perempuan tu kawan baik mama aku sendiri. Kau rasa? Papa percayakan perempuan tu bulat-bulat tanpa asal usul periksa!
Sabar. Hanya itu yang aku mampu. Sebab tu sejak aku dah besar, aku dah tak ingin nak terperuk dalam rumah papa. Lagi-lagi nak menghadap muka mak tiri aku tu dengan anak tak guna dia tu. Tapi aku ada sorang adik kandung, dan sorang lagi adik sebapa. Rahim je lain-lain , tapi benih sama.
Dan sampai sekarang, aku masih belum boleh terima keluarga papa. Hati dan perasaan masih terluka, dan tiada mampu menjahit kembali hati mama.
"Yana mana ma?" Ayshah menyoal sambil tangannya mencapai roti bakar yang sudah disalut dengan kaya. Kelibat adiknya hari ni tak nampak pun. Tak masuk kelas ke budak senget tu?
"Tidur lah apa lagi. Adik kamu tu kalau mama tak menjerit tak adanya dia nak bangun. Gamaknya tunggu rumah ni terbakar baru nak bangun kut?" balas Puan Hajar, merangkap ibu kandung Ayshah yang amat dia sayangi.
"Mama ni bagi muka sangat. Yana tu dah pemalas! Kerjanya asyik tidur aje! Nak kemas rumah memang kiamat lah dunia ni." omel Ayshah sambil mengunyah isi roti.
Cakap orang, kau pun sama Ayshah. Dua kali lima je ! Bezanya kau bangun awal . Tapi kalau bab mengemas heh! Jangan harap!
"Mama malas nak bersuara banyak-banyak. Sakit tekak tau tak!" balas Puan Hajar sebelum dia menyisip minuman teh panas.
Ayshah memuncung. Diyana ? Cakap je nama semua orang kenal, yelah anak datuk kan. Tapi tula , Diyana berbeza sedikit dengan Ayshah. Gadis itu sedikit kasar dan pemalas. Diyana jadi kasar mungkin sebab kesan dari masalah keluarga. Ayshah ni garang sebab mungkin dia kakak sulung kepada Diyana.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...