; 1

5.3K 383 5
                                    

"Lee Seoyun. Bangunlah. Tidur sahaja kerja kau. "Bahu gadis itu ditolak perlahan.Tapi masih tiada pergerakan.

Keluhan keluar dari mulut mereka berdua. Bunyi bising di dalam kelas langsung tidak menganggu tidur Seoyun. Lena sungguh dia tidur. Dengan mulut sedikit terbuka.

"Hey Lee Seoyun , Jeon Jungkook dah datang. "Tubuh Seoyun digoyang. Berkerut dahi gadis itu.Lagi dia tekup muka dengan bag yang menjadi alas kepalanya.

Jeon Jungkook.

Dua patah perkataan yang menyiksa hati Seoyun. Tak suka mendengar nama lelaki itu. Tak minat! Tak suka!Rimas!

"Biarlah dia. "Kata Lee Seoyun. Dia mendengus kasar. Setiap hari kena hadap lelaki itu.

"Lee Seoyun. "Suara garau yang amat dikenali. Seoyun diam. Tidak mahu layan Jungkook.

"Yah Jeon Seoyun. "Terus kepala diangkat. Seoyun memandang Jungkook dengan kerutan di dahi. Suka hati dia je tukar nama orang.

"Kau nak apa? Sibuklah. "Seoyun menjeling.

Tengok tu, semua peminat dia pandang macam nak kejar pakai parang.

Jungkook menarik kerusi dihadapan Seoyun. Kerusi itu dipusing menghadap Seoyun sebelum Jungkook duduk di situ.

"Nah. "Jungkook meletakkan sebuah bag kertas diatas meja Seoyun.

"Apa ni? "Soal Seoyun.

"Kasut. Aku ganti balik kasut kau yang aku rosakkan hari tu. "Kata Jungkook.

Seoyun mengerutkan dahinya. Dia memandang bawah meja seketika sebelum dia memandang Jungkook kembali.

"Ambil balik aku tak nak. "Kata Seoyun. Dia kembali menyembam mukanya diatas meja. Malas nak layan Jungkook.

Jungkook memandang Seoyun. Bag kertas itu dibiarkan sahaja diatas meja.

"You've got a new haircut. Kenapa kau colour pink? "Soal Jungkook. Dia memerhati rambut Seoyun yang pendek paras leher dan bewarna itu.

"Suka hati aku lah. Pergi balik kelas kau lah. Rimas tahu tak peminat kau pandangan macam apa entah. "Kata Seoyun tanpa memandang Jungkook.

Jungkook berdecit. Dia tersenyum sebelum bangun.

"Bye beautiful. "Jungkook mengusap kasar rambut Seoyun lalu keluar dari kelas.

Jelas kedengaran ditelinga Seoyun, keluhan dan rungutan dari peminat Jungkook.

"Kenapa kau tak terima je Jungkook tu? Kau nampak tak effort dia untuk dapatkan perhatian kau? Dah jelas dia tu suka kan kau. "Kata Mingyu.

"Tahu tak apa. Ini, kau tengok. Siap bagi kau hadiah kasut lagi. Brand mahal kut. "Sujin pula menambah.

Seoyun mengeluh. Dia mengangkat kepala memandang dua orang rakan baiknya itu.

"Masalahnya, aku tak suka dia dan dia tak pernah rosakkan kasut aku. Dia sengaja bagi aku hadiah ni sebab dia nampak kasut aku pakai ni dah lusuh dan buruk. "Kata Seoyun.

Seoyun dah faham sangat dengan perangai Jungkook. Satu sekolah dah tahu Jungkook suka Seoyun tapi gadis itu selalu buat tak tahu.

Kenapa Seoyun tak percaya? Sebab Jungkook tak pernah luahkan perasaan dia pada Seoyun. Sekali pun Jungkook tak pernah cakap dia suka Seoyun.

Tapi macam mana orang tahu Jungkook suka Seoyun? Mudah, dia luahkan perasaan dia dari segi perbuatan. Setiap perbuatan dia jelas menunjukkan dia suka Seoyun.

Kesimpulannya, Seoyun anggap Jungkook itu sama seperti lelaki lain. Sudah banyak dia jumpa lelaki yang suka bagi harapan.

Jadi, Jungkook mungkin salah seorang daripadanya.

"Kalau macam tu, kau bagi aku je lah kasut ni. Kau tak nak kan? Lagipun saiz kita sama. "Kata Sujin.

Segera Seoyun menepis tangan Sujin apabila gadis itu mahu mengambil bag kertas tersebut.

"Tak boleh. Dia yang tak nak ambil balik. So ini aku punya. "Seoyun memeluk bag  kertas itu.

Bukan dia tak mampu nak beli kasut, banyak je duit dalam bank tapi dia sayang kasut itu walaupun sudah lusuh. Kasut itu pemberian dari insan yang dia sangat sayangi.

"Ceh. Tadi sombong tak nak ambil. Eleh, mesti kau dah suka Jungkook kan? "Mingyu dan Sujin memandang Seoyun lama.

Seoyun mengeluh. Berapa ribu kali nak cakap ni?

"Tak suka! "

--
Tbc.
Imagine rambut Lee Seoyun mcm media diatas.

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now