Seoyun bersiap dengan pakaian kemas. Semua keperluan diperiksa supaya tidak ada barang yang tertinggal. Hari yang dinantikan sudah tiba. Dia akan mengambil peperiksaan Suneung yang bakal menentukan masa depannya.
"Dah siap Seoyun? "Puan Lee membuka pintu bilik Seoyun.
"Dah eomma. "Seoyun mengalas bag di bahunya.
Puan Lee dan Lucca menghantar Seoyun ke Sekolah Tinggi Kyunghwa. Ramai ibu bapa menunggu disitu.
"Eomma Seoyun masuk dulu. Wish me luck. "Kata Seoyun. Puan Lee mengangguk. Dia mengusap kepala Seoyun. Seoyun melambai tangannya pada Anna Lee.
"Hey Seoyun. Do your best. "Kata Lucca. Seoyun tersenyum sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah.
Sejujurnya, dia dan Lucca tak bercakap langsung kerana Seoyun masih kekok dengan lelaki itu tapi apabila Lucca memberi semangat kepadanya dia rasa senang hati.
Ting!
Telefon Seoyun berbunyi. Dia segera mengeluarkan telefonnya. Ada satu mesej dan mesej itu dari Jungkook.
Jungkook
Good luck untuk hari ini.
I love you❤Seoyun membaca mesej itu. Bibirnya mengukir senyuman. Macam mana dia mahu jauhkan diri dari lelaki itu?
Mustahil.
Dia tak boleh.
--
Puan Lee melihat jam di dinding. Ada lagi beberapa minit sebelum Seoyun habis peperiksaan. Dia sudah berjanji mahu mengambil anaknya di sekolah.
Puan Lee mengemas buku-buku Seoyun yang berselerak diatas meja. Buku-buku itu disusun di rak buku. Baru sahaja dia mahu keluar, dia ternampak sampul surat yang terletak diatas rak buku itu. Tertera ada namanya dan nama sebuah hospital.
Puan Lee membelek surat itu sebelum membukanya. Isi di dalam surat itu dibaca dengan teliti.
Bagai mahu luruh jantungnya ketika itu. Air mata seorang ibu tumpah secara tiba-tiba. Sedih dia saat membaca surat mengenai kesihatan Seoyun. Patutlah hatinya terdetik mahu mengemas bilik Seoyun.
"Hey are you okay? "Lucca masuk ke dalam bilik Seoyun. Dia menghampiri Puan Lee.
"Lucca. Anak saya sakit. "Kata Puan Lee. Air mata mengalir deras.
"What? "Soal Lucca kurang faham.
"Seoyun. Dia menghidap brain tumor gred 3. Saya ibu yang teruk. Saya langsung tak sedar anak saya sakit. Saya pentingkan diri. "Puan Lee memarahi diri sendiri.
Lucca membaca surat ditangan Puan Lee. Dia memeluk isterinya untuk menenangkan wanita itu.
"Inilah sebab dia suruh saya balik selama ni. Tapi saya ni bodoh, terlalu sibuk dengan kerja sampai dia sakit. Ini semua salah saya. "Puan Lee meronta.
Sedihnya hati dia apabila satu-satunya harta paling berharga buatnya selama ini hidup dalam kesakitan.
Dia tinggalkan Seoyun sendirian di Korea. Dia sibuk menenangkan diri di negara orang tapi dia terus terlupa tentang anaknya.
Puan Lee tak sudah menyalahkan diri sendiri.
"Jangan cakap macam itu. Ini bukan salah awak. "Lucca memujuk. Puan Lee menangis semahunya.
Tiba-tiba telefon Puan Lee berbunyi. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon.
Puan Lee mengesat air matanya. Dia menenangkan diri seketika sebelum menjawab panggilan.
"Hello? "
"Anyeonghaseyo, emm ini eomma Seoyun ke? "Soal suara ditalian.
"Ya saya. Kenapa? "
"Ini saya Sujin, kawan baik dia. Seoyun dia pengsan lepas habis periksa tadi. Saya dalam perjalanan bawa dia ke hospital. "Kata Sujin.
Telefon terlepas dari genggaman Puan Lee.
Hatinya terus rasa tidak tenteram.
--
Tbc.
Sorry lama tak update. Aku dah seminggu tak sihat. Doakan kesihatan aku makin pulih.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.