Suasana hingar bingar dalam kelas menjadi senyap apabila guru kelas mereka masuk bersama seorang pelajar perempuan.
"Saya masuk ni sekejap sahaja. Saya mahu perkenalkan, Han Jiayi. Pelajar baru dalam kelas kamu. "Kata guru kelas itu.
Jungkook memandang pelajar perempuan yang tersenyum manis itu.
"What the hell, kenapa dia tiba-tiba ada dekat sini? "Soal Jungkook sendirian.
Kebetulan atau disengajakan?
"Kau kenal dia?"Tanya Yugeom yang berada disebelah. Jungkook memandang Yugeom.
"Tak. "Kata Jungkook.
Teringat betapa kekoknya dia semalam ketika tiba-tiba Jiayi datang menegur. Entah kenapa terlebih peramah gadis itu.
Selesai perkenalkan diri, Jiayi mengambil tempatnya. Tidak jauh dari Jungkook. Ketika Jungkook memandang Jiayi pelik, tiba-tiba gadis itu menoleh memandangnya.
Jiayi tersenyum manis. Tangannya melambai pada Jungkook.
Jungkook tak balas. Dia terus memandang tempat lain. Entah kenapa, dia rasa Jiayi pelik.
"Jungkook. "Yugeom menyiku lengan lelaki itu.
"Apa? "
"Hebat betul kau kan? Sampai budak baru tu pun tak sudah-sudah pandang kau. Share lah sikit tip, apa yang kau pakai sampai semua perempuan minat kau ni. "Yugeom tahan gelak.
Jungkook memandang Jiayi. Gadis itu masih cuba menarik perhatian Jungkook.
"Merepek lah kau. Seram tahu tak? " Jungkook merinding.
"Hmm banyaklah pesaing Seoyun. Sebelum ni Haerin. Sekarang Jiayi. Complicated lah hidup kau. "Kata Yugeom.
Jungkook tergelak mendengar ayat Yugeom.
"Kau fikir Seoyun anggap diorang ni pesaing ke? "Soal Jungkook.
Yugeom terdiam. Cuba mencerna ayat yang Jungkook sampaikan. Untuk seketika dia mula mengerti.
Ya, Seoyun tak pernah anggap mereka pesaing.
Tapi.
Mereka yang menganggap Seoyun sebagai pesaing.
--
"Argh lenguhnya badan aku. "Sujin merengangkan badan apabila keluar dari kelas.
Seoyun dan Mingyu hanya memerhati dari belakang.
"Kau okey tak? Muka pucat je. "Soal Mingyu perihatin. Dia pelik. Sejak kebelakangan ini, Seoyun banyak diamkan diri.
"Aku okey. Sakit kepala sikit je. "Kata Seoyun.
"Aku rasakan, kau kena buat pemeriksaan mata lah sebab kau selalu mengadu sakit kepala. Lepastu penglihatan kau sejak kebelakangan ni macam tak okey. "Cadang Sujin.
Seoyun diam. Ada betulnya kata Sujin tu, mungkin sakit kepala dan pening yang dialami ini kerana penglihatannya yang kurang jelas.
"Hujung minggu nanti aku pergilah klinik mata. "Kata Seoyun.
Baru sahaja mereka mahu bergerak ke kantin, Sujin ternampak Jungkook dengan seorang perempuan yang dia tidak kenali.
"Eh siapa tu? "Soal Sujin. Mereka bertiga memandang ke arah yang Sujin tunjuk.
"Tak tahu. Jomlah. "Kata Seoyun. Tak berminat mahu ambil tahu tentang Jungkook.
Tapi baru sahaja mereka mahu berjalan terdengar pula suara nyaring yang mereka dapat agak siapa.
Pastinya Haerin.
"Yah kau siapa? Kenapa kau cuba rapat dengan Jungkook?! "Haerin meluru ke arah Jungkook dan Jiayi.
"Saya cuma nak berkawan dengan Jungkook sahaja. Awak siapa? "Tanya Jiayi pula. Sedaya upaya dia tayangkan muka baik.
"Aku bakal kekasih dia. Dah pergi-pergi jangan sibuk menempel pada Jungkook. "Haerin menolak Jiayi.
Jiayi terus memandang Haerin tidak puas hati.
"Awaklah yang pergi. "Jiayi menolak Haerin semula. Membulat mata Haerin bila Jiayi berani melawan.
Argh perempuan acah baik!
Jungkook mendengus kasar. Rimas dengan manusia ini. Sepanjang dia sekolah, inilah peminat yang paling dia rimas.
"Apalah yang diaorang gila sangat rebutkan Jungkook tu? "Seoyun memandang dengan cebikan.
Sekali tengok macam budak-budak. Bergaduh kerana Jungkook. Huh tak matang betul.
"Hey. "Mingyu menepuk bahu Seoyun.
"Apa? "
"Memanglah kau cakap macam tu sebab Jungkook ada dalam genggaman kau. Tak perlu berebut, Jungkook dengan rela hati datang pada kau. "Kata Mingyu.
Seoyun berkerut memandang Mingyu. Apalah yang lelaki ni merepek?
Jungkook memandang sekeliling. Matanya terus tertumpu pada gadis berambut pendek. Lee Seoyun.
Pujaan hati!
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfiction| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.