Jungkook berjalan ke koridor yang dipenuhi loker-loker pelajar. Dia mahu mengambil buku yang dia tinggalkan. Namun pandangannya tertumpu pada seseorang yang berada tidak jauh darinya.
Lee Seoyun. Gadis yang dirinduinya.
Seoyun terkejut apabila matanya bertemu dengan mata Jungkook. Cepat-cepat dia membuka pintu loker.
Jungkook menarik senyuman. Selepas gambar yang Haerin tunjukkan, dia yakin. Seoyun ada sebab mahu jauhkan diri darinya.
Jungkook mengambil bukunya sebelum menutup pintu loker. Baru sahaja dia mahu menghampiri Seoyun, tangannya tiba-tiba sahaja dirangkul.
"Hai Jungkook. "Jiayi tersenyum memandang Jungkook.
Jungkook memandang ke arah Seoyun. Dia nampak, gadis itu curi-curi melihatnya dengan Jiayi.
"Macam mana saya hari ini? Cantik kan? "Jiayi membetulkan rambutnya. Jungkook memerhati Jiayi. Betul kata Sujin, Jiayi tiru Seoyun.
Jungkook tersenyum. Dia mendekatkan dirinya dengan Jiayi.
"Kau cuba jadi Seoyun? "Soal Jungkook dengan suara yang perlahan.
"Mana ada. Seoyun yang cuba jadi saya. "Balas Jiayi. Dia mula rasa tidak puas hati. Jungkook menahan rasa menyampah.
"It's okey. Kau cakap jujur, aku tak marah. "Jungkook cuba mengumpan Jiayi. Senyuman dia berikan pada gadis itu.
"Fine. Awak cakap, saya bukan Lee Seoyun. So i tried to be her. Jadi awak suka sayalah kan? Saya dengan Seoyun tak ada beza sekarang. Saya lebih cantik dari dia. "Kata Jiayi.
Pang!
Jungkook dan Jiayi tersentak apabila Seoyun sudah menutup pintu loker dengan kuat. Seoyun terus pergi dari situ.
Jungkook mendekatkan bibirnya dengan telinga Jiayi, buatkan Jiayi tersenyum sendiri.
"Dengar sini elok-elok. Kau ubahlah penampilan kau macam mana sekali pun. Aku tak akan pernah suka kau. Sebab apa? Hati aku ada dekat Seoyun bukan kau! "Jungkook berbisik dengan suara keras.
Hilang terus senyuman Jiayi. Jungkook meninggalkan Jiayi keseorangan.
--
Seoyun mengeluh kuat. Dia rasa cemburu melihat Jiayi dan Jungkook tadi. Dia tak tahu apa yang mereka bualkan tapi mereka nampak rapat.
Mesti Jungkook dah move on.
Salah kau Seoyun. Kau yang tolak dia.
"Panjang mengeluh. Awak okey? "
Hampir sahaja Seoyun melompat akibat terkejut. Dia memandang Seokjin yang tersenyum melihatnya.
"Doktor ni. Terkejut saya. "Seoyun mengurut dada.
"Sorry. Awak fikirkan apa? Macam serabut je saya tengok. "Soal Seokjin.
Seoyun memandang Seokjin. Patut kah dia bagitahu? Seoyun mengeleng kepala. Cukuplah dia susahkan Seokjin dengan penyakitnya.
"Tak ada apalah doktor. "Balas Seoyun.
"Awak dah makan ubat? "Tanya Seokjin.
"Dah tapi saya masih rasa sakit. "
"Itu tanda kesihatan awak makin merosot. Ubat dah tak berkesan. Saya tak nak awak terlalu stress. Fokus untuk exam dan saya minta tolong sangat awak fikir masak-masak. Ini untuk kebaikan hidup awak. Bukan orang lain. "Kata Seokjin.
"Doktor. "
"Hmm? "
"Terima kasih sebab ambil berat tentang saya. Terima kasih jaga saya. Terima kasih untuk semuanya. "Ucap Seoyun.
"Haih awak ni kenapa? Tak ada apalah. Saya ikhlas. "Kata Seokjin.
"Saja. Mana tahu ini kali terakhir saya ucap terima kasih. "Seoyun tersenyum membuatkan Seokjin tidak sedap hati.
"Lee Seoyun! "Seoyun menoleh apabila namanya dipanggil. Terkejut melihat Jungkook berlari menghampirinya.
"Saya pergi dulu. "Seokjin menepuk bahu Seoyun sebelum meninggalkan gadis itu.
Jungkook berhenti dihadapan Seoyun dalam keadaan termengah-mengah.
"Let's talk about us. "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fanfic| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.