Seoyun membuka kabinet dapurnya. Mencari jika ada mee segera di situ. Tiba-tiba dia terasa lapar. Dia buka pula, peti ais. Hanya ada air mineral dan buah-buahan.
Seoyun mengeluh sebelum dia mengambil jaketnya lalu disarung pada tubuh. Dia mahu ke 7 Eleven yang tak jauh dari rumahnya.
Dalam sepuluh minit dia berjalan, dia tiba di 7 Eleven. Seoyun menuju ke ruangan makanan mahu mencari mee segera kesukaannya.
"Aish cuba cek balik. Tak mungkin tak boleh. "
Seoyun menoleh ke kaunter apabila mendengar rungutan seseorang. Dia memandang gadis yang kelihatan sebaya dengannya. Untuk seketika dia tersenyum apabila mengenali gadis itu.
"Betul cik. Dah banyak kali, saya scan tetap tak boleh. "Kata pekerja kedai itu. Kad kredit dihulurkan semula pada gadis itu.
Seoyun mengambil mee jjajangmyeon segera dan air coke sebelum ke kaunter.
"Saya bayarkan sekali. "Kata Seoyun pada pekerja yang berada di kaunter itu.
"Seoyun. "Gadis itu memandang Seoyun terkejut.
"Hai Jeon Haerin. "Seoyun senyum kecil. Dia menghulur duit pada pekerja itu. Makanan dan minuman yang dibeli Haerin diberi pada gadis itu.
"Terima kasih. "Ucap Haerin. Rasa segan dengan Seoyun.
"Sama-sama. "Balas Seoyun. Baru sahaja dia mahu pergi, Haerin menarik lengannya.
"Help me. "Pinta Haerin. Seoyun memandang Haerin atas bawah. Baru dia perasan, bersama Haerin ada bag baju bersaiz sederhana digenggam gadis itu.
--
"Aku lari dari rumah sebab eomma aku nak tunangkan aku dengan anak kawan dia. "Cerita Haerin.
Mereka berdua duduk bersama di ruang yang disediakan di 7 Eleven itu. Seoyun menyuap jjajangmyeon ke dalam mulutnya.
"Cliche nya hidup kau. "Kata Seoyun selamba. Haerin hanya diam mendengar komen
"Kau tahu mana-mana hotel murah area sini? Kad kredit aku kena block. Aku ada sikit duit dekat bank. "Kata Haerin.
Seoyun menyudahkan makannya. Air coke yang masih berbaki, dihabiskan sebelum dia memandang Haerin.
"Aku tak tahu. Kau duduk dengan aku je lah. Simpan je duit kau tu."Kata Seoyun.
"Hah? Duduk dengan kau? "Soal Haerin. Kurang faham.
Seoyun mengambil bekas makanannya lalu dibuang ke dalam tong sampah.
"Kalau kau nak, ikut aku. "Kata Seoyun sebelum keluar dari kedai meninggalkan Haerin yang terpingga-pingga.
"Eh tunggulah aku. "Haerin segera mengambil bag bajunya dan mengejar Seoyun.
--
Seoyun membuka pintu luas memberi ruang Haerin masuk. Haerin melihat sekeliling rumah yang didiami Seoyun.
"Rumah kau sendiri? "Soal Haerin.
"Tak lah. Rumah eomma aku. Dia duduk tempat lain. "Kata Seoyun.
"Ouh. Kenapa kau duduk asing dengan eomma kau? "Tanya Haerin lagi. Bagnya diletakkan diatas lantai.
"Eomma aku duduk jauh. Dekat Denmark. "Balas Seoyun.
"Wah mesti eomma kau kerja dekat sana. Dia kerja apa? "
"Banyak tanyalah kau. "Kata Seoyun. Dia berlalu ke biliknya diikuti oleh Haerin.
Dia membuka lampu biliknya. Dua helai comforter dibentang diatas lantai bersama dengan sebiji bantal dan selimut.
Haerin diam. Dia mula kenal Seoyun sedikit demi sedikit. Seoyun seorang yang berahsia. Tak suka cerita tentang dirinya pada orang dan dia mengaku Seoyun seorang yang baik dalam caranya sendiri.
"Sorry lah kau tidur bawah buat masa ni. Bilik lain aku dah jadikan stor so macam tak eloklah nak bagi kau tidur dalam tu. "Kata Seoyun.
"Tak apa. "
Tiba-tiba telefon Seoyun berbunyi. Seoyun melihat nama pemanggil.
Namjoon.
"Kau pergilah mandi ke apa. Aku ada hal sekejap. "Kata Seoyun sebelum dia keluar dari rumah mahu mengangkat panggilan Namjoon.
Haerin melihat sekeliling bilik tidur Seoyun. Hiasan bilik itu sangat simple dan nampak selesa. Dia menuju ke meja belajar Seoyun yang terdapat buku-buku yang terbuka.
Pada bahagian dinding pula ada gambar polaroid yang tergantung. Haerin tersenyum kecil melihat gambar-gambar Seoyun, Sujin dan Mingyu. Mereka nampak sangat rapat.
Sedang tekun melihat gambar itu, tiba-tiba Haerin terpandang sekeping polaroid. Gambar Seoyun dan seorang lelaki.
Lelaki itu ialah Jungkook.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook
Fiksi Penggemar| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.