; 38

2.3K 261 52
                                    

Seoyun merenung cincin yang tersemat di jari manisnya. Jungkook betul-betul serius dengan apa yang dia cakap. Dia sendiri minta izin dengan Puan Lee untuk kahwin dengan Seoyun.

Ajaibnya, Puan Lee setuju walaupun pada mulanya berat hatinya mahu membenarkan tapi apabila nampak kesungguhan Jungkook dan perasaan Seoyun pada Jungkook dia relakan juga.

Hari ini, Seoyun sah bergelar isteri Jungkook. Perkahwinan mereka bukan seperti orang lain. Oleh kerana kesihatan Seoyun yang terbatas, mereka berkahwin di hospital.

Jungkook langsung tak kisah, asalkan dia dapat memiliki Seoyun.

"Tak cantik ke cincin tu? "Seoyun menoleh apabila ditegur Jungkook.

"Cantik cuma macam tak percaya lagi. Eomma mana? "Soal Seoyun.

"Eomma balik rumah sekejap. Esok dia datang. Malam ni biar saya jaga awak. "Kata Jungkook.

"Awak? "Soal Seoyun. Rasa mahu tergelak dengan panggilan Jungkook.

"What? Kita dah kahwin. Tak akan nak guna aku dan kau lagi. Hmm habis nak panggil apa? Sayang? Saya okey je. "Jungkook tersenyum nakal.

Seoyun mencebik. Mulalah tu Jungkook nak mengedik.

"Oh my god tak sangkanya, dah kahwin. I'm so happy. "Kata Jungkook. Tangan Seoyun digenggam. Cincin dijari Seoyun disentuh.

Senyuman tak lengkang dibibirnya. Dia betul-betul gembira.

"Awaklah gila. Tak menyabar nak kahwin. "Kata Seoyun.

"Gilakan awaklah. "Jungkook mengenyit matanya berkali-kali.
Seoyun menolak bahu Jungkook. Malaslah nak layan lelaki ni. Makin miang nanti.

Seoyun merebahkan badannya diatas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi bahunya. Dia baring membelakangi Jungkook.

"Nak tidur dah? "Soal Jungkook.

"Aah. Dah pukul sepuluh. Saya mengantuk. "Kata Seoyun. Matanya dipejam.

Baru sahaja mahu lena, dia terkejut apabila tubuhnya dihimpit ke tepi. Nasib baik tak jatuh katil. Pinggangnya terasa dirangkul dari belakang sebelum dipeluk erat.

"Yah Jungkook awak buat apa? "

"Tengah peluk awaklah. Saya nak bagi kasih sayang ni. "Kata Jungkook. Tiba-tiba kepalanya diangkat sedikit sebelum kepala Seoyun dilapik dengan lengannya.

Tubuh mereka muat-muat sahaja diatas katil hospital itu.

Seoyun mengemam bibir. Segan sebenarnya. Terlalu rapat dengan Jungkook. Dapat dia rasa hembusan nafas Jungkook di lehernya.

"Jungkook. "

"Hmm? "

"Saya takut. "Kata Seoyun. Jungkook mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat wajah Seoyun.

"Takut kenapa? "

"Pembedahan esok. Doktor kata pembedahan saya ni berisiko. "Adu Seoyun.

"Just remember that I love you so much. Ibu bapa dan kawan-kawan semua sayang awak. Fight for yourself. "Kata Jungkook. Rambut Seoyun diusap.

Seoyun memusingkan badannya menghadap Jungkook. Tubuh lelaki itu dipeluk erat. Mukanya disembam pada dada Jungkook.

Jungkook agak terkejut tapi membalas pelukan Seoyun semula.

"Jungkook. "Panggil Seoyun lagi.

"Ya? "

"Saya sayang awak. "Luah Seoyun. Rasa malunya dibuang begitu sahaja.

Jungkook tersenyum. Bibir dia tak pernah penat untuk senyum demi Seoyun. Ceh.

"I love you more. " balas Jungkook.

Suasana menjadi diam. Jungkook ingat Seoyun sudah tidur apabila gadis itu tidak bersuara tapi Seoyun tiba-tiba menjarakkan wajahnya dari dada Jungkook.

"Kenapa? Tak boleh tidur? "Soal Jungkook.

Seoyun tak menjawab. Kedua belah tangannya memegang pipi Jungkook. Dia merenung Jungkook lama sebelum bibir Jungkook cium sekilas.

"Beraninya. Untuk apa tu? "Jungkook senyum nakal.

"Last kiss. Mybe. "

--
Tbc.
Eiiiiiiiiiii HAHAHAHA

[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon JungkookWhere stories live. Discover now